Salam Imtihan, Salam Perjuangan





Menakutkan





Hobi ketika doktor tak masuk lagi. Snap gambar! haha.



Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun

22/1/2010
Jumaat
Histology
9.00 A.M - 9.30 A.M

28/1/2010
Khamis
Physiology
9.00 A.M - 9.30 A.M

31/1/2010
Ahad
Biochemistry
9.00 A.M - 9.30 A.M

3/2/2010
Rabu
Anatomy
9.00 A.M - 9.30 A.M

Doakan semoga aku berjaya! Insya Allah.

Sempena tahun baru maal hijrah dan tahun baru 2010, semestinya kita semua mempunyai azam baru untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Insya Allah, teruskan usaha kita untuk istiqamah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan.

About my faculty



.The Logo.



Faculty of Medicine, Ain Shams University



.That is not my lecture hall!.


20 things that I know I have been in medical school for too long when:

1. Walking becomes more of a chore than a necessity.

2. I would rather clean than study.

3. Parents' cooking becomes something I desire, not avoid!

4. I schedule my day around sleep habits and those damn tuitions.

5. I go to sleep when it's light and get up when it's dark. For obvious reasons, I don’t deny it, I'll be burning the midnight oil every night!!!

6. I live for getting mail.

7. Looking out the window becomes fun, gives me a sense of freedom especially at exam time.

8. Childish pranks become funny again.

9. Rearranging my room is my favourite pastime if it gets me out of studying.

10. I am the master in wasting time.

11. Weekend, what?? weekend!!!!

12. I consider lectures to be a potent sedative (stronger than any drug I know).

13. Tuition means a time to socialize with my friends.

14. No matter how “cool” I was in school, no one here cares.

15. I ask myself everyday, why, why did I join this faculty??!!

16. Everything seems so simple, nothing really matters anymore.

17. I can know everything and still fail a test.

18. Most of my education is aquired outside of university.

19. I wonder if I will ever get my life back.

20. Lets hope that all the sacrifices we make in our lives now will eventually pay-off in the end!!!

Test selesai.



Study mode??


Semalam baru sahaja menyelesaikan test yang terakhir iaitu subjek Anatomy. Soalannya susah, tetapi apabila kita telah bersedia dengan memulun buku-buku semuanya jadi mudah. Ceehh, bajet boleh jawab la semalam. 10 markah diserap masuk untuk periksa akhir tahun. Markah penuh akhir tahun 250.

Testku didahului oleh subjek Physiology kira-kira sebulan yang lalu. Akan tetapi aku tidak mengambilnya kerana ketika itu aku demam muntah - muntah (*sebab makan pizza arab bnyk sangat*) hahaha. Ingatkan test biasa-biasa sahaja. Rupa-rupanya test ni semua akan diserap masuk dalam markah periksa akhir tahun. Argghh, hilang 10 markah begitu sahaja. Walhal sehari sebelum tu aku sudah bersedia. Namun, aku tetap redha kerana mungkin tiada rezeki untukku. Markah penuh akhir tahun 250.

Kemudian subjek Biochemistry, soalan ni memang susah. Hafal sebijik ayat dalam buku pun belum tentu boleh jawab. Perlukan kefahaman yang tinggi. Selepas keluar dewan periksa aku menyesal tak sudah. Cuba ditenangkan oleh kawan-kawanku "at least, ko ada markah. jangan risau r". 15 markah diserap untuk periksa akhir tahun. Markah penuh akhir tahun 150.

Seterusnya subjek Histology, soalannya sangat mudah. Akan tetapi hanya 5 markah diserap masuk untuk periksa akhir tahun. Argghh, kenapa lah tak banyak? Ingatkan dapat backup untuk subjek-subjek lain nanti supaya dapat mumtaz. Huhu. Markah penuh akhir tahun 150.

Jumlah kesemuanya 800. Jadi apa lagi? Pulun! Pulun buku sampai lebam!

Periksa pertengahan tahun juga semakin hampir, kira-kira bermula 18 januari.

The end about periksa. Seram! haha.


Di hadapan jabatan imigresen, bendera tuh nampak macam bendera PAS. haha.



Di hadapan jabatan imigresen, memperbaharui Visa.



Waktu pagi yang sejuk!




Pemandangan luar dari bilikku!

Melapah Unta



SALAM EIDUL ADHA

orang arab wish kami "KULLU SANAH ANTUM TOYYIBIN".


Di pagi raya, sebelum bertolak ke "kampung", Rumah Selangor di Hayyu Asyir, Madinatin Nasr.

Raya Eidul Adha kali ni memberi pengalaman baru buat hidupku. Leh? (Kenapa?) Kerana kali pertama aku dapat nak melapah. Tak pernah - pernah dapat melapah lembu, terus dapat melapah UNTA kat Mesir ni. Huhu. Agak BANGGA di situ. Cehh, mana taknya biasa ni aku seperti kanak - kanak yang lain, hanya mampu melihat orang yang lebih tua dan berpengalaman untuk menyembelih dan melapah.

Yang seronoknya, kami pelajar - pelajar PERUBATAN anak selangor melapah unta sama - sama sambil BELAJAR. Haaa, carik mana jantung? mana hati? mana artery? mana vein? mana nerve?. Badan manusia tak boleh di lapah, badan unta pon jadilah! Lebih kurang je kot. Tetap ada organ - organ penting. Huhu.


Sebelum UNTA disembelih, aku berpeluang BERMANJA dengan unta. Ye ke? padahal takut - takut. hahaha.


Panjang gak leher UNTA ni, nak sembelih bahagian atas ke bawah ni?? Haa. mana - mana pon boleh. tapi lebih baik bawah supaya darah cepat keluar. Kalau bahagian atas, barangkali darah terkumpul di tengah - tengah leher. Huhu.


Ramai giler kena pegang dan tahan lembu ni. Sekali dia mengamuk semua terpelanting daaa. Bahaya! Bahaya!


Nampaknya yang UNTA pertama disembelih bahagian atas. Takpe, tetap HALAL cuma lambat mati sedikit berbanding bahagian bawah. Sebab tu takde orang dekati UNTA ni, baru lepas mengamuk! CUAK GILER!


Unta ni bergerak lagi ke? Aku dah tak sabar nak melapah ni. Yeehhhaaa~!


Haaa, ni pakai pisau roti pon boleh melapah tau! haha. Pisau ni telah diasah oleh mesin sebenarnya.


Tak sabarnya aku nak makan kau. Lapah laju - laju sikit. Hehe.


Terbalikkan!! Berat ni.. tolong, tolong!


Weyh, lapah je r. Sibuk nak bergambar snap sana sini. Ishk2.

Oklah. So far so meriah sambut di sini. Walau wajah ceria dan meriah, di hati tetap tidak semeriah bersama KELUARGA. SALAM EIDUL ADHA kepada semua.


Rumah Baru Semangat Baru!

Dalam kesibukan menjalani ujian prestasi di Universiti, aku telah pun berpindah ke rumah baru! Rumah sewa baru! Huhu. At least, takderlah kena serangan pijat yang mengganas di Rumah Selangor tu. haha. Mana boleh tahan. Tiap - tiap pagi bangun nampak 10 ekor merayap keliling badan. Gatal sepanjang hari untuk sepanjang zaman! Itu sebab utama aku nak pindah sangat kot. Haha. Perkhhh. Sekarang telah pun berpindah di Tingkat 11, Medan Abu Rish, Sayyeda Zainab.

Tatapan gambar rumah sebelum memasuki dan selepas..



Sebelum meninggalkan Rumah Selangor, angin sejuk di waktu pagi!



Jemput masuk rumah, jangan lupa letak kasut di tempat yang disediakan! hehe.

SEBELUM PINDAH



Kotor!

SELEPAS PINDAH



Ni tempat lepak aku kalau boring, basuh dan membasuh. Eh ye ke serajin tu? agaknya..


Nak masak senang je, campak - campak je dalam kuali. Sedap? itu kemudian cerita..


Teh, Gula, Garam, Kunyit.. Lagi nak taruk apa eh? Ada 3 lagi botol kecik available.. hmm.


Sarapan pagi sihat dengan bijiran. Dengar nasihat doktor ni ye. hehe.


Kat atas rak pinggan tuh, sakhonah ( pemanas air ). Almaklumlah, tengah musim sejuk ni!

SEBELUM PINDAH



Bersimen.

SELEPAS PINDAH



Beruslah gigi setiap kali bangun dan sebelum tidur! Kalau tak nanti kena marah dengan mak ayah! teringat kecik2 dulu.. liat sungguh!

SEBELUM PINDAH



Erkk~

SELEPAS PINDAH



Washing Machine Toshiba Fully Automatic. 1200 genih. Mahal ke standard?


Musim sejuk tak perlu mandi sangat. Sehari sekali je cukup. Tol tak?


BILIKKU SYURGAKU
akan tetapi bilik ni dikongsi bersama Muzammil



Meja study atau Meja Komputer lagi bagus? Hmm.


Tilam dan Katil yang selesa!


Alamari kain berkualiti tinggi!


Say no to pijat. Doa - doalah takde pada masa akan datang. Waaa.

RUANG TAMU



Ruang tamu yang besar, tak tahu nak buat apa.. nak taruk TV? tahun depan lah kot. huhu.


So far, rumah ni not bad. Kuwais awi awi. Alhamdulillah. Dilwakti, ihna mabsutin!

Ismu Muaggir (Nama tuan rumah) : Yahya Badwi
Ismu Mustaggir (Atas nama) : Muhammad Muzammil bin Mohd Salleh

Ahli Bit (Ahli rumah)
Mohd Deenie bin Mohd Rodzhan
Dzorfanulhasif Rafhan bin Abu Hassan
Hafridz Murshid Al-Wafi bin Shahbudin
Muhammad Zharief Afzal bin Kassim
Muhammad Hadi bin Mustaqim

Kuliah G2G Perubatan Ain Shams






Yallah bisur'ah ya sodiq, ana haruh masgid li solatil gom'ah!



Huuhh. Alhamdulillah, masuk hari ni sudah seminggu rupanya aku memulakan pengajian Perubatan di Universiti Ain Shams kuliah G2G. Terkadang tu tersangatlah faham, terkadang tuh blurr habis! Ana mush fahim! Nos Nos ya Dukturah!! Haha.

Untuk tahun pertama, silibus Perubatanku adalah subjek Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology.

Anatomy

Kuliah Anatomy tidaklah begitu menakutkan walaupun doktornya menerangkan dalam Bahasa Arab kerana Anatomy lebih kepada tahu struktur badan yang nampak sahaja. Tetapi banyak giler nak mati! Nak kenal hafal semua nanti. Yang seronoknya, kami pelajar Melayu ramai dalam kelas G2G, kadang-kadang doktor nampak nanti dia tanya " Ya Malizi! Entu fahmin wa la'ah? " .. Kitaorang pun jawablah, "Ihna mush fahmin!".. Yib ah (Jadi), doktor pon akan terangkanlah dalam Bahasa Inggeris syuwaiyah syuwaiyah (sikit - sikit). Huhu.

Physiology

Doktor ni kira macam no kompromi langsung! Fully Bahasa Arab, walhal ajar kitaorang kat MOU dulu cakap Inggeris fluently. Ishhk, akan tetapi rasanya mush musykilah ( tiada masalah ) kot sebabnya semua fakta physiology ada dalam slide presentation kat depan. Jadi doktor terangkan dalam Bahasa Arab tu pon just nak menjelaskan orang-orang Arab ni makna ayat dalam Bahasa Inggeris tuh.

Biochemistry

Yang ni seronok. Doktor terangkan fully in English! Haha. Akan tetapi inilah kelas yang paling kosong kot. Sebabnya orang Arab tak suka doktor-doktor yang terang dalam Bahasa Inggeris kerana mereka ni kurang faham kott.

Histology

Doktor ni pon sama no kompromi. Sebab ketika kelas Histology dan Physiology orang Arab memang penuh. Kami pon tenggelam. Tapi rasanya tiada masalah besar nak belajar Histology. Lebih kurang macam anatomy. Bezanya, Histology struktur dalam badan yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Yib ah, Insya Allah mush musykilah! Amiin.

Praktikal

Ketika nih seronok juga kerana doktor menerangkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kelas praktikal dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kami kumpulan akhir dan majoriti MALIZI. Jadi, kebanyakan doktor terangkanlah dalam Bahasa Inggeris selalu. Alhamdulillah.

Akan tetapi, kami perlu bersiap sedia menghadapi peperiksaan nanti. Katanya peperiksaan G2G susah berbanding peperiksaan MOU. Hmm. Tenang, pepatah Melayu ada berkata "Usaha Tangga Kejayaan!"

Syi'ah Asnani = X-Ray Gigiku

Huhu. Pagi tadi aku pergi ke Kuliah Tib Asnan, Gam'atil Qaherah. Kerana apa? Kerana ingin membuat X-Ray Gigi. Arghh, rasanya dah lama perasan gigi ni tumbuh senget tetapi tak berkesempatan untuk membuangnya ketika di Malaysia. Namun, apa-apa pon doakan yang terbaik untukku pada esok hari, Jumaat. Kemungkinan besar aku kena operate dan membuang gigi ni. Adduuhh!




Cuba perhatikan gigiku yang tumbuh senget. Unik!!




Alhamdulillah, rasanya masalah universiti dan sampai ke penghujungnya. Insya Allah, aku akan memulakan Kuliah G2G di Gam'atil Ain Shams pada sabtu ini kerana nama naik di situ. Walaupun agak perit, menderita malah menakutkan belajar medic dalam Arab Amiyah, tetapi aku akan berusaha untuk menyahut cabaran tersebut.

Sebenarnya aku diberi dua pilihan. Sama ada untuk masuk kelas G2G (Belajar Medic dalam Bahasa Arab tetapi periksa dan buku text serta slide di depan dalam Bahasa Inggeris) atau MOU (Belajar dalam Bahasa Inggeris). Namun, yang menjadi masalah di sini adalah pihak penajaanku Lembaga Zakat Selangor hanya dapat menampung bayaran kelas G2G memandangkan yurannya agak murah sedikit. Setelah berbincang dengan keluarga, walaupun mendapat lampu hijau untuk mengambil MOU, aku merasakan moleklah kiranya aku mengambil kelas G2G.

Bagiku, biarlah aku yang berusaha dan bersusah payah dengan duit dermasiswa tersebut. Tidak perlu aku menambahkan beban kedua ibubapaku untuk mencari duit tambahan.

Semoga dengan ini, aku akan cuba berusaha sungguh-sungguh. Insya Allah!

Jalan - Jalan di City Stars ( kinda like MidValley )

Jika ingin membeli belah di City Stars jangan lihat pada duit Egyptian Pound kerana nanti nampak mahal. Tekan calculator kat handset, cepat-cepat kira tukar kalau duit Malaysia. Haaa, nanti harganya lebih kurang!

Baru - baru ini aku membeli spek baru kerana spek lama ada orang patahkan. Sedihnya tak tahu siapa patahkan. Salah sendiri jugak kerna taruk merata - rata. Jadi spek yang aku beli itu berharga 450 genih bersamaan RM 272. Alhamdulillah, mula-mula macam cuak nak buat spek kat Mesir ni, tapi setelah yakin dengan kemajuan depa, memang memuaskan! Alhamdulillah.



Spek Merah Baru





Di Tengah City Stars



Di Tengah City Stars ( gambar tak rotate. haha. )



Jom makan Al-Baik. Sedap macam KFC!



Lintas jalan di Mesir menakutkan!



Sebelum masuk City Stars ni, kena scan badan macam nak masuk kapal terbang. Highly secured! huhu.

Kuliah Perubatan 2009/2010




Fuh, sudah 2 minggu aku memulakan kuliah perubatan. Namun baru kini aku dapat mengemaskini blog. Mana taknya, Mahasiswa Perubatan mestilah sibuk ye tak? Perkh, padahal tak sibuk mana pon. Cuma tiada Internet di Rumah Selangor tuh. Terpaksa pergi ke cyber cafe setiap kali ingin meng'update' blog. Letih! Oh Letih!

Hmm, berkaitan Universiti ni tak taulah. Banyak sangat pulak masalahnya apabila sudah sampai sini. Biasalah, Mesir ni bukannya bersistematik sangat pon cara dia handle. Walaubagaimanapun, aku tetap pergi ke kuliah memandangkan kuliah sudah pun bermula. Sementara tunggu nama naik ( Muqayyad ), aku memulakan kuliah perubatan di Universiti Ain Shams. Barangkali aku akan kekal di situ atau pun pergi ke Universiti lain. Tidak kisahlah di mana pun yang penting niat aku untuk datang Mesir adalah membawa segulung ijazah kedoktoran. Dan semestinya aku perlu sentiasa tajdid niatku.





Kuliah MOU Ain Shams sungguh selesa!


Oh ye, sebelum aku memulakan kuliah perubatanku, aku sempat menghabiskan Kursus Persediaan Bahasa Arab Fushah selama 3 minggu. Namun, aku perlu menyambung lagi seminggu pada masa akan datang kerana kami pelajar perubatan meminta kursus itu ditangguhkan memandangkan kuliah perubatan sudah pun bermula.




Di hadapan Mustawa Enam ( Kelasku )


Hah, di sini aku suka sangat makan makanan arab. Dahlah murah pulak tuh. Antara makanan yang aku suka makan adalah kuftah, torob, tokmiah, makarona dan roti fino.
Kalau jus ( a'sir ) pula aku suka minum sobia ( air santan manis ), kantalob billaban ( tembikai susu campur susu ), koktil ( ala-ala banana split ) dan manggo bilaishkrim ( mangga dan ais krim ). Huhu. Semua harganya setiap satu tidak lebih dari 3 genih. Paling murah 1 genih. Memang murah makanan arab.




TOROB - Talatah Genih wa Nos (3.50 Genih)





Laziz Awi Ya Rayyis. Ana Ayiz Wahid Kaman.