Melapah Unta



SALAM EIDUL ADHA

orang arab wish kami "KULLU SANAH ANTUM TOYYIBIN".


Di pagi raya, sebelum bertolak ke "kampung", Rumah Selangor di Hayyu Asyir, Madinatin Nasr.

Raya Eidul Adha kali ni memberi pengalaman baru buat hidupku. Leh? (Kenapa?) Kerana kali pertama aku dapat nak melapah. Tak pernah - pernah dapat melapah lembu, terus dapat melapah UNTA kat Mesir ni. Huhu. Agak BANGGA di situ. Cehh, mana taknya biasa ni aku seperti kanak - kanak yang lain, hanya mampu melihat orang yang lebih tua dan berpengalaman untuk menyembelih dan melapah.

Yang seronoknya, kami pelajar - pelajar PERUBATAN anak selangor melapah unta sama - sama sambil BELAJAR. Haaa, carik mana jantung? mana hati? mana artery? mana vein? mana nerve?. Badan manusia tak boleh di lapah, badan unta pon jadilah! Lebih kurang je kot. Tetap ada organ - organ penting. Huhu.


Sebelum UNTA disembelih, aku berpeluang BERMANJA dengan unta. Ye ke? padahal takut - takut. hahaha.


Panjang gak leher UNTA ni, nak sembelih bahagian atas ke bawah ni?? Haa. mana - mana pon boleh. tapi lebih baik bawah supaya darah cepat keluar. Kalau bahagian atas, barangkali darah terkumpul di tengah - tengah leher. Huhu.


Ramai giler kena pegang dan tahan lembu ni. Sekali dia mengamuk semua terpelanting daaa. Bahaya! Bahaya!


Nampaknya yang UNTA pertama disembelih bahagian atas. Takpe, tetap HALAL cuma lambat mati sedikit berbanding bahagian bawah. Sebab tu takde orang dekati UNTA ni, baru lepas mengamuk! CUAK GILER!


Unta ni bergerak lagi ke? Aku dah tak sabar nak melapah ni. Yeehhhaaa~!


Haaa, ni pakai pisau roti pon boleh melapah tau! haha. Pisau ni telah diasah oleh mesin sebenarnya.


Tak sabarnya aku nak makan kau. Lapah laju - laju sikit. Hehe.


Terbalikkan!! Berat ni.. tolong, tolong!


Weyh, lapah je r. Sibuk nak bergambar snap sana sini. Ishk2.

Oklah. So far so meriah sambut di sini. Walau wajah ceria dan meriah, di hati tetap tidak semeriah bersama KELUARGA. SALAM EIDUL ADHA kepada semua.


Rumah Baru Semangat Baru!

Dalam kesibukan menjalani ujian prestasi di Universiti, aku telah pun berpindah ke rumah baru! Rumah sewa baru! Huhu. At least, takderlah kena serangan pijat yang mengganas di Rumah Selangor tu. haha. Mana boleh tahan. Tiap - tiap pagi bangun nampak 10 ekor merayap keliling badan. Gatal sepanjang hari untuk sepanjang zaman! Itu sebab utama aku nak pindah sangat kot. Haha. Perkhhh. Sekarang telah pun berpindah di Tingkat 11, Medan Abu Rish, Sayyeda Zainab.

Tatapan gambar rumah sebelum memasuki dan selepas..



Sebelum meninggalkan Rumah Selangor, angin sejuk di waktu pagi!



Jemput masuk rumah, jangan lupa letak kasut di tempat yang disediakan! hehe.

SEBELUM PINDAH



Kotor!

SELEPAS PINDAH



Ni tempat lepak aku kalau boring, basuh dan membasuh. Eh ye ke serajin tu? agaknya..


Nak masak senang je, campak - campak je dalam kuali. Sedap? itu kemudian cerita..


Teh, Gula, Garam, Kunyit.. Lagi nak taruk apa eh? Ada 3 lagi botol kecik available.. hmm.


Sarapan pagi sihat dengan bijiran. Dengar nasihat doktor ni ye. hehe.


Kat atas rak pinggan tuh, sakhonah ( pemanas air ). Almaklumlah, tengah musim sejuk ni!

SEBELUM PINDAH



Bersimen.

SELEPAS PINDAH



Beruslah gigi setiap kali bangun dan sebelum tidur! Kalau tak nanti kena marah dengan mak ayah! teringat kecik2 dulu.. liat sungguh!

SEBELUM PINDAH



Erkk~

SELEPAS PINDAH



Washing Machine Toshiba Fully Automatic. 1200 genih. Mahal ke standard?


Musim sejuk tak perlu mandi sangat. Sehari sekali je cukup. Tol tak?


BILIKKU SYURGAKU
akan tetapi bilik ni dikongsi bersama Muzammil



Meja study atau Meja Komputer lagi bagus? Hmm.


Tilam dan Katil yang selesa!


Alamari kain berkualiti tinggi!


Say no to pijat. Doa - doalah takde pada masa akan datang. Waaa.

RUANG TAMU



Ruang tamu yang besar, tak tahu nak buat apa.. nak taruk TV? tahun depan lah kot. huhu.


So far, rumah ni not bad. Kuwais awi awi. Alhamdulillah. Dilwakti, ihna mabsutin!

Ismu Muaggir (Nama tuan rumah) : Yahya Badwi
Ismu Mustaggir (Atas nama) : Muhammad Muzammil bin Mohd Salleh

Ahli Bit (Ahli rumah)
Mohd Deenie bin Mohd Rodzhan
Dzorfanulhasif Rafhan bin Abu Hassan
Hafridz Murshid Al-Wafi bin Shahbudin
Muhammad Zharief Afzal bin Kassim
Muhammad Hadi bin Mustaqim

Kuliah G2G Perubatan Ain Shams






Yallah bisur'ah ya sodiq, ana haruh masgid li solatil gom'ah!



Huuhh. Alhamdulillah, masuk hari ni sudah seminggu rupanya aku memulakan pengajian Perubatan di Universiti Ain Shams kuliah G2G. Terkadang tu tersangatlah faham, terkadang tuh blurr habis! Ana mush fahim! Nos Nos ya Dukturah!! Haha.

Untuk tahun pertama, silibus Perubatanku adalah subjek Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology.

Anatomy

Kuliah Anatomy tidaklah begitu menakutkan walaupun doktornya menerangkan dalam Bahasa Arab kerana Anatomy lebih kepada tahu struktur badan yang nampak sahaja. Tetapi banyak giler nak mati! Nak kenal hafal semua nanti. Yang seronoknya, kami pelajar Melayu ramai dalam kelas G2G, kadang-kadang doktor nampak nanti dia tanya " Ya Malizi! Entu fahmin wa la'ah? " .. Kitaorang pun jawablah, "Ihna mush fahmin!".. Yib ah (Jadi), doktor pon akan terangkanlah dalam Bahasa Inggeris syuwaiyah syuwaiyah (sikit - sikit). Huhu.

Physiology

Doktor ni kira macam no kompromi langsung! Fully Bahasa Arab, walhal ajar kitaorang kat MOU dulu cakap Inggeris fluently. Ishhk, akan tetapi rasanya mush musykilah ( tiada masalah ) kot sebabnya semua fakta physiology ada dalam slide presentation kat depan. Jadi doktor terangkan dalam Bahasa Arab tu pon just nak menjelaskan orang-orang Arab ni makna ayat dalam Bahasa Inggeris tuh.

Biochemistry

Yang ni seronok. Doktor terangkan fully in English! Haha. Akan tetapi inilah kelas yang paling kosong kot. Sebabnya orang Arab tak suka doktor-doktor yang terang dalam Bahasa Inggeris kerana mereka ni kurang faham kott.

Histology

Doktor ni pon sama no kompromi. Sebab ketika kelas Histology dan Physiology orang Arab memang penuh. Kami pon tenggelam. Tapi rasanya tiada masalah besar nak belajar Histology. Lebih kurang macam anatomy. Bezanya, Histology struktur dalam badan yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Yib ah, Insya Allah mush musykilah! Amiin.

Praktikal

Ketika nih seronok juga kerana doktor menerangkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kelas praktikal dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kami kumpulan akhir dan majoriti MALIZI. Jadi, kebanyakan doktor terangkanlah dalam Bahasa Inggeris selalu. Alhamdulillah.

Akan tetapi, kami perlu bersiap sedia menghadapi peperiksaan nanti. Katanya peperiksaan G2G susah berbanding peperiksaan MOU. Hmm. Tenang, pepatah Melayu ada berkata "Usaha Tangga Kejayaan!"