Syi'ah Asnani = X-Ray Gigiku

Huhu. Pagi tadi aku pergi ke Kuliah Tib Asnan, Gam'atil Qaherah. Kerana apa? Kerana ingin membuat X-Ray Gigi. Arghh, rasanya dah lama perasan gigi ni tumbuh senget tetapi tak berkesempatan untuk membuangnya ketika di Malaysia. Namun, apa-apa pon doakan yang terbaik untukku pada esok hari, Jumaat. Kemungkinan besar aku kena operate dan membuang gigi ni. Adduuhh!




Cuba perhatikan gigiku yang tumbuh senget. Unik!!




Alhamdulillah, rasanya masalah universiti dan sampai ke penghujungnya. Insya Allah, aku akan memulakan Kuliah G2G di Gam'atil Ain Shams pada sabtu ini kerana nama naik di situ. Walaupun agak perit, menderita malah menakutkan belajar medic dalam Arab Amiyah, tetapi aku akan berusaha untuk menyahut cabaran tersebut.

Sebenarnya aku diberi dua pilihan. Sama ada untuk masuk kelas G2G (Belajar Medic dalam Bahasa Arab tetapi periksa dan buku text serta slide di depan dalam Bahasa Inggeris) atau MOU (Belajar dalam Bahasa Inggeris). Namun, yang menjadi masalah di sini adalah pihak penajaanku Lembaga Zakat Selangor hanya dapat menampung bayaran kelas G2G memandangkan yurannya agak murah sedikit. Setelah berbincang dengan keluarga, walaupun mendapat lampu hijau untuk mengambil MOU, aku merasakan moleklah kiranya aku mengambil kelas G2G.

Bagiku, biarlah aku yang berusaha dan bersusah payah dengan duit dermasiswa tersebut. Tidak perlu aku menambahkan beban kedua ibubapaku untuk mencari duit tambahan.

Semoga dengan ini, aku akan cuba berusaha sungguh-sungguh. Insya Allah!

Jalan - Jalan di City Stars ( kinda like MidValley )

Jika ingin membeli belah di City Stars jangan lihat pada duit Egyptian Pound kerana nanti nampak mahal. Tekan calculator kat handset, cepat-cepat kira tukar kalau duit Malaysia. Haaa, nanti harganya lebih kurang!

Baru - baru ini aku membeli spek baru kerana spek lama ada orang patahkan. Sedihnya tak tahu siapa patahkan. Salah sendiri jugak kerna taruk merata - rata. Jadi spek yang aku beli itu berharga 450 genih bersamaan RM 272. Alhamdulillah, mula-mula macam cuak nak buat spek kat Mesir ni, tapi setelah yakin dengan kemajuan depa, memang memuaskan! Alhamdulillah.



Spek Merah Baru





Di Tengah City Stars



Di Tengah City Stars ( gambar tak rotate. haha. )



Jom makan Al-Baik. Sedap macam KFC!



Lintas jalan di Mesir menakutkan!



Sebelum masuk City Stars ni, kena scan badan macam nak masuk kapal terbang. Highly secured! huhu.

Kuliah Perubatan 2009/2010




Fuh, sudah 2 minggu aku memulakan kuliah perubatan. Namun baru kini aku dapat mengemaskini blog. Mana taknya, Mahasiswa Perubatan mestilah sibuk ye tak? Perkh, padahal tak sibuk mana pon. Cuma tiada Internet di Rumah Selangor tuh. Terpaksa pergi ke cyber cafe setiap kali ingin meng'update' blog. Letih! Oh Letih!

Hmm, berkaitan Universiti ni tak taulah. Banyak sangat pulak masalahnya apabila sudah sampai sini. Biasalah, Mesir ni bukannya bersistematik sangat pon cara dia handle. Walaubagaimanapun, aku tetap pergi ke kuliah memandangkan kuliah sudah pun bermula. Sementara tunggu nama naik ( Muqayyad ), aku memulakan kuliah perubatan di Universiti Ain Shams. Barangkali aku akan kekal di situ atau pun pergi ke Universiti lain. Tidak kisahlah di mana pun yang penting niat aku untuk datang Mesir adalah membawa segulung ijazah kedoktoran. Dan semestinya aku perlu sentiasa tajdid niatku.





Kuliah MOU Ain Shams sungguh selesa!


Oh ye, sebelum aku memulakan kuliah perubatanku, aku sempat menghabiskan Kursus Persediaan Bahasa Arab Fushah selama 3 minggu. Namun, aku perlu menyambung lagi seminggu pada masa akan datang kerana kami pelajar perubatan meminta kursus itu ditangguhkan memandangkan kuliah perubatan sudah pun bermula.




Di hadapan Mustawa Enam ( Kelasku )


Hah, di sini aku suka sangat makan makanan arab. Dahlah murah pulak tuh. Antara makanan yang aku suka makan adalah kuftah, torob, tokmiah, makarona dan roti fino.
Kalau jus ( a'sir ) pula aku suka minum sobia ( air santan manis ), kantalob billaban ( tembikai susu campur susu ), koktil ( ala-ala banana split ) dan manggo bilaishkrim ( mangga dan ais krim ). Huhu. Semua harganya setiap satu tidak lebih dari 3 genih. Paling murah 1 genih. Memang murah makanan arab.




TOROB - Talatah Genih wa Nos (3.50 Genih)





Laziz Awi Ya Rayyis. Ana Ayiz Wahid Kaman.

Jaulah ke Mansoura

Pada 4 Syawal yang lepas, kami berjaulah ke Mansoura. Tempatnya agak menarik kerana tidak begitu sesak seperti Kaherah (Cairo).




Di Restoran Welatain ( gabungan KFC & Burger King )


Merenung Sungai Nil



Aiskrim merupakan yang terkenal di Mansoura



Kek Mesir Besar-Besar



Masjid di Mesir memang cantik



Berlayar bersama kapal di Mansoura pada tengah malam. Sejuk!



Sedaapp koott!



Modelling