Pengorbanan yang terkorban

Tatkala diri berkorban ,
Hati mereka terasa dari jauh ,
Dengan rela ,
Pengorbanan tiada penghujung ,

Namun mereka alpa ,
Memandang enteng ,
Bukan terharu ,
Terus membenci ,

Sudahlah, siapa sanggup lagi ?
Jawapannya, KITA ,

Cukup tabah ,
Tapi rapuh ,
Cukup kuat ,
Tapi lemah ,

Hidup tidak mudah ,
Juga tidak susah ,
Kita berjemaah ,
Menghidupkan kehidupan ,

Aidil adha ,
Erti penuh ,
Untuk pengorbanan yang ikhlas ,
Salam untuk semua !

Bilakah masanya akan tiba?

Hari - hari masih berlalu ,
Tidak berhenti walaupun seketika ,
Apa yang mereka tahu hanya berjalan ,
Seiring dengan masa ,

Ku ingin masa itu tiba sebelum ku pergi ,
Tapi apakan dayaku ,
Hanya mampu melihat ,
Seperti tiada apa - apa ,

Asaku tidak pernah putus ,
Semangat kian membara ,
Namun tetap sama ,
Tiada beza ,

Sesekali aku mengeluh ,
Namun mujahadah itu lebih kental ,
Terus berusaha ,
Tiada nokhtah ,

Terus, terus dan terus berjuang ,
Biar lambat tiba ,
Asalkan selamat ,
Tanpa sebarang kemungkinan ,

Yakin!
Allah itu sentiasa di sisi ,
Tidak nampak ,
Tetapi itu lah hakikatnya .

'masa lampau itu sejarah, masa hadapan itu peluang'



Subhana Allah! Sebak hati ini tatkala melihat indahnya ciptaan-Mu.

dan antara dua itu kita pilih yang terbaik.

jangan menyesal, sudah berlalu


Baru - baru ini, aku diberi pilihan untuk memilih antara satu. Kedua - duanya berfaedah, kedua - duanya mendatangkan kebaikan. Sangat sukar bukan untuk membuat pilihan? Kerana pada hakikatnya, kedua - dua pilihan itu mendatangkan faedah yang sama dan bukannya berbeza.

Bagi aku pilihan tetap menjadi pilihan, dan aku berhak untuk memilih. Pilih lah apa - apa pun, yang penting bukan pilihan itu, yang paling penting adalah diri kita sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Ya, inilah peluangnya. Inilah yang terbaik! Semoga kau terus istiqamah wahai hatiku. Aku mengharapkan rahmat dan kasih-Nya





“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


p/s: Ingin jadi seperti harimau bintang bersama dia. Sama - sama kita usaha menuju kejayaan. USAHA!

detik berlalu itu dengki

salam 1fikrah, 1amal!


aku tersentak tiba tiba. bangun dari mimpi indah yang membuai lenaku hingga hanyut ditelan zaman. 'alamak, aku terjatuh', aku bermonolog sendirian.

* * *


Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana pada hari ini aku masih boleh bernafas di muka bumi ini. Peluang yang diberikan oleh-Nya bukan sekadar untuk kita menghabiskan sisa - sisa hidup di muka bumi ini dengan jiwa yang kosong, tetapi untuk terus bermujahadah dalam setiap aspek kehidupan lagi lagi untuk agama-Nya, yakni agama ISLAM!

Semalam;

Berikut penerima anugerah pangkat Jayid Jiddan, Universiti cawangan Kaherah, Ain Shams, program G2G ' Mohd Deenie bin Mohd Rodzhan '. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Tidak menyangka sama sekali tertulis untukku menerima anugerah semalam. Program yang ringkas tetapi begitu bermakna untukku.


Sorry, kabur!


Bukan sahaja ada majlis penyampaian anugerah, tetapi kami semua turut meraikan pada senior - senior yang ingin pulang ke tanah air untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah untuk masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, aku turut merasa begitu berat tanggungjawab yang perlu mereka pikul sebaik sahaja tiba di tanah air nanti. Ya, memang jelas terpacul riak wajah mereka yang begitu sedih untuk meninggalkan bumi anbiyak, yang begitu gembira untuk bersama keluarga di tanah air, dan tidak kurang juga yang tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang mereka sekembalinya ke tanah air nanti.

Sebelum program berakhir, mereka sempat menyampaikan amanat dan nasihat untuk dijadikan teladan buat kami yang masih belajar ABC.

Hati aku sebak tatkala mantan timbalan YDP bkasm memberi kalam terakhir untuk kami di sini ' jadilah benih yang baik, dicampak ke mana pon, akan memberi manfaat pada orang lain '. Ya Allah, apakah selama ini aku adalah benih yang kotor? yang jijik? yang dipandang hina oleh sekeliling masyarakat? , aku terus bermuhasabah sendirian.

Teringat juga pesan ustaz husnaini ' bayangkanlah perjalanan anda semua ini, seperti berjalan dalam semak pokok semalu. yang mana apabila kita tersentuh, ia menguncup dan apabila kita ke hadapan, dia akan mengembang semula '. ya, perjalanan hidup ini memang sukar!

dan seorang lagi ustaz affandi berkata ' anda datang ke Mesir dengan harapan tinggi oleh keluarga dan masyarakat, jangan sampai anda pulang ke tanah air sama seperti sebelum anda terbang ke sini '. perkhh, ayat ini sungguh menikam.

Aku terus bermuhasabah diri, apakah yang telah aku lakukan setelah setahun aku berada di sini? Sepertinya tiada apa - apa. Apakah aku akan terus sambung melakukan perkara yang sama sehingga tahun ke-enam? Oh, ruginya! Rugi sangat! 6 Tahun sia - sia begitu sahaja.

' Kepada pelajar perubatan, kejarlah ilmu - ilmu selain perubatan terutama ilmu agama, ilmu agama adalah ilmu yang merangkumi segala aspek bidang ilmu termasuklah perubatan itu sendiri '. kata salah seorang ustaz.

Terima kasih kepada BKASM atas program malam tadi. Memang tak sia - sia aku pergi. Mungkin kini sudah tiba masanya untuk aku bukak buku baru.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Surah Ar-Ra’d (ayat 11)


Masa itu bukan sahaja cemburu, malah sangat dengki pada manusia. Mana taknya, masa yang telah kita bazirkan, semua itu rugi! Aku ada pinta jasa baik masa untuk kembalikan masa yang kita bazirkan, mereka kata 'PADAN MUKA'. Oleh itu, hati - hati dengan masa. Dia memang dengki. Ahaa. =)