Setelah RECHECK SPM. Result sebenarku?



Result sebenarku? Biar betul? Heh. Recheck ke ni? Adoi. Boleh percaya ke? acecece. Kalau macam ni comfirm dapat tajaan MARA.


























Malangnya..Ini hanyalah khayalan buatku. Tak betul pon. Ini hanyalah editing semata-mata. Gembirakan la hati aku sedikit. At least, impian tu seolah-olah realiti nampak nama sendiri straight A1 macam tu. Hakhak. Dukacita dimaklumkan aku tidak dapat temuduga MARA. Sedih Sedih. Hehe.

Doa dan Harapan

Setelah berfikir panjang dan membuat keputusan muktamad. Aku memohon pada MARA. Memohon PERGIGIAN DI TIMUR TENGAH. Jadi, aku ingin memohon agar kesemua pembaca blog ku ini, mendoakan agar aku dapat mencapai cita-cita dan impian aku.

Tidak perlu aku meletakkan harapan yang tinggi memandangkan keputusan aku yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan. Namun, selagi hayat di kandung badan, selagi itu kita berjuang, selagi itu kita berusaha, selagi itu kita mencuba sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan kesungguhan, tawakkal dan berdoa pada yang Maha Memiliki, Insya Allah segalanya akan digarab.

Di mana-mana ada rezeki. Jika kita dapat, alhamdulillah. Jika tidak dapat, kita harus yakin satu hari nanti, Allah pasti memberi sesuatu yang kita hendaki kerana Allah itu Maha Kaya.

Sebuah kehidupan.

Kehidupan sememangnya susah.
Kita sebagai insan adakalanya berada di atas, adakalanya kita berada di bawah.
Setiap insan pasti pernah melaluinya.
Dari yang paling atas, jatuh menjunam terus ke bawah.
Kepedihan yang tak dapat kita bayangkan.
Andai jasad yang jatuh, pastinya akan hancur.
Begitulah.
Perasaan yang tak dapat aku bayangkan.
Dahulunya aku lah di atas, aku lah yang senang hati.
Aku lah perwira, aku lah yang memiliki setiap yang aku kehendaki.
Aku lah orang yang bertuah, aku dipuji, aku dibangga, aku gembira.
Aku seronok, aku jugalah orang yang tiada henti memiliki kebahagiaan.

Namun, apakah semua ini akan kekal? Semestinya tidak. Kini, aku lah yang dibawah, mengharungi setiap dugaan dan ujian dengan penuh ketabahan. Akan tetapi sampai bilakah ketabahan ini akan aku kecapi? Akan aku kekalkan? Penuh onak duri, menikam kalbu sehingga pisau yang tertusuk pun tidak akan terasa. Apakah aku kini menjadi orang paling malang? Aku sedih dengan nasibku. Tiada simpati aku pinta. Setelah Kau datangkan segala-galanya padaku, Kau tarik kembali kebahagiaan itu. Aku sedar, Kau ingin menguji keimanan ku, Kau ingin lihat sejauh mana kesyukuran ku selama ini? Kau Maha Adil ya Allah. Satu hari nanti, pasti kau akan datangkan kebahagiaan padaku semula. Aku yakin dengan kekuasaan-Mu ya Allah. Aku mohon agar Kau terus tingkatkan semangat aku untuk mengharungi ujian-ujian yang bakal aku hadapi.

Aku adalah insan yang lemah, dan aku yakin, Kau tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba itu tidak mampu menangunggnya. Oleh itu, kau ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Setiap yang berlaku aku yakin ada hikmahnya. Aku redha dan aku terima segala ketentuanku. Aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencipta kejayaan di dunia dan akhirat.

Isnin 16/3/2009 pada 1.30 a.m

Result SPM ku.



Bahasa Melayu : A1
Bahasa Inggeris : B3
Sejarah : A1
Additional Mathematics : A1
Mathematics : A1
Biology : A1
Physics : A1
Chemistry : A1
Pendidikan Quran dan Sunnah : A1
Pendidikan Syariah Islamiyah : A1
Bahasa Arab Tinggi : A2

10A 1B ( 9A1 1A2 1B3 )

Alhamdulillah, aku redha dengan keputusan yang telah Allah berikan padaku. Bertetapan dengan usahaku. Mungkin aku tiada rezeki untuk mendapat semua A terutama sekali Bahasa Inggeris supaya aku bisa pergi ke luar negara. Aku sekarang sedang frust menonggeng Mintak maaf pada semua yang telah aku kecewakan terutama kedua ibubapaku. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosaku ini. Sesungguhnya aku berada dalam kekecewaan sekarang. Semoga Engkau memberikan rezeki yang melimpah ruah padaku pada masa akan datang. Amin Ya Allah.

Syaq tagged me! Haha.

Best day Award - [Friday a.k.a Jumaat]

Best Memory Award - [Lazy to list them, sorry!]

Best Friend Award - [All my friends ok! Luv each of them very much!!]

Best Enemy Award - [Backstable]

Song of The Year - [Aeman - Anak Soleh (menjinakkan diri pada nasyid)]

Movie of the year - [Geng dan Upin&Ipin (support filem Malaysia lor!)]

Male Singer of the year - [Faizal Tahir]

Female singer of the year - [Siti Nurhaliza, Yuna & Heliza for sure!]

Duo/Band of the year - [Meet Uncle Hussein]

Actor of the year - [Tak terfikir]

Actress of the year - [Misha Omar as Julu]

TV program of the year - [Mana-mana pon boleh]

DJ of the year - [Seldom dengar radio. Fara Fauzana la kot.]

TV host of the year - [Aznil Haji Nawawi]

Scandal of the year - [Tak suka]

Best Hang Out Spot - [Summit Subang Jaya]

Best Cinema - [GSC (murah sedikit berbanding TGV, haha!)]

Best Eating Place - [Dalam rumah bersama keluarga tercinta]

Best Bowling Spot - [The most sport I like. Summit Subang Jaya la. Mana lagi?]

Best Bookshop - [MPH + POPULAR + Kedai Seri Tanjong Seksyen 9]

Best Shopping Spot - [Tesco Shah Alam (beli barang-barang keperluan sahaja)]

Best Karaoke Spot - [My toilet]

Mostly Done Activity - [Melihat la]

Best Website - [http://maddee0317.blogspot.com (My blog,hehe)]

Other awards you would like to give - [Nothing]

The most shocking news - [SPM 2008 Result on 12nd March 2009]

Best Things that happen - [With her and him]

The worst moments - [Scolded by them (arghh!!! Syazwan kamu taukan? hehe)]


i would like to tag

1.SYAZWAN 2.ATHIRAH 3.AMMAR ADDAM

Marking the answer; tention+relax!



Assalamualaikum. Pada minggu lepas, sekolah di mana tempat aku mengajar telah pun bertarung nyawa untuk mengakhiri ujian bulanan Januari/Februari dengan sempurna. Dalam kegembiraan dan keriangan mereka menghabiskan kertas terakhir, aku pula bertambah sibuk. Mula-mulanya aku ingatkan aku akan bersenang-lenang, hanya duduk mengawasi pelajar supaya tidak meniru. Namun, setelah semuanya berakhir, seperti biasa tugas sebagai seorang guru untuk menanda kertas. Merekodkan semua markah bagi setiap subjek bagi kelas yang aku pegang, iaitu 4 REDHA. Ha, inilah pengalaman yang sangat emas bagi aku! Selama ini, aku tertunggu-tunggu keputusan periksa, memikirkan bagaimana guru-guru aku menanda kertasku. Sekarang, aku pula yang menanda. Bagaimana rasa tekanan seorang guru apabila anak muridnya tidak dapat menjawab dengan baik, semuanya aku dapat rasakan. Aku juga dapat merasa gembira apabila ada anak muridku yang dapat menjawab dengan baik. Sememangnya sukar tugas sebagai seorang guru. Memastikan semua anak muridnya berjaya dengan penuh gemilang di atas ufuk mentari yang begitu berkilauan pancarannya. Ditambah pula dengan kesibukan komitmen lain, namun aku tetap teruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar bergelar LEPASAN SPM. Menanti keputusan dengan penuh debaran, bersama rakan-rakan merangka sebuah program untuk adik-adik di SAMBESTARI, meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di SRA Seksyen 3, Shah Alam dan juga melatih seorang pelajar dalam acara Syarahan Bahasa Arab untuk pertandingan yang menjelang tiba. Pada esok hari, aku ada mesyuarat pada pukul 11.30 pagi. Aku tidak boleh skip. Tugas itu amanah. Amanah itu Ibadah. Semoga kita semua menjadi seorang yang penuh bertanggungjawab. Amin.

My car and the accident!



Yeah, inilah kereta ku. Aku hanya meminjam sementara dari ayahku kerana ayahku mempunyai dua buah kereta. Jadi, kereta ini menjadi milikku sepenuhnya buat sementara waktu. Memandu memang seronok! Mungkin untuk newbie seperti aku merasa sebegitu. Pada mereka yang telah memandu bertahun lamanya, tidak mungkin semangat memandunya sesegar aku. Namun, dalam kesibukan kereta ini berkhidmat padaku. Adalah 1 penyesalan buatku apabila aku melukakan kereta ini. Aku tidak sengaja! Mungkin aku terlalu ghairah memandu, atau ini adalah perkara biasa untuk newbie seperti aku. Semestinya tuan kereta ini, iaitu ayah aku sungguh marah! Namun, aku sebagai anaknya, pasti dia telah memaafkan aku. Akan tetapi kos membaik pulih aku lah orang yang perlu menanggungnya. Setakat ini, aku sudah pon memandu ke SAMBESTARI (sekolahku), Puchong Perdana (rumah SOHAIB), Puchong, Petaling Jaya (rumah FAIZ), Sekitar-sekitar Shah Alam, Subang Jaya(summit dan SAMBESTARI) dan lain-lain lagi. Hakhak~ Okayla, di sini ada gambar keretaku yang kemek. Sila lah meratapnya!



SALAM ALAYK!