Sebuah kehidupan.

Kehidupan sememangnya susah.
Kita sebagai insan adakalanya berada di atas, adakalanya kita berada di bawah.
Setiap insan pasti pernah melaluinya.
Dari yang paling atas, jatuh menjunam terus ke bawah.
Kepedihan yang tak dapat kita bayangkan.
Andai jasad yang jatuh, pastinya akan hancur.
Begitulah.
Perasaan yang tak dapat aku bayangkan.
Dahulunya aku lah di atas, aku lah yang senang hati.
Aku lah perwira, aku lah yang memiliki setiap yang aku kehendaki.
Aku lah orang yang bertuah, aku dipuji, aku dibangga, aku gembira.
Aku seronok, aku jugalah orang yang tiada henti memiliki kebahagiaan.

Namun, apakah semua ini akan kekal? Semestinya tidak. Kini, aku lah yang dibawah, mengharungi setiap dugaan dan ujian dengan penuh ketabahan. Akan tetapi sampai bilakah ketabahan ini akan aku kecapi? Akan aku kekalkan? Penuh onak duri, menikam kalbu sehingga pisau yang tertusuk pun tidak akan terasa. Apakah aku kini menjadi orang paling malang? Aku sedih dengan nasibku. Tiada simpati aku pinta. Setelah Kau datangkan segala-galanya padaku, Kau tarik kembali kebahagiaan itu. Aku sedar, Kau ingin menguji keimanan ku, Kau ingin lihat sejauh mana kesyukuran ku selama ini? Kau Maha Adil ya Allah. Satu hari nanti, pasti kau akan datangkan kebahagiaan padaku semula. Aku yakin dengan kekuasaan-Mu ya Allah. Aku mohon agar Kau terus tingkatkan semangat aku untuk mengharungi ujian-ujian yang bakal aku hadapi.

Aku adalah insan yang lemah, dan aku yakin, Kau tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba itu tidak mampu menangunggnya. Oleh itu, kau ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Setiap yang berlaku aku yakin ada hikmahnya. Aku redha dan aku terima segala ketentuanku. Aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencipta kejayaan di dunia dan akhirat.

Isnin 16/3/2009 pada 1.30 a.m
0 Responses