Marking the answer; tention+relax!



Assalamualaikum. Pada minggu lepas, sekolah di mana tempat aku mengajar telah pun bertarung nyawa untuk mengakhiri ujian bulanan Januari/Februari dengan sempurna. Dalam kegembiraan dan keriangan mereka menghabiskan kertas terakhir, aku pula bertambah sibuk. Mula-mulanya aku ingatkan aku akan bersenang-lenang, hanya duduk mengawasi pelajar supaya tidak meniru. Namun, setelah semuanya berakhir, seperti biasa tugas sebagai seorang guru untuk menanda kertas. Merekodkan semua markah bagi setiap subjek bagi kelas yang aku pegang, iaitu 4 REDHA. Ha, inilah pengalaman yang sangat emas bagi aku! Selama ini, aku tertunggu-tunggu keputusan periksa, memikirkan bagaimana guru-guru aku menanda kertasku. Sekarang, aku pula yang menanda. Bagaimana rasa tekanan seorang guru apabila anak muridnya tidak dapat menjawab dengan baik, semuanya aku dapat rasakan. Aku juga dapat merasa gembira apabila ada anak muridku yang dapat menjawab dengan baik. Sememangnya sukar tugas sebagai seorang guru. Memastikan semua anak muridnya berjaya dengan penuh gemilang di atas ufuk mentari yang begitu berkilauan pancarannya. Ditambah pula dengan kesibukan komitmen lain, namun aku tetap teruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar bergelar LEPASAN SPM. Menanti keputusan dengan penuh debaran, bersama rakan-rakan merangka sebuah program untuk adik-adik di SAMBESTARI, meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di SRA Seksyen 3, Shah Alam dan juga melatih seorang pelajar dalam acara Syarahan Bahasa Arab untuk pertandingan yang menjelang tiba. Pada esok hari, aku ada mesyuarat pada pukul 11.30 pagi. Aku tidak boleh skip. Tugas itu amanah. Amanah itu Ibadah. Semoga kita semua menjadi seorang yang penuh bertanggungjawab. Amin.
3 Responses
  1. hebat la bdk tu
    dpt 49/50
    dia nama apa?


  2. tu bdk laki.. nama dia fareez x silap.. lupa la.. ada dlm 3 org je dpt 40 lebih.. lg dua org dpt 45.. yg len sme bwh tu.. hmm...


  3. Anonymous Says:

    tugas itu amanah
    kerja itu ibadah
    teringt puan saadah
    sian de da pindah...

    hahak..
    hidup nih mcm roda kan...
    bes gila belajar dan mengajar..
    Da~