hati ini

pagi ini aku bangun,
seperti selalu,
melengkapi kehidupan selaras dengan tuntutan-Mu,
atas dasar hati yang beriman,

kini,
aku sebak menanggung derita,
bukan mohon simpati,
tetapi sebagai muhasabah untuk diri sendiri,

biar perit pahit perjuangan ditongkah,
melepaskan lelah yang berpanjangan,
untuk menuju 1 destinasi yang pasti,
syurga-Mu yang indah,

lautan pantai telah aku rentasi,
semarak api membara telah aku renangi,
jiwa resah dan gelisah sepanjang masa,
untuk mencapai ketenangan yang abadi,

sungguh! aku tidak sanggup lagi,
tetapi ingatlah Allah itu sentiasa ada,
sentiasa ada untuk aku dan kita,
sentiasa ada pada tiap waktu dan masa,

selalu ada,
selalu ada,
tika hati ini sebak merindukan-Mu,
tika hati ini sebak mencintai-Mu,

syukur hari ini hatiku masih lembut,
kerana tiap titisan untuk-Mu,
adalah tanda mengharapkan pengampunan dari-Mu,
mohon agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan-Mu.

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”....

Pengorbanan yang terkorban

Tatkala diri berkorban ,
Hati mereka terasa dari jauh ,
Dengan rela ,
Pengorbanan tiada penghujung ,

Namun mereka alpa ,
Memandang enteng ,
Bukan terharu ,
Terus membenci ,

Sudahlah, siapa sanggup lagi ?
Jawapannya, KITA ,

Cukup tabah ,
Tapi rapuh ,
Cukup kuat ,
Tapi lemah ,

Hidup tidak mudah ,
Juga tidak susah ,
Kita berjemaah ,
Menghidupkan kehidupan ,

Aidil adha ,
Erti penuh ,
Untuk pengorbanan yang ikhlas ,
Salam untuk semua !

Bilakah masanya akan tiba?

Hari - hari masih berlalu ,
Tidak berhenti walaupun seketika ,
Apa yang mereka tahu hanya berjalan ,
Seiring dengan masa ,

Ku ingin masa itu tiba sebelum ku pergi ,
Tapi apakan dayaku ,
Hanya mampu melihat ,
Seperti tiada apa - apa ,

Asaku tidak pernah putus ,
Semangat kian membara ,
Namun tetap sama ,
Tiada beza ,

Sesekali aku mengeluh ,
Namun mujahadah itu lebih kental ,
Terus berusaha ,
Tiada nokhtah ,

Terus, terus dan terus berjuang ,
Biar lambat tiba ,
Asalkan selamat ,
Tanpa sebarang kemungkinan ,

Yakin!
Allah itu sentiasa di sisi ,
Tidak nampak ,
Tetapi itu lah hakikatnya .

'masa lampau itu sejarah, masa hadapan itu peluang'



Subhana Allah! Sebak hati ini tatkala melihat indahnya ciptaan-Mu.

dan antara dua itu kita pilih yang terbaik.

jangan menyesal, sudah berlalu


Baru - baru ini, aku diberi pilihan untuk memilih antara satu. Kedua - duanya berfaedah, kedua - duanya mendatangkan kebaikan. Sangat sukar bukan untuk membuat pilihan? Kerana pada hakikatnya, kedua - dua pilihan itu mendatangkan faedah yang sama dan bukannya berbeza.

Bagi aku pilihan tetap menjadi pilihan, dan aku berhak untuk memilih. Pilih lah apa - apa pun, yang penting bukan pilihan itu, yang paling penting adalah diri kita sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Ya, inilah peluangnya. Inilah yang terbaik! Semoga kau terus istiqamah wahai hatiku. Aku mengharapkan rahmat dan kasih-Nya





“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


p/s: Ingin jadi seperti harimau bintang bersama dia. Sama - sama kita usaha menuju kejayaan. USAHA!

detik berlalu itu dengki

salam 1fikrah, 1amal!


aku tersentak tiba tiba. bangun dari mimpi indah yang membuai lenaku hingga hanyut ditelan zaman. 'alamak, aku terjatuh', aku bermonolog sendirian.

* * *


Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana pada hari ini aku masih boleh bernafas di muka bumi ini. Peluang yang diberikan oleh-Nya bukan sekadar untuk kita menghabiskan sisa - sisa hidup di muka bumi ini dengan jiwa yang kosong, tetapi untuk terus bermujahadah dalam setiap aspek kehidupan lagi lagi untuk agama-Nya, yakni agama ISLAM!

Semalam;

Berikut penerima anugerah pangkat Jayid Jiddan, Universiti cawangan Kaherah, Ain Shams, program G2G ' Mohd Deenie bin Mohd Rodzhan '. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Tidak menyangka sama sekali tertulis untukku menerima anugerah semalam. Program yang ringkas tetapi begitu bermakna untukku.


Sorry, kabur!


Bukan sahaja ada majlis penyampaian anugerah, tetapi kami semua turut meraikan pada senior - senior yang ingin pulang ke tanah air untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah untuk masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, aku turut merasa begitu berat tanggungjawab yang perlu mereka pikul sebaik sahaja tiba di tanah air nanti. Ya, memang jelas terpacul riak wajah mereka yang begitu sedih untuk meninggalkan bumi anbiyak, yang begitu gembira untuk bersama keluarga di tanah air, dan tidak kurang juga yang tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang mereka sekembalinya ke tanah air nanti.

Sebelum program berakhir, mereka sempat menyampaikan amanat dan nasihat untuk dijadikan teladan buat kami yang masih belajar ABC.

Hati aku sebak tatkala mantan timbalan YDP bkasm memberi kalam terakhir untuk kami di sini ' jadilah benih yang baik, dicampak ke mana pon, akan memberi manfaat pada orang lain '. Ya Allah, apakah selama ini aku adalah benih yang kotor? yang jijik? yang dipandang hina oleh sekeliling masyarakat? , aku terus bermuhasabah sendirian.

Teringat juga pesan ustaz husnaini ' bayangkanlah perjalanan anda semua ini, seperti berjalan dalam semak pokok semalu. yang mana apabila kita tersentuh, ia menguncup dan apabila kita ke hadapan, dia akan mengembang semula '. ya, perjalanan hidup ini memang sukar!

dan seorang lagi ustaz affandi berkata ' anda datang ke Mesir dengan harapan tinggi oleh keluarga dan masyarakat, jangan sampai anda pulang ke tanah air sama seperti sebelum anda terbang ke sini '. perkhh, ayat ini sungguh menikam.

Aku terus bermuhasabah diri, apakah yang telah aku lakukan setelah setahun aku berada di sini? Sepertinya tiada apa - apa. Apakah aku akan terus sambung melakukan perkara yang sama sehingga tahun ke-enam? Oh, ruginya! Rugi sangat! 6 Tahun sia - sia begitu sahaja.

' Kepada pelajar perubatan, kejarlah ilmu - ilmu selain perubatan terutama ilmu agama, ilmu agama adalah ilmu yang merangkumi segala aspek bidang ilmu termasuklah perubatan itu sendiri '. kata salah seorang ustaz.

Terima kasih kepada BKASM atas program malam tadi. Memang tak sia - sia aku pergi. Mungkin kini sudah tiba masanya untuk aku bukak buku baru.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Surah Ar-Ra’d (ayat 11)


Masa itu bukan sahaja cemburu, malah sangat dengki pada manusia. Mana taknya, masa yang telah kita bazirkan, semua itu rugi! Aku ada pinta jasa baik masa untuk kembalikan masa yang kita bazirkan, mereka kata 'PADAN MUKA'. Oleh itu, hati - hati dengan masa. Dia memang dengki. Ahaa. =)

kadang - kadang tak seperti selalu.



kadang - kadang kita hilang satu demi satu,
kadang - kadang kita temui satu demi satu,
kita hilang, kita temui.
silih berganti.
kerana takdir ketentuan-Nya,
kerana diri sendiri,
kerana mereka,
kerana arus perubahan zaman,
kita tak nak hilang,
kita nak temui,
namun kita harus terima hakikat,
tidak semua kita nak, kita akan dapat.
tidak semua kita tak inginkan, kita tak akan dapat,
harus terus waspada,
harus terus redha,
kerana ini semua hadiah dari-Nya,
Dia inginkan keikhlasan hati lahir tika kita bahagia,
Dia inginkan kejujuran hati lahir tika kita hiba,
inilah kadang - kadang,
tak selalunya begini.

dua dunia, kami berbeza

Mesir! Oh, Mesir! Mesir, tak sampai beberapa jam lagi aku akan meninggalkanmu buat sementara waktu. Jika dahulu, aku begitu tidak sabar untuk melihatmu, namun kini aku telah jemu untuk memandangmu. Izinkan aku pergi seketika ke tanah airku untuk mengembalikan rasa rindu terhadapmu Mesir.

Sudah tentu aku mempunyai pelbagai rintangan untuk kembali ke tanah air. Jika dahulu, setibanya aku di Kaherah, Mesir memberikan aku kejutan budaya. Kini, aku telah mengenali kedua - dua budaya dan perlu menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa di kedua - dua buah negara.

1. Melintas jalan raya

Mesir - tak perlu tunggu lalu lintas kosong kerana jalan tak pernah putus dek kereta yang terlalu banyak. lintas sahaja. pandai2 orang arab perlahankan kenderaan mereka. tapi tengok jugak timing mana kereta yang kita boleh lintas.

Malaysia - sila lihat kiri dan kanan. tunggu sehingga kereta tiada. jalan lengang. kemudian lintas. sila ingat iklan "ingatlah orang tersayang".

2. Tidak segan bertanya

Mesir - Jika jalan - jalan tak tahu arah, tanya sahaja mana - mana orang arab. Tetapi digalakkan tanya beberapa orang arab supaya antara mereka tiada yang BAJET tahu. Ouh, penerangan arah dalam bahasa arab memeningkan. Buat - buat faham sudah. Hal ini kerana, Mesir LACK OF SIGNBOARD. hahaha.

Malaysia - Perlu segan bertanya!! Kita duduk di Malaysia, bersama bangsa sendiri. Kalau tidak tahu jalan buat malu sahaja. Signboardkan dah banyak. Pandai - pandai lah carik sendiri. Nanti, orang Melayu gelakkan kita pula. hahaha. Tapi ingat "malu bertanya, sesat jalan"

3. Bergaduh

Mesir - Pernah sekali tu aku mencari - cari jubah hitam kilat dan cuba memarahi orang arab tu. Ni semua sebab terikut perangai orang arab yang suka bergaduh. Mana taknya, dia carik macam ye tak ye je. Lalu orang arab tu berkata "sollu alan nabi" untuk menenangkan keadaanku. Oh, orang arab yang aku marahi tu masih budak lagi. Memanglah aku berani. hahaha.

Malaysia - Jangan nak bergaduh tak tentu pasal. Mesti tahu bezakan budaya. Malaysia ada "budi bahasa budaya kita". Awww.

4. Mengutuk / Mengumpat terang terangan

Mesir - Oh, hampir tiap - tiap hari aku suka dok mengata orang arab depan depan. Kadang - kadang bukan apa, budaya berbeza, kami tengok mereka pun pelik. Kadang - kadang tak puas hati. Memang kena maki depan depan. Tapi semuanya dalam Bahasa Melayu. Sudah tentu mereka tidak faham dan terus mengatakan "malizi ahsan nas". (malaysia orangnya sebaik baik manusia). hahaha.

Malaysia - Kalau nak mengata tuh jangan depan depan. Sebab mereka yang di sekeliling sudah memahami apa yang kita ingin perkatakan. Simpan dalam otak, nanti balik cerita lah kat sesiapa nak cerita. hahaha. tapi ingat, jangan jadi "paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang lebih"

5. Waktu tidur

Mesir - Lewat 5 jam dari waktu Malaysia. Kami baru nak masuk maghrib, orang Malaysia sudah ketiduran. Menyukarkan untuk adjust masa skype bersama keluarga.

Malaysia - Pandai - pandai lah adjust setibanya di Malaysia nanti. Kerana sebelum ini, di Mesir mahu tidur, di Malaysia baru bagun subuh. Jangan lupa bangun subuh di Malaysia. Ujian ni nak adjust masa. hahaha.

masakan yang aku rindui



Masakan Ibu yang paling dirindui

Ayam Percik, Rose chicken + Mash Potato, Ayam Masak Kicap, Nasi Ayam, Sambal Ayam,
Gulai Ikan Tempoyak + Pucuk Ubi, Sambal Kentang Goreng Ikan Bilis + Sup Ayam, Kari Ayam, Ikan Kukus, Nasi Tomato + Ayam Kurma, Blueberrycheese Cake, Blueberrycheese Tart, Biskut Chocolate Chips

Masakan Bapa yang paling dirindui

Telur Mata Kerbau + Goreng Ikan Bilis Cili Padi, Sambal Ayam

Masakan Nenek yang paling dirindui

Sambal Ayam + Lemak Cili Api Ayam, Kari Ayam, Sayur Kobis Goreng

Masakan Ibu saudara yang paling dirindui

Sambal Ikan Bilis ( Mak Andak ), Ikan Asam Pedas ( Mama Teh ), Ayam Masak Kicap ( Mamacik )

Lauk Beli Pasar Malam ( Malam Sabtu )

Yong Tau Fu, Mee Hun Sup, Air Jagung, Air Mata Kucing, Air Tembikai Susu

Lauk Beli Restoran di Seksyen 11

Nasi Campur dan Nasi Ayam ( Belakang Caltex ), Ayam Masak Merah RM 5 + Ayam Masak Kicap Pedas RM5 ( Belakang Esso ), Bubur Nasi + Lauk Sambal Paru Paru ( Restoran Bubur Seksyen 11 ), Nasi Beriyani + Ayam Goreng ( Restoran Darul Ehsan ), Maggie Goreng + Lauk Sambal Paru Paru ( Restoran kat hujung belakang Restoran Syed )

p/s : Aku selalu masak sambal tapi tak pernah rasa sama macam kat Malaysia. Arghh. Deenie, sikit je lagi. teruskan perjuangan !

No longer being there for a moment


Walaupun hanya 4 subjek, inilah buku - buku bertimbum yang perlu aku HAFAL.



Sekarang demam final exam pun dah sampai. Malam tadi aku dah pun deactivate account facebook.

Jadual Final Exam

Practical ( Amali kat makmal )

29 April 2010 - Physiology ( OSPE ) - Just so - so OK !
6 May 2010 - Physiology - Alhamdulillah. Blood Group Test & Heart Sound. Easy.
10 May 2010 - Histology - Alhamdulillah. 13 Slides ( 4 Special Stain ). Easy.
19 May 2010 - Anatomy - 30 Station. Tiap station ada 2 soalan. Jawab dalam masa 1 minit. Perkhh. Menggelabah ayam aku nak jawab. Apa-apa pon, alhamdulillah! Lega rasa.
24 May 2010 - Biochemistry - Alhamdulillah. Senang.

[Last Updated 24 May 2010]

Written dan Oral Exam

24 Jun 2010 - English Language & Human Rights
26 Jun 2010 - Physiology ( Written )
29 Jun 2010 - Physiology ( Oral )
3 July 2010 - Biochemistry ( Written )
5 July 2010 - Biochemistry ( Oral )
10 July 2010 - Anatomy ( Written )
11 July 2010 - Anatomy ( Oral )
17 July 2010 - Histology ( Written )
20 July 2010 - Histology ( Oral )
24 July 2010 - Computer

Doakan semoga aku dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Tenang ketika menjawab peperiksaan. Diberikan kesihatan sepanjang peperiksaan. Target untuk dapat Mumtaz! Insha Allah. =)

Apabila harinya tiba.

3rd May 1991, hari kelahiranku. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik. Sudah 19 kali aku lalui 3 Mei. Hmm.

Terima kasih yang tidak terhingga ingin aku ucapkan pada ahli bit, Muzammil, Zharief, Panex, Wafi, Hadi Mustaqim dan 2 orang tetamu di rumah, Fuad dan Hafiz Mazlan.

Mula - mula tak expect pun sesiapa nak belikan kek. Nampak macam takde pape je hari semalam. Sebab kebiasaannya kitaorang belikan kek untuk birthday ahli bit. Malam tadi tetiba mereka panggil ke ruang tamu. Then, aku nampak ada kek. Jadi kami pun snap beberapa pic sebagai kenangan. Kek mereka belikan agak besar dan semestinya sedap giler! Heh.


Kek Coklat Arab, sedap !!




Saengil chukki hamnida. hehe.



Oh, teringat pula aku kenangan kenangan sambutan hari jadi di sekolah. Lebih - lebih lagi pada tahun terakhir aku di sekolah, 2008. Kawan - kawanku buat suprise. Kenangan ni memang tak boleh dilupakan sampai bila - bila.

Mula mula mereka suruh aku pergi ke bilik seterika yang tadak lampu pada pukul 12 tengah malam. Eh, untuk apa? Rupa rupanya di situlah aku disimbah oleh air susu tepung. Terkejut woo.


Muka bengang lepas kena simbah! hahaha.


Lakonan depa semua memang mantap r. Dari awal sampai la penghujungnya. Terima kasih untuk kawan - kawanku, Hatta, Faiz, Syazwan, Shafiz, Zul, Yusri, Izzudin, Adli, Naufal, Husni, Fazri, Topek. Walaupun, kita semua sekarang dah ikut haluan masing masing, kenangan yang korang buat untuk aku ni memang takkan dilupakan sampai bila bila. Lepas tu, kitaorang semua dijamu dengan BLUEBERRYCHEESE CAKE yang mak aku buat. Oh, memang sedap!

Setiap tahun, pasti ibubapaku dan abangku akan menghadiahkan kad hari jadi. Tetapi tidak untuk tahun ini. Bangun pagi seperti biasa sahaja. Tiada apa - apa wish. Hanya perkhidmatan teknologi tanpa sempadan iaitu SMS dan FACEBOOK sahaja memecah hening kesunyian. Namun, dengan perkhidmatan ini jugalah aku diberi kesempatan untuk meluahkan sedikit perasaan yang terpendam. Semua itu aku hargai dan berterima kasih.


Love them damn so much!



Terima kasih buat ibubapaku yang telah menjaga aku selama 19 tahun. Mereka senantiasa memberikan hadiah yang paling bernilai untuk hidupku, iaitu kasih sayang.

TERIMA KASIH PADA SEMUA. Semoga dengan pertambahannya usia, bertambahnya amalanku. Syukur Ya Allah. Insha Allah. Aminn. =)

mengenalinya aminulrasyid, dalam kenangan 2002-2003.

assalamualaikum.

oh pagi yang sangat indah! mula - mula tak nak bukak facebook. kononnya nak study kerana exam sudah semakin hampir. tapi takperlah. aku nak bukak jugak. sekejap sahaja hatiku berbisik.

bukak2 keluar most recent

jiran sebelah rumah di Malaysia : mlm td ade dgr bunyi shot kat blakang rumh... ingatkn mimpi, rupenye ade budk kne tembak...

jiran belakang rumah di Malaysia : have a shock in his life when i heard police firing 2 shots when chasing robbers in my area...

Oh, aku terus terfikir kan ibuku, IMI. imi, apakah ada perompak ingin masuki ke rumah lagi? rumah siapakah ? IMI ok ke ? bertubi - tubi soalan timbul dalam benak hatiku.

Terus menggunakan khidmat smartvoip untuk menelefon Imi. +601********.

"Assalamualaikum imi! Betul ke kat kawasan kat rumah ada budak kena tembak nak merompak? ", aku bertanya.

"Adik, kita skype kejap lagi. Imi tengah berbual dengan kawan". balas ibuku.

15 minit kemudian, kami pun skype.

"Imi, kenapa ada budak kena tembak? rumah siapa dia nak masuk?", aku bertanya.

"Adik, budak tu duduk hujung Jalan Makyong. Dia bukan nak merompak. Budak tu 15 tahun, bawak kereta laju - laju sebab mula - mula dia terlanggar motor, lepas tu motor ni kejar dia. Dia jadi takut, sekali polis nampak, polis lak kejar dia", secara kasarnya imi bercerita.

Aku terus teringat budak yang mengaji dengan aku sewaktu aku berada di darjah 5 dan 6. Baru sahaja minggu lepas, aku teringatkan arwah. Ingin juga aku mencari di facebook, tapi apakan daya aku lupa nama penuhnya. yg aku ingat, dia suka untuk aku memanggil namanya AMI. Nak carik kakaknya yang muda setahun dari umurku, namun nama kakaknya juga tak timbul - timbul dalam ingatanku.

Arwah Ami juga pernah mengajak aku ke rumahnya setelah bermain internet di cyber cafe satu ketika dahulu. Memang tak salah lagi, rumahnya di hujung Jalan Makyong.

"Imi, budak tuh ok tak?", tak sempat lagi aku bertanyakan nama.

"Adik, budak tu dah meninggal. Kena tembak kat kepala. Nama dia AMINULRASYID", ibuku menjawab.

Terkejut. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.

"Imi, tak salah lagi, Deenie pernah mengaji sama - sama dengan dia dahulu".

Perbualan kami diteruskan. Menceritakan serba sedikit tentang arwah.


Dalam kenangan.


Dahulu, kakaknya dan dia juga naik bas sekolah yang sama denganku. Sebelum sampai ke rumahku, mesti melalui Jalan Makyong dulu, kerana rumahku tidak jauh berada di hadapan.

Kadang - kadang pernah membelanjanya di kedai runcit. Biasalah, ketika itu arwah baru sahaja darjah 1-2. Mintak belanja gula gula no.1. Kelas mengajiku tidak lah begitu ramai, hanya dalam 10 orang sahaja. Sikap aku yang suka melayan budak - budak, membuatkan aku agak rapat dengannya satu ketika dahulu ketika mengaji. Ketika itu dia tengah baca muqaddam, dan nafas dia amatlah pendek, selalu terputus - putus. Takperlah, kecik lagi.

Oh, ustazah pasti tahu cerita ini. Ustazah pasti turut merasai kesedihan. =(
Namun, nama ustazah juga aku dah lupa. Arghh, i'm having short-minded lorh.

Apa - apa pon, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama. Penduduk seksyen 11, shah alam turut merasa kesal dan bersedih atas apa yang telah berlaku.

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

p/s: aku mengharapkan lepas ni polis terus membuat rondaan di Seksyen 11. Tolong arh. Sebab perompak yang pernah merompak rumah aku dulu tak ditangkap2 lagi. Jadikan kematian arwah ini sebagai satu iktibar untuk lebih berhati - hati dalam menjalankan tugas. Insha Allah. =)

Cairo Sports Day




Aku masuk bola tampar! Mari sokong Ain Shams!



Ain Shams menang sorak dan bendera, tetapi keseluruhan menang ke? hahaha. Takpe, tahun depan ada lagi.



Pasukan Ain Shams (merah) sedang berentap dengan Pasukan Cairo (biru). Saingan sengit!



Dig! Spike! Set! mana satu nak dengar ni? huhu. Teringat zaman lubuk aku main kat sekolah dulu. Selalu kena marah dengan FAUZUL KABIR. hahaha. Tak pasal - pasal nama KABIR keluar kat sini.




Erkk, Ain Shams kalah lagi? Kenapa takde orang yang ditinggalkan di belakang?


Akhirnya, Ain Shams kalah. Takpe, tahun depan kita cuba lagi.

Rindu gila nak main bola tampar kat sekolah dulu. Dulu, ketika aku berada di tingkatan 3, tiap - tiap petang aku main. Habis prep petang, lepas solat Asar, cepat - cepat tukar baju dan pakai kasut. Gara - gara nak berebut kod. hahaha. Selalu kalau tak ramai orang, memang main sampai 25. Kadang - kadang team aku menang, kitaorang stay. Lawan team baru. Tetapi kalau petang tu ramai orang terpaksalah main 15 dan bagi pada kedua - dua team baru yang nak main. Hmm.

Selalunya aku lah yang lubuk. ( Pengakuan yang sedar diri! haha. ) Letih jadi orang lubuk ni. Satu team ada 6 orang. Asal aku salah sikit je, 5 - 5 orang nak tegur aku. Deenie dig r! Deenie kau kena pakai bahagian sini (sambil tunjukkan bahagian mana). Deenie, kau kehadapan sikit lain kali. Jangan duduk belakang je. Aisshh, bila aku menyelamatkan keadaan takder pulak nak puji - puji. ( walaupun jarang sekali ). hahaha.



Gelanggang bola tampar SAMBEST



Ingat lagi, ada sampai satu masa tu, aku MELETUP! Aku macam tengking balik. Aku cakap 'Aku tau r! Tak payah cakap ulang - ulang! Ni semua orang nak tegur aku. Sorang dah tegur sudah r!'. Lepas tu muka aku masam sepanjang main. Sampai ke prep malam pun agak muram. Lama - lama ok. Hahaha. Mesti orang yang kena marah dengan aku tu panas gak. Kau dah r tak reti main, nak marah marah kitaorang lak. hehehe.

Apa - apa pon, tak lama lepas tu, aku rasa aku tak lubuk sangat. Sederhana. Ni semua gara - gara aku fobia nak berhadapan dengan bola yang datang. Sebab waktu aku 6 tahun, aku selalu main bola sepak dengan abang aku kat halaman rumah dengan jiran - jiran. Satu hari tu abang aku pergi tendang sekuat kuatnya kena kat muka aku. Sejak daripada tuh, aku trauma dengan segala bola yang datang. Bola tampar kira selamat sikit kalau bola tu bukan datang dengan spike. Jadi inilah antara sukan yang aku minat selepas bowling. Bowling kita baling bola ke arah pin, comfirm tak kena muka! hahahaha.


Bola selalu terkeluar sampai ke ampaian ni. Dan orang yang selalu rajin ambik, akulah! hehe.





Prep malam ke prep petang best?

Sementara aku masih baru lagi keluar daripada alam persekolahan, aku ingin mengabadikan kenangan - kenangan dulu di sini agar aku tidak lupa satu hari nanti. tak nak lupa!!! hahaha. Setelah baca kenangan - kenangan di sekolah dalam blog Hatta, rasa teruja nak cerita juga. Hehe.

Mungkin bermula dengan pengalaman prep. Sebelum masuk asrama, selalu dengar perkataan prep daripada abangku yang belajar di MRSM Kuala Berang satu ketika dahulu. Prep tu rupa - rupanya preparation class. Haha.

Bagiku prep petang takderlah best sangat. prep petang dah lah baru balik dari sekolah, lepas solat zohor dengan makan tengah hari kat DM, rehat sekejap, terus pergi. tak dapat rehat lama. Kadang - kadang aku tak makan tengah hari kat DM. Sebab dah makan kuih - kuih kat DM dengan makan nasi goreng+telur mata+kicap HARI HARI time rehat kat sekolah. dah kenyang! nasi goreng tu laku kot. beratur panjang giler. yang kuih - kuih kat DM lak, selalu tunggu kalau ada lebih.. sebab nanti nak tambah banyak2. paling aku suka roti jala! kuih ketayap dengan karipap pun hot stuff!! haha.. Sekolah aku ni peraturan berubah - ubah setiap tahun. Kejap kami balik 2.40 p.m. Kalau macam tu prep 4.00 - 5.00 p.m. Kejap sekolah balik 2.10 p.m. Prep 3.30 lak. Kadang - kadang 1.40. Prep nya pukul 3.00 lak. Memang letih.. Lagi tak best kalau lepas balik sekolah tak boleh naik asrama. Kena PAKAI BAJU SEKOLAH pegi prep petang (time aku form 4 dan masa - masa tertentu kena denda) . Dah lah berpeluh - peluh, baju busuk. Orang bukannya basuh baju tiap - tiap hari. Sabar jer lah. Time tak boleh naik asrama, kena pakai baju sekolah, kitaorang mesti bukak baju kemeja sekolah dan sidai kat koridor musolla sementara tunggu prep petang. taruk beg dengan buku - buku kat koridor sudut kanan belakang musolla... haha.. tuh port beg dan buku aku dan kawan - kawanku yang lain. Kadang - kadang kitaorang belajar kat situ. Tapi selalunya memang terbongkang ramai - ramai kat atas karpet musolla yang 'EMPUK'. hahaha. kalau tengok dari jauh musolla tu, macam dah jadi anak anak pelarian dah.. semua ketiduran keletihan.. nanti prep dah nak mula, pengawas kejutkan! ramai - ramai jerit BANGUN, BANGUN sambil cuit cuit. hahaha. Selalu prep petang ada kelas tambahan, memang biasa masuk lambat. Kalau mula 3.30, 3.50 baru masuk. ishk2x... sudahnya muka semua SEBEL dalam kelas.. tertidur2x... time form 5 lak, kalau aku malas masuk kelas tambahan, buat - buat ada kerja dengan teacher norkiah! tapi memang selalu ada. kalau takde, aku carik!!! hahaha. nanti mulalah ada cikgu complaint, ada pengawas buat kerja time kelas tambahan.. tak boleh.. sejak tu aku takut.. tak jadi da.. hahaha.


Habis PMR, semua orang main je time prep malam. Buat bising ganggu Form 4 dan Form 5 yang nak periksa. hahaha.


Prep malam, prep yang ditunggu2! Prep malam paling best! Aku ada 4 kelas prep malam time form 5. Mula - mula kena pegi kelas angkat tgktan 1 razi (jarang aku pergi, malas nak jaga! hahaha) tengok pengawas lain smangat pegi klas agkt msg2.. siap buat program.. lagi2 si Hatta tu. hahaha. mungkin sbab aku banyak kerja lain nak settle. pastuh, aku terus pegi bilik teacher norkiah tercinta. sambung buat kerja apa-apa yang patut. awal tahun sibuk dengan borang kehadiran pelajar (memang sabar giler r.. ada je perubahan pelajar pindah, pelajar baru masuk.. memang sampai bulan 5 kot baru settle. tu yang kena print sikit sikit), file s/u, watikah sijil pelantikan... tengah - tengah sikit, sibuk dengan kertas kerja program itu dan ini... dan macam - macam lagi.. cerita dalam bilik teacher norkiah aku kena wat cerita khas. hehehe...



Agak - agak dah selesai kerja, sebelum pegi kelasku 5 Biruni, aku suka lepak kat 5 Ibnu Khaldun. Ada FAIZ, SHAFIZ, ZUL, HATTA, SYAZWAN kadang - kadang. Tak puas berborak kat musolla, kitaorang sambung kat kelas. best best!! sambil makan - makan... bergosip sana sini.. hahaha.. selalunya mengutuk orang r... nak wat cane.. dah memang besh!!! kalakar kot... kalau ada peristiwa lucu memang tak habis habis gelak!! jgnlah tunjukkan peristiwa lucu depan kitaorang.. memang jadi bahan!!!! hahahahaha. tiap - tiap ari buat dosa gelakkan orang... ishk2x... kadang - kadang aku pergi kelas diaorang selepas aku belajar serius kat kelas sendiri, nak release tention.. bergantung...

Zul jarang join kitaorang time prep malam.. dia rajin study... aku terharu tengok dia.. dia selalu berusaha dalam pelajaran.. sebab tu lah time pmr dia dpt 9A aku macam tumpang gembira giler2... sampai sekarang lebih kurang sama je aku rasa.. dia takde facebook, tak online.. tak dapat aku contact dia.. hmm... takpe, nanti aku balik kita keluar sama sama lagi!!!



Semasa kelas 4 Al-Farabi. Kitaorang balik paling lewat. Semua kelas dah tutup lampu dah.


Dah habis borak - borak sambil belajar.. (belajar tah masuk ke tidak).. pastu pergi kelas 5 biruni... mula mula aku lalu klas 5 razi.. bole tahan, tak diam membisu.. aku lalu kelas 5 kindi, 5 jabar, 5 farabi.. semua kelas mayat! hahaha... tak tahula ramai tidur ke ramai study.. tapi aku tengok semua rajin study.. huhu... tapi bila aku nak masuk kelas aku, aku dah dengar BOB ketawa - ketawa. dengan SOHAIB yang menceceh pe benda tah... dengan ACOI dan AMIR yang wat muka seleng2x... hahahaha... memang klakar giler r... kat kelas aku duduk sebelah FUAD, aku terus duduk sebelah FUAD.. biasalah.. fuad menanti aku dengan penuh kesabaran... pastuh aku dengar citer2 fuad lak.. citer apa? rahsia kita berdua en fuad en!!! hahahaha. kadang - kadang suka provoke fuad, nanti dia bengang!! hahaha... paling sakit kau tumbuk lengan aku fuad!!!! aku takkan lupa sampai bila2x... hahahaha.... tapi pastu baik semula... kelakar lah... fuad yang sentiasa di sebelahku.. kat sekolah duk sebelah dia, prep petang kelas tambahan duk sebelah dia kalau kat kelas sendiri... prep malam sah - sahlah duk sebelah aku gak sebab kat kelas sendiri... time dalam dorm pun sama!! katil aku sebelah katil dia je... memang patut pun time aku bagi chocolate message friendship day aku suruh ko guess 'dari : sentiasa disebelahmu..' pastu ko terus teka aku.. bagus2x.. memang bijak!!

SUDAHNYA BILA MASA AKU STUDY? haaa... agak2 da pkul 10.00 malam tuh baru terkebil kebil nak study serious!! sebelum tuh study gak.. tapi sambil borak2x...kdang kadang vice versa.. study serius dlu.. pukul 10 start borak borak.. depends mood aku camne hari tu... kalau aku malas nak study, aku akan wat add math.. sebab add math seronok!!! yang wat aku malas bila nak baca chem, physic, bio.. walaupun minat tapi membaca sahaja sungguh bohsan!! baik wat latihan add math.. mencabar.. kalau tak faham tanya fuad dulu... agak - agak belum sampai seminit dia jawab tak dapat.. terus tanya panex... hahahahahaha... no offence fuad!!

selalunya aku balik lambat sikit.. kul 11.00.. dah tahu tak banyak study sebelum tu, cuba cover balik... prep habis kul 10.30 malam biasanya... dan selalunya aku akan balik dengan zul tiap - tiap malam.. lepas tu singgah koperasi beli roti hot dog, x pun air susu coklat dutch lady.. pastu pegi DM, makan la apa yang dihidangkan... plg besh kalau dihidangkan roti canai!!! time ni bertambah2... hahaha... ni baru cerita prep... kalau ikutkan banyak lagi nak describe.. besh giler kehidupan di SAMBEST!!!



Time ni 3 Al-Biruni. Kelasku yang paling best time 3 Al-Biruni dan 5 Al-Biruni. Bising tak ingat dunia. Nanti perempuan tak puas hati dak laki suka buat bising. Tapi baru korang tahu, benda tulah kita miss sekarang ni. hahahaha.


p/s: prep malam aktiviti aku berubah - berubah. kadang - kadang aku duk bilik teacher norkiah yang berair cond sepanjang prep. study kat sana. kadang - kadang satu malam tuh aku serius. aku ubah - ubah supaya aku tak rasa bohsan hari - hari wat benda yang sama. hahaha. kata asrama.. memanglah sama je. depends pada kita untuk mencorakkannya! hehehe.

ASFAD : Ain Shams Family Day


Nama program : Ain Shams Family Day
Theme : "In fraternity, We unite!"
Hari : Jumaat
Tarikh : 5th March 2010
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dan padang berdekatan.

Salah satu acara yang julung-julung kalinya diadakan iaitu Hari Keluarga Universiti. Akan tetapi bagi orang Melayu sahaja. Untuk orang Arabs are forbidden. Hahaha. Hari Keluarga yang diadakan ini merupakan wasilah medan perjuangan pelajar - pelajar Universiti Ain Shams untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan insya Allah mencapai objektifnya.


Acara pagi bermula dengan sukan futsal




Mau challenge? Bak datang r weyh!


Hmm, futsal main liga. Aku mewakili rumah hijau sebenarnya. Oleh kerana tak ramai ada baju hijau, terpaksa pakai jersey biru yang dibawa khas. Rumah aku kalah. Perkh, no. terakhir. Ceyt!

Pastu, kita orang ada main sukaneka. Ada dua acara; jalinan hati dan belon amanah.

Jalinan hati ni, dia beri botol yang dipotong untuk dijadikan sebagai gayung. Keliling gayung buatan tu diikat dengan 8 tali. Dan setiap seorang mesti pegang 1 tali. Pastu cedok air dalam baldi pakai gayung buatan. Seterusnya kami semua dikehendaki untuk mengisi di dalam botol yang disediakan. Kira macam permainan mengisi air dalam botol, akan tetapi wasilahnya sahaja berbeza. Dalam kumpulan aku ni banyak tahun 5 tak silap. Memang tak pernah jumpa. Haaa, dengan adanya acara ni, maka terjumpalah mereka. Hahaha. Tengok gambar lagi senang nak bayangkan kot macam mana acara ni. Aku dapat no. 3 daripada 4. Still not ok. Adoi.
















Acara kedua belon amanah. Aku tak masuk. Permainan begitu terhad. Tapi tak mengapalah. Tengok depa semua main syok gila. Orang Arab yang ada keliling padang pun berhenti main, teruja tengok kami. Nampak mereka BATAK semacam. Mungkin kami kecoh dan riang happy gila kot. Biasalah, masa - masa ni lah untuk kami melepaskan segala tekanan jiwa yang selama ni menguburkan diri. Hahaha.





Pastu ada acara dewan. Ada ucapan, ucapan perasmian, penyampaian hadiah bagi pemenang tadi, perlantikan ketua batch dan persembahan batch. Haaa, kita orang tahun 1 menyanyi ramai - ramai lagu "Lagu Gembira - Siti Nurhaliza dan 2 by 2". Aku jadi orang bidang terjun kot dalam ni. Sebab pagi tu baru depa bagitahu kena buat lagu ni. Aku da kata awal - awal, nampaknya aku miming sahaja. Pastu gaya tengok - tengok orang lain dan tiru. Hahahaha. Nampak giler 'kebudak budakan tahun 1' ek, berlatih persembahan last minute, tak serius, terabur, bersepah. Hahahaha. Kami junior yang rindu nak jadi senior macam Form 5. Huhu. Enjoy bila semua orang ketawa dan terhibur dengan persembahan kami.










Pulang dengan hamper. Walaupun kumpulan aku kalah, tetap dapat hamper. Seronok sangat ke? Boleh bagi 3 daripada 5. Mungkin sebab baru 1st time buat. Harap - harap tahun akan datang lebih meriah.



Penculikan 1999

Pernah tak antara anda semua mempunyai pengalaman hampir diculik? Aku pernah! Tahun 1999 ketika aku beumur 8 tahun. Seingat aku lah, sewaktu aku kecil, terlalu banyak kes penculikan. Aku menjadi takut, seriau, seram sejuk nak keluar rumah seorang diri walaupun pada waktu siang. Aku yang berbadan kecil tak mampu untuk melawan anasir - anasir jahat ketika itu.

Pada waktu itu, tepat jam 10.30 pagi. Aku terus menelefon jiranku untuk meminta izin ingin pergi ke rumahnya. Ini merupakan aktiviti aku setiap pagi ketika musim cuti sekolah. Pada suatu hari, ada sebuah kereta mercedez biru gelap parking di hadapan rumahku. Bersama kereta tersebut seorang lelaki berkulit hitam legap segelamnya, berambut kerinting ala - ala orang afrika. Menunggu di hadapan rumahku sejak awal pagi lagi. Kakakku (pembantu rumah yang sememangnya aku anggap sebagai kakak) tidak sedap hati. Aku pun keluar setelah mendapat izin dari jiran untuk bertandang ke rumahnya. Lelaki itu bertanyakan kepadaku

"Adik, adik umur berapa?", begitu manja nadanya. Eh, boleh cakap melayu rupanya!

"8 tahun", aku jawab dengan yakin.

"Sekolah di mana?", tanya dia lagi.

"S.K Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam", aku menjawab.

"Nak pergi mana?", tanya dia curiously.

"Pegi rumah jiran", kemudian aku terus pergi dari situ. Rumah jiran aku selang satu rumah sahaja. *rumah teres*

Tiap - tiap kali waktu makan tengah hari, kakakku akan memanggil aku balik untuk makan di rumah. Kemudian baru boleh sambung bermain di rumah jiran. Kira - kira pukul 1.00 petang. Lelaki tersebut masih terpacak dengan pintu kereta yang terbuka betul - betul di hadapan rumahku.

Kakak sudah mula meragui tindakan orang berkulit hitam tadi. Kakak memerhati aku dari dalam rumah.

"Adik, mari sini sekejap. Berapa no. telefon rumah adik?", tanya lelaki kulit hitam tu. Tanpa memikirkan apa - apa. Aku ingin mendekatinya, pintu kereta dibuka lebih luas.

"Adiikkkkk, jangan!!! masuk dalam rumah cepat!!! teriak kakak kecemasan.

Aku pun lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang takut. Kakak mengatakan bahawa orang itu mahu menculikku. Jantung aku berdegup laju dan diselubungi ketakutan.

Setelah makan, aku pun tidur. Bangun dari tidur, lelaki itu masih lagi terpacak. Aku terus diburu rasa takut. Setelah beberapa jam kemudian, lelaki tersebut pergi bersama keretanya. *Putus asa nak ambil aku mungkin?* hahaha.

Sejak daripada itu, aku begitu takut untuk keluar ke mana - mana walaupun pada siang hari kerana risau penculik itu akan datang lagi memandangkan dia tahu aku sekolah di mana dan rumah aku itu sendiri.

Kakak, Deenie rindu kakak. Tak tahulah apa cerita kakak dan di mana kakak sekarang.

Sedih hati ini terkenangkanmu yang membantu Imi dan Abah menjaga Deenie yang begitu nakal, degil dan kuat menangis suatu ketika dahulu. Aku sentiasa mengharap kepulangan kakak sejak dia hilang begitu sahaja. Kerana, dia lah satu - satunya kakak yang aku ada dan sentiasa menceriakan zaman kecilku.




Ini bukan gambar kakakku! Ini bersama Cheryl Samad ketika tingkatan 1. Saja nak share gambar ni. Mase ni masih kecik lagi, takde kontroversi apa - apa en gambar ni? Nampak kembar pe. Hehe.

Persahabatan itu indah?




The best classmate I ever had!


Pernahkah kita semua terkenangkan saat perkenalan kita bersama sahabat - sahabat yang sentiasa menemani kita di waktu senang dan susah? Pada ketika itu, kita tidak pernah terfikir dia akan menjadi sahabat yang baik untuk kita. Bermula dengan salam, tanpa segan silu bertanyakan nama masing - masing. Saling memuji untuk menambat hati rakan yang baru sahaja berkenalan. Cuba bertanyakan latar belakang agar perbualan terus dirancakkan. Mulai saat itulah, persahabatan bermula. Itu cerita *cliche*. Ada jugak perkenalan yang tidak disengajakan seperti terlanggar. Atau ingin meminjam sesuatu. Atau sebab kerja. Terlalu banyak cara persahabatan bermula. Pada akarnya, persahabatan dimulai dengan perkenalan. Oh, rindu saat mulanya persahabatan kita semua. Jika boleh, ingin aku kembali ke saat mula perkenalan kita agar dapat kita lalui ranjau kehidupan bersama sekali lagi.

Persahabatan ada banyak risikonya. Dengan perkataan dan perbuatan kita akan menyebabkan sahabat kita gembira atau pun terluka. Mana anda pilih? Sahabat gembira ataupun terluka? Semestinya semua akan pilih gembira. Tapi tak best pula. Takde jalan cerita seperti drama - drama KOREA. Eheh. Bukan apa, "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan sahabat handai yang mempunyai jasad berbeza". Terimalah suka duka kita bersama kerana yang terpahit dan termanis bersama adalah kenangan yang terindah.


Sahabat yang merasa senang dan susah bersama apabila diberikan amanah



Terima kasih atas kerjasama yang mantap


Apa - apa pun, jalan yang paling terbaik melalui perbuatan dan perkataan untuk sahabat kita adalah MENADAH TANGAN dan BERDOA pada Allah akan kebahagiaan dan kesejahteraan sahabat kita selalu. Semoga ukhuwah kita semua akan berkekalan selamanya. Khas ditujukan pada sahabat - sahabatku; sahabat sekolah rendah, sahabat SAMBESTARI, sahabat UNIVERSITI dan semua sahabat yang menganggap diriku dan dirinya sebagai sahabat. Ukhuwah fillah. Insya Allah.


Friends is not everything but they are anything


p/s: ada gambar tertinggal ke? Maaf, saya tidak sempurna. Yang mengaku saya sahabatnya juga akan dikenang selalu. hehe.

X-Pert Sinai 2010 by BKASM


Assalamualaikum buat semua sang pembaca. Alhamdulillah, akhirnya cuti musim sejuk sudah pun melabuhkan tirainya. Esok, hari Sabtu bermulalah kuliah baru untuk Semester Dua Tahun Pertama. Kemuncak program untuk cuti musim sejuk juga berlangsung secara sempurna dan semuanya selamat. Alhamdulillah.

Program : X-Pert Sinai 2010
Tarikh : 15 Feb 2010 - 17 Feb 2010
Anjuran : Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM)

Tempat : Terusan Suez, Sinai ( Bekas Kubu Israel, Telaga 12 Nabi Musa, Tandas Firaun, Makam Nabi Harun, Patung Lembu Samiri, El-Wady El-Mauqudus Hotel, Gunung Tursina, 12 Mata Air tinggalan mukjizat Nabi Musa, Makam Nabi Saleh, Dahab, Hotel Dahab, Blue Hole, Taba, Kubu Salahudin Al-Ayubi, Teluk pertemuan antara 4 Negara; Jordan, Israel, Mesir, Saudi Arabia )

Aktiviti: Melawat sejarah - sejarah para rasul, Mendaki Gunung Tursina, Snorkeling di Blue Hole, Dahab.


Sinai bersebelahan dengan Palestin (Israel), Jordan dan Saudi Arabia



Perjalanan pada pukul 12.50 pagi 15 feb 2010



Berhenti berehat untuk solat subuh, tetapi terjumpa pondok polis yang agak ajaib ni. Hanya bertiangkan anak tangga yang menyerong sahaja. Tak sangka begitu stabil. Mesir, Oh! Mesir.


Tak ku sangka, akhirnya dapat lihat dengan mata sendiri TERUSAN SUEZ setelah mempelajari Sejarah ketika berada di Tingkatan 2. Terusan Suez merupakan antara terusan yang sibuk. Jangan lupa, selat melaka juga antara selat yang tersibuk di dunia. Bangga koot.


Kapal - kapal yang lalu di terusan suez. Ni baru pagi. Kalau siang hari, orang kata sibuk macam traffic jam. Huhu. Bayangkanlah..


Belakang kami adalah kapal China Shipping Line, pasaran cina agak meluas walaupun kebanyakan barang mereka takderlah bagus mana. Haha. Mungkin sebab murah menjadi tarikan orang ramai.


Perjalanan ke bekas kubu israel di Sinai suatu ketika dahulu



Bersama tulisan tinggalan askar - askar Israel



Jentera askar israel



Machine gun israel. Menakutkan




Inilah kubu israel ketika perang merebut Sinai antara Mesir dan Israel. Diceritakan ketika itu, Mesir hampir tewas dek kerana kubu Israel yang begitu kuat menggunakan susunan batu bersalutkan jaringan besi. Di tambah perjalanan bawah tanah yang menjadi tempat - tempat askar menyorok. Ulamak syeikh azhar bermimpi bahawa cara untuk mengalahkannya dengan menggunakan air. Lalu, askar - askar Mesir menggunakan hos air untuk menjatuhkan semua kubu pertahanan Israel. Kemenangan berada di pihak Mesir dan sebab itulah kami dapat menjejakkan kaki ke Sinai memandangkan Sinai milik Mesir. Huhu.


Try to guess, ni askar Mesir ke askar Israel?


Meriam milik Israel




Peluru Israel




Telaga 12 yang dibina oleh Kaum Nabi Musa




Pokok berhampiran telaga 12




Perjalanan siang yang memenatkan




Di hadapan pantai tandas Firaun




Di dalam tandas Firaun ada sauna semula jadi. Wap yang sangat panas.




Tiba di Hotel Sinai




Sebelum mendaki gunung Tursina pada 12.00 tengah malam




Pendakian yang memenatkan. Rehat sebentar..




Kanak - kanak Selangor berjaya sampai ke puncak! Yeah..~




Sejuk giler time ni. Rasa macam nak pecah je tapak tangan. Grr.




Usha matahari terbit. Subhanallah! Sungguh menakjubkan. Di puncak gunung ini ada sebuah masjid dan sebuah gereja. Setelah selesai solat subuh dalam masjid di puncak gunung ini, kami menunggu matahari terbit. Ketika matahari terbit, kami menasyidkan Asma Ul-Husna. Semua orang kristian yang berada di gereja sebelah masjid tergamam. Huhu.




Macam tak percaya dah sampai puncak. Letih giler




X-Pert Sinai 2010!




Turun dari mendaki lebih memenatkan dari mendaki sebab sewaktu ni kaki dah letih dan kena jalan berhati - hati supaya tak tergelincir.


Setelah habis turun mendaki, kena jalan jauh lagi. Penat, penat!




Beratnya batu ni




Tinggalan mukjizat Nabi Musa, Air Mata 12




Jalan - jalan, carik sejarah!




Pemandangan yang cantik




Patung Lembu Samiri yang disembah oleh Kaum Nabi Musa




X-Pert Sinai 2010




Makam Nabi Harun




Setelah sampai di laut Dahab, kami makan seafood yang murah.




20 genih untuk makan fish fillet, udang beserta sotong dengan nasi + air lemon + roti arab




Naik lori untuk bertolak ke Blue Hole (tempat snorkeling) dari Hotel.


Best koott naik benda ni. hehe.




First time pengalaman snorkeling. Cuak - cuak je tengok dasar laut yang dalam giler. Takut - takut life jacket terbukak.




Setelah snorkeling, bersidai kejap. *kunun lebih putih nanti* hahaha.




Dalam perjalanan balik, banyak unta tersidai di tepi - tepi pantai




Belakang tu Kubu Salahudin Al-Ayubi




Inilah Kubu Salahudin Al-Ayubi




Sebelum nak ke Kubu Salahudin, kami perlu menaiki bot. Air di situ sungguh jernih sampai nampak dalam walaupun airnya dalam.




Berbaju Dahab, Egypt sebagai kenangan




Ahli Usrah Medic BKASM




Menaiki Bot untuk ke Kubu Salahudin Al-Ayubi




Pertemuan teluk antara 4 Negara; Jordan sebelah kiri, Israel di hadapan, Saudi Arabia di sebelah kanan, Mesir di bawah.




Coaster yang banyak berjasa bawak kami jalan - jalan. Walaupun pemandu arab kami ni kadang - kadang sesat!