Blog Batch SPM 2008 SAMBESTARI

Assalamualaikum semua. Seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, insya Allah Blog Batch SPM 2008 SAMBESTARI sudah pun mula beroperasi. Jadi, antum semua bolehlah melawatnya.

http://7thgenesis.blogspot.com

PERHATIAN kepada Batch SPM 2008, jika anda belum lagi berdaftar sebagai author untuk blog batch SPM 2008, anda semua boleh meminta kepada SITI HAJAR/MOHD DEENIE untuk dijemput.

Harap Maklum. Hopefully anda semua enjoy lah ye. Segala komen amat diperlukan untuk memperbaiki lagi blog yang sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Novel dan Filem Cinta Islami. Apa kata anda?

Oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli

Assalamualaikum wbt.

Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.



Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.

Tetapi, saya mula mengesan bahaya dan bencana. Ya bencana. Bencana ini akan menipu orang-orang yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama.

Saya teringat satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Di dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan di antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram. Dan kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik- dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat-. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?

Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan menyakinkan masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!

Dan karya Islami ini jua muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk dari tanah seberang.-sebaiknya tidak ditonton televisyen-. Bagaimana dengan satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami, menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafaz kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira, ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Aqso sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.



Anda tahu apa yang ada dalam fikiran saya ketika menonton drama ini -celaka kau Masri, tonton Drama, kata Salafi. Ya Tuhan, ampunkan aku kerana kelalaian-. Saya sangka Aqso pernah bercinta dengan Madina, tapi berkahwin dengan Fira. Lalu Madina sebagai gadis solehah menasihati Aqso supaya mencintai Fira kerana Fira isterinya, dan tidak boleh Aqso mengambil Madina sebagai isteri kedua kerana haram mengumpulkan dua beradik sekaligus. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya kata, bagus Madina, dia benar-benar kuat pegangan Islaminya. Dia mahu kakaknya bahagia. Dia tidak mahu membuat dosa kerana dia tahui tiada poligami dengan cara mengumpulkan dua beradik. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya fikir, apabila Madina mengarahkan Aqso melafaz kata cinta, membawa Fira ke tempat romantik, ialah supaya Aqso dapat membina rasa cinta kepada Fira yang sudah menjadi isterinya. Lalu saya kata bagus nasihat Madina. Dia menasihati orang yang dia cintai agar melupakan dia dan mencintai isteri yang sah yang juga kakak kepada Madina.

Tapi, anda tahu apa yang saya temui di hujung cerita. Ketika di tempat romantik itu - Aqso menurut nasihat Madina untuk membawa Fira ke tempat romantik-, Aqso melafazkan satu ayat yang membuat saya terkejut gila, terus naik menyampah dengan cerita itu. Aqso kata kepada Fira "Kita kahwin ya!". Saya terkejut. Saya fikir mereka sudah berkahwin.

Jadi, kenapa saya marah sangat?

a) Drama ini mengelirukan umat yang sudah sedia keliru. Dengan latar belakang Islami, maka orang membuat kesimpulan tiada salah berdua-duaan dengan bukan mahram, tiada salah saling melafaz kata-kata romantis kepada bukan mahram.

b) Drama ini menunjukkan kemungkaran hanyalah bersentuh dan berzina. Berdua-duaan dengan bukan mahram bukan satu kemungkaran. Selagi mana tidak bersentuh tidak mengapa.

c) Drama ini mengajar ibu bapa agar membiarkan anaknya keluar dengan lelaki bukan mahram. Kenapa saya kata drama ini mengajar sedemikian? Ya, kerana drama ini drama beraspirasikan cinta Islami. Saya yakin emak saya suka cerita ini (berdasarkan pengalaman menonton drama-drama aspirasi Islami dari tanah seberang bersama emak), dan saya yakin emak saya akan beranggapan tidak salah membiarkan anak-anak daranya keluar dengan bukan mahram.

d) Drama ini menjadikan penonton keliru kerana yang menasihati Aqso supaya keluar dengan Fira, menjalin hubungan rapat dengan Fira ialah Madina, si gadis yang kuat agama, bertudung litup, bersolat.

e) Madina digambarkan sebagai gadis yang kuat imannya. Dia membawa kakaknya Fira ke sekeliling kota melihat kehidupan orang-orang susah supaya dapat menyedarkan kakaknya bahawa di luar sana masih ramai orang tidak bernasib baik. Ini kerana ketika itu Fira baru sahaja keguguran bayinya. Tapi, babak ini juga akan menguatkan segala tindakan Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan cinta dengan Fira. Kerana begini.

Pertama: Penonton sudah membina satu persepsi Madina sebagai gadis solehah, kuat agama. Lalu tindakan yang diambilnya adalah pasti menepati syariat.

Kedua: Ketika Madina menasihati Aqso supaya mencintai Fira, Madina mengungkapkan kata-kata "Cinta adalah anugerah daripada Allah".

Ketiga: Lalu Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan dengan Fira.

Keempat: Maka, penonton akan menjustifikasi KETIGA berdasarkan PERTAMA dan KEDUA. Maka, ketika itu, isyarat yang sampai kepada penonton ialah: Keluar berdua dengan bukan mahram, melafaz kata cinta dan romantis kepada bukan mahram, bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan syara'. Bahkan ia adalah satu anugerah Allah apabila Allah mengurniakan perasaan cinta itu kepada hamba-hambanya.

Saya sudah nampak bencananya. Dan drama ini juga adalah satu aspirasi dari novel-novel cinta Islami kerana di dalam satu babaknya terpapar watak Aqso sedang membaca novel "Ketika Cinta Bertasbih".

Apakah kalian bersetuju dengan saya bahawa novel-novel pembina jiwa dari tanah seberang yang membawa mesej cinta Islami, apatah lagi drama dan filemnya, sebenarnya satu bencana dan bala buat umat Islam?

Grey's Anatomy



Currently, I'm watching Grey's Anatomy.

Pada mulanya, niat di hati ingin menonton House MD series. Tetapi adalah seorang kawanku ni bagi suggestion untuk menonton Grey's Anatomy kerana cerita ini penuh dengan drama tentang kehidupan seorang doktor. Jadi aku mulalah mendownload cerita ini yang begitu banyaknya.

Kalau ikutkan, cerita ini memang agak 18SX. Namun, bukan itu yang kita mahukan! Aku ingin melihat bagaimana kehidupan seorang doktor. Lebih-lebih lagi, cerita ini mengisarkan tentang sekumpulan pelajar yang baru sahaja menamatkan Medical Schoolnya dan perlu membuat praktikal di sebuah hospital yang begitu terkenal dengan kehebatannya, Seattle Grace Hospital (SGH).

Setakat ini, cerita ini mempunyai 5 season. Akan datang season 6 pula akan keluar tidak lama lagi.

Season 1 - 9 Episode

Pada mulanya, perasaan aku bercampur baur untuk menjadi seorang doktor. Mana taknya, dalam season ini melihatkan pada kita bagaimana permulaan kehidupan sebagai seorang doktor. On Call sana sini. Paling menakutkan, apabila berlaku banyak kecemasan, dan kita perlu bersedia untuk melakukan sesuatu supaya semua dalam keadaan yang terkawal. Sebagai orang yang baru dan tidak berpengalaman, kita akan berasa cemas dan buntu untuk melakukan sesuatu. Kadang-kadang nasib kita baik, pesakit akan berada dalam keadaan stabil. Kadang-kadang kita tersilap langkah, pesakit mati katak begitu sahaja. Argghh, adakah kita boleh dikenakan sue sekiranya kesalahan yang kita lakukan tidak sengaja? Sangat menakutkan bukan!

Season 2 - 27 Episode

Lebih dramatik. Dan sangat seronok. Terdapat banyak konflik yang berlaku dalam season kali ini. Bagaimana seorang doktor menghadapi pesakit-pesakitnya? Itulah yang ditekankan dalam season kali ini. Pelajar lepasan Medical School tadi yang dikenali sebagai intern juga lebih berpengalaman. Bayangkan, apabila seorang intern ingin membawa pesakitnya ke bilik bedah untuk pembedahan jantung. Semasa di dalam lif, bekalan elektrik pula terputus. Jadi, intern tadi perlu melakukan pembedahan jantung dengan segera sendirian berhad. Tapi dengan kehadiran bomba, dapat juga lif itu dibuka sedikit agar doktor yang lebih pakar dapat memberi arahan daripada luar. Lebih menyayat hati, apabila ada pesakit yang tidak boleh diselamatkan, dan ada juga peluangnya hidup sangat tipis, dan ada juga yang pada awalnya doktor yakin bahawa pembedahan itu akan berjaya, namun, pada akhir pembedahan, terkandas juga. Sangat susah sebenarnya untuk seorang doktor memberitahu ahli keluarga si mati bahawa dia tidak lagi boleh diselamatkan.

Apa-apa pun, ajal maut semua di tangan Allah. Sebagai seorang doktor, kita mempunyai amanah dan tangunggjawab untuk melakukan perkerjaan tersebut dengan sebaik mungkin. Hanya Allah sahaja yang akan menentukan sama ada seseorang itu perlu meneruskan kehidupan atau tidak.



I miss my class so much. Where are you 5 Biruni?

Memoirs of 5 Al-Biruni 2008


.The Boyz.



Persijilan Tahfiz, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor

- Ahmad Sohaib
- Ridhwan Fadhil
- Fadil Husaini
- Nur Daleela
- Fatin Atikah
- Nur Khairani

UPU

- Nora : Tamhidi Pergigian (USIM)
- Nasuha : Asasi Perubatan (UIAM)
- Iman : Asasi Farmasi (UIAM)
- Hanani : Asasi Sains (UiTM)
- Bella : Asasi Sains (UiTM)
- Kamil : Asasi Sains (UiTM)

Matrikulasi

- Safuan : Sains (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)
- Noraini : Sains (Kolej Matrikulasi Melaka)
- Nik Farzana : Sains (Kolej Matrikulasi )

Tajaan Petronas

- Abdul Hasif : Geology (Kanada)

Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

- Husni Hakim : Undang - undang (United Kingdom)
- Haniff Zikri: Perubatan (Jordan)
- Amir Fikri : Perubatan (Mesir)
- Zaharuddin : Perubatan (Mesir)
- Fathin : Perubatan (Mesir)
- Nur Atikah : Perubatan (Mesir)
- Aisyah Muda : Perubatan (Mesir)

Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

- Syakir : Kejuruteraan (Russia)

Tajaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

- Hasrul : Bahasa Arab (Jordan)
- Deenie : Perubatan (Mesir)
- A.Syazwan : Perubatan (Mesir)
- Dzorfan : Perubatan (Mesir)
- Adibah Husna: Perubatan (Mesir)
- Syafiqah : Perubatan (Mesir)

Tajaan Baitulmal

- Khausar : Perubatan (Mesir)

Tajaan Sendiri (Medicmesir.com)

- Fuad Shah : Pergigian (Mesir)


.The Gurlz.


Darul Quran : 6
Asasi Sains : 6
Undang2 : 1
Kejuruteraan: 1
Farmasi : 1
Bahasa Arab : 1
Geology : 1
Pergigian : 2
Perubatan : 13

Aku rindukan mereka semua. Aku rindukan kelas aku yang gila-gila. Argh. Semacam tidak dapat menerima hakikat yang sekolah untukku sudah habis. SUDAH HABIS! Dah setengah tahun aku tidak hidup di alam persekolahan. Kerinduan yang teramat. Tak sabar nak sambung belajar, selagi aku masih bersendirian di rumah, selagi tulah aku asyik teringatkan persekolahan di SAMBEST yang penuh suka dan duka. Sob Sob..

Death Note

Assalamualaikum semua. Hari ni nak post pasal death note. Hmm, cter ni sbnrnya agak dah lama. Nak kata aku ni outdated person boleh gak r. Sebabnya, before this duduk asrama. So, tak explore sangatlah pasal drama-drama ke, anime-anime ke, movie-movie ke dan sebagainya. Tahu cerita tu wujud, tapi tak berkesempatan untuk tengok.

Sehinggalah aku belajar Pre Medic di UPM, adalah kawan aku ni memang banyak cerita. Antaranya death note lah. Dulu aku ada CD nya, tapi subtitle hampeh. Almaklumlah, cetak rompak punya.

By the time aku post benda ni, aku dah pon tengok Death Note, Death Note 2: The Last Name, Death Note 3: L change the World, Anime Death Note 37 Episode.



L Change The World



Anime Death Note



Hmm. Aku mula-mula dulu tengok time subtitle hampeh, aku agak cuaklah. Sebabnya ada shinigami yang berupa hantu tu. Aku tengok sorang-sorang. Aku ingatkan banyak babak terkejut. Jadi aku takut lah.

Tapi kat Pre Medic aku complete tengok movie death note ni. 3-3 sekali aku tengok.
Cerita ni memang seronok bagi aku. Too complicated lorr. Ceritanya bekisarkan tentang seorang genius yang menyelesaikan kes dan siasatan polis terhadap orang yang membunuh menggunakan death note.

Perlawanan antara pembunuh, Kira dan penyiasat L.

Memang menarik. Dan semestinya aku teruja dengan kehebatan L. Cara dia menyelesaikan masalah, menggunakan otak dia yang bijak sungguh.

Dan yang paling menarik ayat L bagi aku apabila ada orang bertanyakan pada dia, kenapa anda suka sangat makan manis? Ia menggemukkan.

L jawab " Makan glucose (manis) tidak mengemukkan sekiranya digunakan pada otak "

Cara ini adalah berkaitan biologi. Sebabnya glucose adalah bahan kimia yang sangat penting untuk seseorang manusia untuk menghasilkan tenaga. Dan apabila ia digunakan pada otak, maka otak mempunyai banyak tenaga untuk berfikir.

Kita sebagai manusia realiti, adakah kita boleh mengawal semua manisan dalam badan kita untuk ke otak? Semestinya kita tidak boleh. Jika makan berlebihan, metabolisma kita rendah, insulin kita rendah, alamatnya diabetis mellitus la jawabnya.

Sampai sahaja di rumah, aku mula memuat turun anime death note 37 episode selengkapnya. Kawan aku kata, pengakhirannya lain sedikit.

Ya memang lain pon. Aku lebih tertarik dengan movie death note. Sebabnya pada pengakhirannya L yang menang.

Sebaliknya, jika anime, L mati pada pertengahan jalan. Dan di sambung oleh dua pengganti L iaitu N dan M. Aku tertarik dengan ayat N, " Sekiranya N bergerak seorang, aku takkan boleh melampaui pemikiran L. Namun, jika N dan M bergabung, kami berdua boleh melampaui pemikiran L. Dan sebab itu kami menang melawanmu Kira".

Hakhak. Walaupun L dah mati dalam anime, dia tetap dibanggakan oleh penggantinya. Dan semestinya anime death note lebih complicated dan detail. Sebabnya, ia mempunyai 37 episode berbanding movie hanya 3 siri.

Ok, sampai di sini sahajalah.

Akhir kata, "any human who's name is written in this notebook shall die."

Menjaga Perasaan


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya."


(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Jika kita mempunyai kenalan yang sering melakukan kemungkaran, janganlah sesekali kita membenci dirinya. Sebaliknya, BENCILAH PERBUATAN yang telah dilakukannya. Putaran kehidupan telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jadi, mana tahu suatu hari nanti dia dikurniakan hidayah oleh Allah, dia akan lebih baik dari kita. Bukankah membenci akan perbuatan mungkar itu merupakah cara untuk mencegah kemungkaran yang ketiga menurut hadith? Ya, dan itu adalah selemah-lemah iman.

Jagalah perasaan sesama kita. Insya Allah, kita semua akan bersatu padu demi agama islam yang tercinta.

Agamaku Terpuji~

Baik dan Buruk

Untuk post kali ni, aku akan mulakan dengan potongan ayat Al-Quran yang telah ditafsir.


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Q. S Al-Baqarah : 216



Walaupun aku bertekad dan berhasrat untuk memilih jalan ini sekian lama, aku tetap merasakan ini bukan yang terbaik. Malah, jalan yang aku tinggalkan itu pula aku rasa sangat bagus dan mendatangkan kebaikan walhal aku sudah membenci jalan itu sekian lama. Aku tidak tahu mengapa? Tapi perasaan ini sering berintegerasi di seluruh benakku. Betul kata sahabatku itu, dialah yang memberikan potongan ayat Al-Quran ini. Kini, aku bukanlah menyesal, tetapi agak terkilan dan kecewa atas apa-apa yang telah berlaku.

Namun kini, aku tiada lagi jalan untuk berpatah balik. Tiada lagi jalan yang kedua.

Baru-baru ini MARA ( Selasa yang lepas) baru sahaja menelefonku.

MARA: Assalamualaikum. Ini Mohd Deenie ke? Saya dari pejabat Penganjuran Pelajaran MARA.
Deenie: Ye, saya. Saya Mohd Deenie. Ada apa ya?
MARA: Deenie ingin menerima atau tolak tawaran kami?
Deenie: Tawaran yang buat foundation di Kolej Mara Kuala Nerang ke?
MARA: Ye. Jadi macam mana ya?
Deenie: Hmm... hmm... saya tolak..
MARA: Abis tu.. Deenie ada tawaran lain ke?
Deenie: Ye, ada.. saya akan buat medic mesir under dermasiswa Jais..
MARA: ouh.. yang Jais hantar pergi mesir tu.. ok.. terima kasih Deenie.
Deenie: Sama-sama.

Aku akhiri telefonku penuh keyakinan. Tanpa rasa keraguan. Namun, entah kenapa esok dan lusanya keraguan terus timbul, tertanya-tanya kenapa aku tidak memilih untuk belajar di kolej itu dan kemudiannya di Royal College Medicine Perak? Kenapa mesti pilih timur tengah sedangkan kesihatanku tidak menentu. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini, kesihatanku sangatlah tidak menentu. Aku takut, bertambah keraguan. Adakah ini suratan yang telah ditakdirkan untukku? Jalan yang aku pilih ini sudah tetap dan harus aku gagahi dengan seluruh semangat dan jiwaku.

Aku memohon kepada-Mu ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaku agar aku dapat terus beribadah dan berbakti ke dalam agama-Mu ya Allah. Aku ingin menggapai cita-citaku dalam genggamanku ya Allah. Kau redhailah perjuanganku ini ya Allah. Aku memohon agar semuanya berjalan lancar dan tiada kesulitan yang akan aku hadapi di sana kelak. Sesungguhnya engkaulah Maha Besar ke atas segala sesuatu.