dan antara dua itu kita pilih yang terbaik.

jangan menyesal, sudah berlalu


Baru - baru ini, aku diberi pilihan untuk memilih antara satu. Kedua - duanya berfaedah, kedua - duanya mendatangkan kebaikan. Sangat sukar bukan untuk membuat pilihan? Kerana pada hakikatnya, kedua - dua pilihan itu mendatangkan faedah yang sama dan bukannya berbeza.

Bagi aku pilihan tetap menjadi pilihan, dan aku berhak untuk memilih. Pilih lah apa - apa pun, yang penting bukan pilihan itu, yang paling penting adalah diri kita sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Ya, inilah peluangnya. Inilah yang terbaik! Semoga kau terus istiqamah wahai hatiku. Aku mengharapkan rahmat dan kasih-Nya





“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


p/s: Ingin jadi seperti harimau bintang bersama dia. Sama - sama kita usaha menuju kejayaan. USAHA!
3 Responses
  1. dini. ta fhm! pape pn all d best! i'll be here evrytime u need me! :)


  2. haha. shuk, aku x kn luahkan direct. tpi ini adelah antre ujian2 yg aku lalui. ak dipkse utk memilih antre 2 bnde yg terbaek. dan kini ak da pilih. ak x leh brpatah blik. yg pntg, kita akn trus mnju kjyaan! ya, itu kita impikan!


  3. Hattarazian Says:

    oh..saya cuba faham~huhu..
    nampaknya 5tahun masih blom ckup
    utk saya knal Dr deenie..
    bahasanya juge makin mantep~
    barakallah alaik~