Kuliah Perubatan 2009/2010




Fuh, sudah 2 minggu aku memulakan kuliah perubatan. Namun baru kini aku dapat mengemaskini blog. Mana taknya, Mahasiswa Perubatan mestilah sibuk ye tak? Perkh, padahal tak sibuk mana pon. Cuma tiada Internet di Rumah Selangor tuh. Terpaksa pergi ke cyber cafe setiap kali ingin meng'update' blog. Letih! Oh Letih!

Hmm, berkaitan Universiti ni tak taulah. Banyak sangat pulak masalahnya apabila sudah sampai sini. Biasalah, Mesir ni bukannya bersistematik sangat pon cara dia handle. Walaubagaimanapun, aku tetap pergi ke kuliah memandangkan kuliah sudah pun bermula. Sementara tunggu nama naik ( Muqayyad ), aku memulakan kuliah perubatan di Universiti Ain Shams. Barangkali aku akan kekal di situ atau pun pergi ke Universiti lain. Tidak kisahlah di mana pun yang penting niat aku untuk datang Mesir adalah membawa segulung ijazah kedoktoran. Dan semestinya aku perlu sentiasa tajdid niatku.





Kuliah MOU Ain Shams sungguh selesa!


Oh ye, sebelum aku memulakan kuliah perubatanku, aku sempat menghabiskan Kursus Persediaan Bahasa Arab Fushah selama 3 minggu. Namun, aku perlu menyambung lagi seminggu pada masa akan datang kerana kami pelajar perubatan meminta kursus itu ditangguhkan memandangkan kuliah perubatan sudah pun bermula.




Di hadapan Mustawa Enam ( Kelasku )


Hah, di sini aku suka sangat makan makanan arab. Dahlah murah pulak tuh. Antara makanan yang aku suka makan adalah kuftah, torob, tokmiah, makarona dan roti fino.
Kalau jus ( a'sir ) pula aku suka minum sobia ( air santan manis ), kantalob billaban ( tembikai susu campur susu ), koktil ( ala-ala banana split ) dan manggo bilaishkrim ( mangga dan ais krim ). Huhu. Semua harganya setiap satu tidak lebih dari 3 genih. Paling murah 1 genih. Memang murah makanan arab.




TOROB - Talatah Genih wa Nos (3.50 Genih)





Laziz Awi Ya Rayyis. Ana Ayiz Wahid Kaman.
0 Responses