Syi'ah Asnani = X-Ray Gigiku

Huhu. Pagi tadi aku pergi ke Kuliah Tib Asnan, Gam'atil Qaherah. Kerana apa? Kerana ingin membuat X-Ray Gigi. Arghh, rasanya dah lama perasan gigi ni tumbuh senget tetapi tak berkesempatan untuk membuangnya ketika di Malaysia. Namun, apa-apa pon doakan yang terbaik untukku pada esok hari, Jumaat. Kemungkinan besar aku kena operate dan membuang gigi ni. Adduuhh!




Cuba perhatikan gigiku yang tumbuh senget. Unik!!




Alhamdulillah, rasanya masalah universiti dan sampai ke penghujungnya. Insya Allah, aku akan memulakan Kuliah G2G di Gam'atil Ain Shams pada sabtu ini kerana nama naik di situ. Walaupun agak perit, menderita malah menakutkan belajar medic dalam Arab Amiyah, tetapi aku akan berusaha untuk menyahut cabaran tersebut.

Sebenarnya aku diberi dua pilihan. Sama ada untuk masuk kelas G2G (Belajar Medic dalam Bahasa Arab tetapi periksa dan buku text serta slide di depan dalam Bahasa Inggeris) atau MOU (Belajar dalam Bahasa Inggeris). Namun, yang menjadi masalah di sini adalah pihak penajaanku Lembaga Zakat Selangor hanya dapat menampung bayaran kelas G2G memandangkan yurannya agak murah sedikit. Setelah berbincang dengan keluarga, walaupun mendapat lampu hijau untuk mengambil MOU, aku merasakan moleklah kiranya aku mengambil kelas G2G.

Bagiku, biarlah aku yang berusaha dan bersusah payah dengan duit dermasiswa tersebut. Tidak perlu aku menambahkan beban kedua ibubapaku untuk mencari duit tambahan.

Semoga dengan ini, aku akan cuba berusaha sungguh-sungguh. Insya Allah!
2 Responses
  1. wah.

    bek geyll ko.

    ak amek je mou.

    muahahahah.


  2. Syakir Uzair Says:

    dini seorang anak yg soleh..
    alhamdulillah..
    x sia2 ak didik ko slame nh.hihihi=p