Melapah Unta



SALAM EIDUL ADHA

orang arab wish kami "KULLU SANAH ANTUM TOYYIBIN".


Di pagi raya, sebelum bertolak ke "kampung", Rumah Selangor di Hayyu Asyir, Madinatin Nasr.

Raya Eidul Adha kali ni memberi pengalaman baru buat hidupku. Leh? (Kenapa?) Kerana kali pertama aku dapat nak melapah. Tak pernah - pernah dapat melapah lembu, terus dapat melapah UNTA kat Mesir ni. Huhu. Agak BANGGA di situ. Cehh, mana taknya biasa ni aku seperti kanak - kanak yang lain, hanya mampu melihat orang yang lebih tua dan berpengalaman untuk menyembelih dan melapah.

Yang seronoknya, kami pelajar - pelajar PERUBATAN anak selangor melapah unta sama - sama sambil BELAJAR. Haaa, carik mana jantung? mana hati? mana artery? mana vein? mana nerve?. Badan manusia tak boleh di lapah, badan unta pon jadilah! Lebih kurang je kot. Tetap ada organ - organ penting. Huhu.


Sebelum UNTA disembelih, aku berpeluang BERMANJA dengan unta. Ye ke? padahal takut - takut. hahaha.


Panjang gak leher UNTA ni, nak sembelih bahagian atas ke bawah ni?? Haa. mana - mana pon boleh. tapi lebih baik bawah supaya darah cepat keluar. Kalau bahagian atas, barangkali darah terkumpul di tengah - tengah leher. Huhu.


Ramai giler kena pegang dan tahan lembu ni. Sekali dia mengamuk semua terpelanting daaa. Bahaya! Bahaya!


Nampaknya yang UNTA pertama disembelih bahagian atas. Takpe, tetap HALAL cuma lambat mati sedikit berbanding bahagian bawah. Sebab tu takde orang dekati UNTA ni, baru lepas mengamuk! CUAK GILER!


Unta ni bergerak lagi ke? Aku dah tak sabar nak melapah ni. Yeehhhaaa~!


Haaa, ni pakai pisau roti pon boleh melapah tau! haha. Pisau ni telah diasah oleh mesin sebenarnya.


Tak sabarnya aku nak makan kau. Lapah laju - laju sikit. Hehe.


Terbalikkan!! Berat ni.. tolong, tolong!


Weyh, lapah je r. Sibuk nak bergambar snap sana sini. Ishk2.

Oklah. So far so meriah sambut di sini. Walau wajah ceria dan meriah, di hati tetap tidak semeriah bersama KELUARGA. SALAM EIDUL ADHA kepada semua.


4 Responses
  1. woa!!
    pngalaman yg sgt menerujakan..


  2. tepianmuara Says:

    aku suda mau pengsan mkn daging unta!
    haha.

    lazat2,,


  3. dalam bonggol unta ade ape?haha


  4. bgus2... dapat belajar melapah...

    he..

    kang da jdk doktorrr...kire da ade pengalaman ar...

    hu..

    wah,,ko cuti lame an raya aji?

    vacation r.. ape ag...