Setelah RECHECK SPM. Result sebenarku?



Result sebenarku? Biar betul? Heh. Recheck ke ni? Adoi. Boleh percaya ke? acecece. Kalau macam ni comfirm dapat tajaan MARA.


























Malangnya..Ini hanyalah khayalan buatku. Tak betul pon. Ini hanyalah editing semata-mata. Gembirakan la hati aku sedikit. At least, impian tu seolah-olah realiti nampak nama sendiri straight A1 macam tu. Hakhak. Dukacita dimaklumkan aku tidak dapat temuduga MARA. Sedih Sedih. Hehe.

Doa dan Harapan

Setelah berfikir panjang dan membuat keputusan muktamad. Aku memohon pada MARA. Memohon PERGIGIAN DI TIMUR TENGAH. Jadi, aku ingin memohon agar kesemua pembaca blog ku ini, mendoakan agar aku dapat mencapai cita-cita dan impian aku.

Tidak perlu aku meletakkan harapan yang tinggi memandangkan keputusan aku yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan. Namun, selagi hayat di kandung badan, selagi itu kita berjuang, selagi itu kita berusaha, selagi itu kita mencuba sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan kesungguhan, tawakkal dan berdoa pada yang Maha Memiliki, Insya Allah segalanya akan digarab.

Di mana-mana ada rezeki. Jika kita dapat, alhamdulillah. Jika tidak dapat, kita harus yakin satu hari nanti, Allah pasti memberi sesuatu yang kita hendaki kerana Allah itu Maha Kaya.

Sebuah kehidupan.

Kehidupan sememangnya susah.
Kita sebagai insan adakalanya berada di atas, adakalanya kita berada di bawah.
Setiap insan pasti pernah melaluinya.
Dari yang paling atas, jatuh menjunam terus ke bawah.
Kepedihan yang tak dapat kita bayangkan.
Andai jasad yang jatuh, pastinya akan hancur.
Begitulah.
Perasaan yang tak dapat aku bayangkan.
Dahulunya aku lah di atas, aku lah yang senang hati.
Aku lah perwira, aku lah yang memiliki setiap yang aku kehendaki.
Aku lah orang yang bertuah, aku dipuji, aku dibangga, aku gembira.
Aku seronok, aku jugalah orang yang tiada henti memiliki kebahagiaan.

Namun, apakah semua ini akan kekal? Semestinya tidak. Kini, aku lah yang dibawah, mengharungi setiap dugaan dan ujian dengan penuh ketabahan. Akan tetapi sampai bilakah ketabahan ini akan aku kecapi? Akan aku kekalkan? Penuh onak duri, menikam kalbu sehingga pisau yang tertusuk pun tidak akan terasa. Apakah aku kini menjadi orang paling malang? Aku sedih dengan nasibku. Tiada simpati aku pinta. Setelah Kau datangkan segala-galanya padaku, Kau tarik kembali kebahagiaan itu. Aku sedar, Kau ingin menguji keimanan ku, Kau ingin lihat sejauh mana kesyukuran ku selama ini? Kau Maha Adil ya Allah. Satu hari nanti, pasti kau akan datangkan kebahagiaan padaku semula. Aku yakin dengan kekuasaan-Mu ya Allah. Aku mohon agar Kau terus tingkatkan semangat aku untuk mengharungi ujian-ujian yang bakal aku hadapi.

Aku adalah insan yang lemah, dan aku yakin, Kau tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba itu tidak mampu menangunggnya. Oleh itu, kau ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Setiap yang berlaku aku yakin ada hikmahnya. Aku redha dan aku terima segala ketentuanku. Aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencipta kejayaan di dunia dan akhirat.

Isnin 16/3/2009 pada 1.30 a.m