Dialah satu-satunya Ibu yang dipanggil Imi...

Dari Abah:

'...Teman suka dan duka selama hampir 30 tahun (31 Ogos 1984 - 07 Februari 2014) kini telah pergi buat selama-lamanya pada jam 8.20 malam, Jumaat, 07 Februari 2014 bersamaan dengan 07 Rabiulakhir 1435. Maha Suci Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan Sesiapa Yang Dikehendaki Nya. Al-Fatihah buat isteri tercinta, Khatijah Razali, semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen..'


Gambar portrait family pertama diambil pada 16 November 2013

Hari ni, 3 minggu arwah Imi dah meninggalkan kami anak beranak yg kecil.. Abah, Along dan Kak Long (kakak ipar), Riyadh (anak buah), dan saya...

Hanya Allah sahaja tahu bagaimana hari-hari yg saya lalui tanpanya sekelip mata, memaksa diri untuk senyum, menahan air mata dari jatuh dan meneruskan pembelajaran Medic yg hari-hari kena marah dengan doktor... Tapi takpelah bukan itu yang nak diceritakan...

Saya ingin berkongsi cerita ni supaya mereka yg masih mempunyai seorang Ibu akan ambil iktibar dari apa yg dilalui...

Sebenarnya arwah Imi tak pernah sakit.. arwah Imi sentiasa jaga makan dan minum supaya sentiasa kekal sihat.. Tiap-tiap pagi arwah Imi akan minum air sebelum subuh dan 8 gelas sehari.. arwah Imi tiap-tiap tahun buat medical check up, hari2 cek gula dlm darah, kdg2 cek tekanan darah, selalu kongsi ttg kesihatan dlm FB nya.. dan alhamdulillah Allah jaga arwah Imi.. sehingga umurnya 55 tahun, arwah Imi tiada sakit apa2 walaupun kencing manis atau drh tinggi...

Sehinggalah satu hari, pd pertengahan bulan 12, sebaik sahaja saya habis posting di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka kami mengadakan Family Day sebelah Abah yang banyak diusahakan oleh arwah Imi sendiri sbgi Timbalan Pengarah Program... Arwah Imi ada tunjukkan pd saya satu lebam kecil di bahagian kakinya... Tapi saya jwb, "Mungkin Imi terjatuh waktu tidur kot Imi tak perasan, terlanggar bucu-bucu ke tak sedar". Arwah Imi pun diam dlm keadaan lega... Dan itula Family Day yg pertama dan terakhir saya dapat hadiri setelah 3 tahun arwah Imi usahakan sepanjang saya berada di Mesir...

Tetapi sebaik balik sahaja dari Melaka, tiba-tiba saya rasa ingin balik ke Mesir semula.. Bnyk faktor tekanan yg saya hadapi memujuk diri untuk kembali ke Mesir.. Dahulu, arwah Imi memang tak setuju untuk saya transfer credit ke Malaysia.. kerana arwah Imi seronok tengok saya belajar di Mesir boleh berbahasa arab dan berbakti kepada rakan-rakan melalui persatuan... Aturan Allah sewaktu saya terima keputusan KPM utk sambung di CUCMS, saya diserang asthma yg agak teruk di Mesir sehingga masuk gas 3 kali... Dan saya tak pernah kena seteruk tu.. Disebabkan itu, arwah Imi terbuka pintu utk saya pindah ke Malaysia memandangkan waktu tu saya memujuknya berkali-kali yg saya sudah Istikharah dan gerak hati mmg nak pindah ke Malaysia ats beberapa sebab... dan antara sebabnya ialah gerak hati saya tiba-tiba sangat risau melihat arwah Imi yg telah tinggal berseorangan di Shah Alam selama 4 tahun...

Sebelum pulang ke Mesir pada 29 September 2013.. salah satu comment arwah Imi pd gmbr ni "tgh menahan kesedihan ni! tgok kpltrbg tgh brgerak utk take off.. sure i'm going to miss him very much..."


Pada 20 Oktober 2013, hari tibanya saya di Malaysia utk transfer credit...



Jd pada 31 Dis saya pulang ke rumah untuk bersama arwah Imi cuti tahun baru... tetapi malam tu arwah Imi tunjukkan pd saya lebam baru yang ada di bahu nya.. ulcer mulut yang tak baik-baik lebih seminggu.. Saya rasa tak sedap hati dan membawanya ke hospital...

Mlm tu juga arwah Imi terus kena admit wad kerana bacaan platelet (pembekuan darah) hanya 4 dan darah putih 3%. Arwah Imi sgt cemas dan takut waktu tu, apetah lagi saya yang mmg faham bacaan tersebut, tetapi saya cuba tenangkan arwah Imi.. arwah Imi kata takde sakit apa2, letih takde, arwah Imi kata rasa biasa je melainkan hanya lebam dan mulut pecah td...

Rupa2nya setelah kptsn bone marrow biopsy keluar, arwah Imi disahkan menghidap penyakit Severe Aplastic Anemia... ramai tertanya2 sakit apa... sbb sakit ni mmg jarang... di hospital tu hanya terdapat 2 kes sepanjang tahun... tetapi kami msih berfikiran positif termasuk saya sendiri bahawa arwah Imi akan sembuh... doktor juga cuba mengenal pasti apa penyebab penyakit ni namun gagal... biasanya penyakit ni 'unknown causes' doktor kata... cuma ada beberapa risiko dari persekitaran kita seperti ubat-ubatan, radiation, racun serangga dan juga minyak kereta... Dan penyakit ni bukanlah sakit keturunan...

Jdi disebabkan kos pengubatannya yg mahal, jdi arwah Imi dipindahkan ke Hospital Ampang yg merupakan hospital kerajaan yang khusus untuk penyakit berkaitan darah... Doktor pakar di Hospital Ampang tak percaya tahap penyakit Imi da 'severe'... sbb melihat keadaan arwah Imi tiada sakit apa2... Jd doktor membuat bone marrow biopsy semula dan doktor terkejut melihat tulang sum-sum arwah Imi yg hanya tinggal 30-40%... dan doktor akui ia mmg tahap 'severe' atas faktor bacaan platelet pd mulanya 4...


Arwah Imi masuk ke Hospital Ampang pd 8 Januari, genap sebulan di hospital arwah Imi meninggalkan kami semua... sehingga keadaannya kritikal, sebagai seorg pelajar perubatan saya tahu arwah Imi sudah tiada harapan.. tetapi sebagai anak manja kpd arwah Imi.. saya masih berfikiran positif dan bersangka baik pd Allah, Allah akan berikan masa lagi beberapa thn kpd saya utk bersama arwah Imi... arwah Imi akan bangun sbb saya tahu Allah takkan menguji hambanya jika dia tidak mampu...


Antara saat berharga buat saya dengan arwah Imi, apabila saya dpt mengajar sesuatu yang beliau tidak ketahui...

Pd saat terakhir itu, saya memeluk badannya menangis teresak2 tanpa dia sedar.. Mata saya begitu bengkak... Kepala saya begitu sakit... Berdoa banyak2 agar arwah Imi akan kembali sedar dan sembuh... Along berada di telinga kanannya mengucapkan utknya... Arwah Imi betul2 sedang bertarung utk hidup pd waktu itu... Dlm beberapa minit lgi arwah Imi nak hembuskan nafas terakhir.. saya pula berada di telinga kirinya mengucapkan utknya...

Tepat jam 8.20, doktor umumkan "Mintak maaf, Puan Khatijah dah takde..". Maka bermula saat itula saya masih hidup tanpa seorang ibu.. satu-satunya tempat utk saya bermanja... utk dpt kata2 semangat... utk tempat saya memberikan kejayaan pdnya supaya beliau berasa bangga... Dan sekarang dia telah pergi utk selama-lamanya...

Tak dinafikan saya rasa terkilan teramat sbb kdg-kdg saya melukakan hatinya... walaupun saya selalu meminta maaf tetapi saya tidak puas kerana masih lagi tidak memberikan kejayaan kpdnya.. Setiap hari sye tertanya2.. "anak deharka kah aku?'.. Bila terkenangkan, doa Ibu mana lagi nak dicari... Allahu Allah...

Mak saudara saya pesan, jangan rasa terkilan apa2... arwah Imi sentiasa maafkan anak2nya... arwah Imi tu sayang sangat sangat kat anak-anaknya... sebaliknya rasalah bersyukur.. Allah pilih saya utk belajar ke Malaysia utk bersama arwah Imi di saat-saat terakhir.... Ajal maut ditangan tuhan...

Seperti firman Allah SWT:

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)


Mcm mana pun ikhtiar kita utk seorang Ibu supaya kekal sihat.. apabila Allah telah tetapkan ajalnya pada waktu itu, maka terima lah dgn hati yg redha.. melihat kpd susunan dan aturan bagaimana Allah mengambilnya.. sgt cantik dan meninggalkan banyak tanda-tanda dia ingin pergi pd saudara-mara yg kami semua tak sedari ketika arwah Imi masih hidup...  kalau nak diceritakan berjela panjangnya...

Kalau boleh saya tak nak orang lain terkilan macam mana saya rasa... Janganlah lukakan hati ibu bapa kalian yg masih ada walaupun sekejap... Sebabnya takut2 bila dia pergi dalam masa yang singkat, kita akan berasa terkilan kerana tak dapat nak menggembirakannya selama mungkin sepanjang dia hidup... 

Hayatilah setiap saat bersama ibu bapa yang ada... kerana setiap saat yang ada itu begitu berharga sebelum mereka meninggalkan kita... Kpd mereka yg tiada ibu atau bapa atau kedua2nya sekali, sama-samalah kita mencari kekuatan melalui Allah SWT, perbanyakkanlah doa utk mereka, dan beramal dgn apa yg mereka selalu amalkan.. Moga-moga kita akan bertemu dgn mereka semula di syurga satu hari nnt.. Insha Allah...

Wallahu Wa'alam.


al-Fatihah buat Ibu tercinta, satu-satunya "Imi" Khatijah bt Razali
Tiada lagi pengganti arwah Imi yang sentiasa menerima baik buruk Deenie, yang selalu mendoakan Deenie dan selalu mengharapkan yg terbaik dari Deenie

Aku redha ya Allah


Moga ada manfaat untuk sesiapa yang membacanya.

8.20 Pagi, 1 Mac 2014.

7 Responses
  1. Unknown Says:

    Allahummaghfirlah warhama wa'afiha wa'fu'anha.

    Moga Allah jadikan pemergian beliau satu kerehatan untuknya Deenie.

    Allah.



  2. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  3. Allahummaghfirlaha warhamha, wa'aafiha wa'fu'anha.

    Moga abang deenie tabah.


  4. Unknown Says:

    Al-Fatihah..Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amiinn...