Surat Cinta dari Seorang Anak untuk Ibu yang Dirinduinya

Ku tuliskan surat cinta ini khusus untuk Ibu yang tercinta, Ibu yang dipanggil Imi selama 23 tahun membesarkanku tanpa jemu.. ku harapkan Imi membaca setiap bait kata-kataku dari sana...

Assalamualaikum Imi yang dirindui... Imi apa khabar? Imi sihat ke? Imi dah makan? Deenie hari-hari tunggu Imi balik... Bila Imi nak balik ye? 

Setiap hari Jumaat lepas Deenie balik dari kampus, Imi mesti tunggu di rumah... Selalunya Imi duduk dalam bilik Deenie menghadap komputer... atau kadang-kadang kalau Deenie sampai lewat malam Imi dah tidur keletihan...

Tapi hari ini genap sebulan Deenie balik rumah tiap minggu Imi takde... Imi pegi mana? Imi tak rindu Deenie ke? Selalunya Imi mesti rajin beri khabar dalam whatsapp... Takpun sekurang-kurangnya Imi akan update status FB dan kongsikan info-info kesihatan... Tapi kenapa FB Imi diam je? Imi pergi mana? Imi tak rindu kami ke?

Imi, Deenie susah hati.. Dah lama tak dengar khabar Imi.. Imi tahukan Deenie sayang Imi... Deenie rindu nak dengar suara Imi.. Imi selalu bertegas dengan Deenie.. Imi nasihat Deenie.. Imi pergi mana ye?

Sebulan ni, tiap-tiap hari Deenie kena marah dengan doktor.. Doktor tanya soalan semua Deenie tak dapat jawab... Doktor semak buku Deenie, kosong tak bertulis apa-apa.. Doktor kata doktor kecewa dengan Deenie...

Imi pergi mana? Deenie nak jumpa Imi dan mintak maaf sebab Deenie gagal jadi anak yang terbaik untuk Imi dan Abah... Deenie rasa Deenie dah memalukan Imi depan lecturer dan kawan2... Selalunya Imi mesti bagi kata-kata semangat bila Deenie dalam kesusahan... Imi tak rindu Deenie ke?

 

 "I'll promise to give u and abah the best effor to get a good result this year.. insha Allah.."


Minggu lepas kawan Imi mesej Abah.. "Arwah ada bgtau sejak anak bongsu die balik Malaysia, arwah tak rasa kesunyian lgi, tapi  saya tak sangka sekejap je". Kenapa Imi tak pernah bagitahu Deenie? Baru Deenie faham kenapa Imi selalu minta Deenie teman pergi ke mana-mana... Tapi kenapa Deenie baru tahu? Bila Imi nak balik ye? Deenie janji kalau Imi balik Deenie akan dengar semua nasihat Imi... Deenie akan tolong dan teman Imi ke mana-mana sahaja... Imi balik ye...

Tak nafikan setiap kali Deenie pergi klinik/hospital... Deenie selalu nampak makcik2 yang sakit dibawa anak lelakinya... Bila Deenie tengok mesti sedih... Hilang arah pun ada... Tak berpijak di bumi yang nyata.. Rasa hati ni meronta-ronta dan meraung-raung mencari Imi... 

Imi masih ingatkan satu malam sewaktu Deenie jaga Imi di hospital... Imi mintak Deenie tolong buat macam-macam, ambil itu ambil ini.. sampai Deenie letih dan pesan pada Imi, "Imi kena ambil sendiri.. Imi tak boleh baring je... Nanti badan Imi makin lemah, kaki boleh bengkak.." Imi jwb, "Sampai hati adik tak nak tolong Imi"... Deenie menyesal kata macam tu pada Imi... Deenie cuma takut kaki Imi bengkak kalau Imi asyik baring dan tak kuatkan semangat... Deenie sayang Imi... Imi tak percaya ke? Deenie teringin sangat nak jumpa Imi walaupun sekejap untuk beritahu semuanya bertapa Deenie betul-betul mohon ampun dan maaf pada Imi... Imi merajuk dengan Deenie ke Imi tak nak balik?

Kalau Imi tak nak balik takpe, Deenie selalu ingat segala pesanan Imi sebelum Imi pergi.. Imi kata, "Adik jadi doktor nanti, setiap kali tolong orang niatkan dan sedekahlah pahala untuk Imi.. Jgn fikirkan ttg duit... Jd doktor kena betul-betul ikhlas kerana Allah... Imi tengok adik ni besar kepala dan suka menjawab.. Cuba adik berubah... Tengok Along.. Along cakap baik-baik je... Along banyak belajar ilmu-ilmu agama... Dia banyakkan doa untuk Imi waktu Imi sakit... Nanti Imi dah takde, Along dan Adik banyakkanlah doa untuk Imi". 

Entahlah, Deenie rindu masakan Imi. Mesti Imi ingat masakan Imi yang paling Deenie suka... kan? Mestilah ayam masak percik Imi. Last sekali Deenie dapat rasa balik raya hari tu. Deenie pergi kedai carik blueberry cheesecake, takde satu pun rasanya sama macam Imi buat. Bila Imi nak buat blueberry cheesecake untuk Deenie lagi? Selalunya bila Deenie mintak mesti Imi buatkan, dan itulah kek yang paling sedap di dunia pernah Deenie rasa... tapi last sekali kek Imi buat untuk Deenie baru-baru ni buttercake.. Imi bekalkan Deenie 3 tupperware untuk makan di hostel.. Bila Imi nak buatkan kek untuk Deenie lagi ye?


"Ada dua kek air tangan Imi Deenie tak rasa lagi; lemon cheesecake dan red velvet cake"


Imi, terima kasih ye Imi.. terima kasih atas segala pengorbanan Imi sebagai seorang Ibu yang penat lelah menjaga Deenie selama 23 tahun yang banyak kerenah... Imi membesarkan Deenie terlalu sempurna... Dan Deenie akan teruskan kehidupan yang berbaki tanpa Imi... 

Deenie mintak maaf  dan mohon ampun pada Imi.. Walaupun Imi dah pergi tinggalkan Deenie, Deenie masih mampu tersenyum.. sebab Abah masih ada.. Along dan keluarga... Adik beradik Imi.. Adik beradik Abah.. semuanya sedaya upaya bagi Deenie semangat sebab mereka semua rindu dengan kebaikan Imi..

Imi, kalau ada rezeki, peluang dan masa Imi pulanglah ye ke rumah.. Imi pulanglah dengan khabar gembira... Imi kembalilah dan baliklah pada kami... Setiap hari Deenie akan tunggu Imi... dan kali terakhir sebelum Imi keluar rumah.. Imi (jenazah) baring atas katil Deenie... dan setiap kali Deenie tidur, setiap kali itulah Deenie terasa Imi berada disebelah Deenie.. sepertimana waktu Deenie kecil yang sering peluk Imi ketika tidur...

Imi jaga diri baik-baik ya. Doakan supaya Deenie berjaya di dunia dan akhirat.. Doakan supaya Deenie dapat bertemu Imi di syurga-Nya. Jika ditanya sejauh mana rindu hati Deenie padamu Imi, seluas langit dan lautan jiwa ini menginginkanmu.. sekurang-kurangnya panggilah dengan suara lembutmu seperti selalu "Adikk..." Tapi apakan daya, Imi telah pun meninggalkan Deenie di dunia buat selama-lamanya.

 



 "Deenie pun tak sabar nak jumpa Imi di syurga-Nya insha Allah"


"Ya Allah, aku tahu kau memanggil Ibuku terlalu awal kerana aku yakin dan percaya kau sayang pdnya, maka aku mohon kau ampunilah segala dosa-dosanya... jauhilah seksa azab kubur dan api neraka pdnya. Kau terangilah, lapangkanlah kuburnya sehingga ke hari kiamat... Berikanlah syafaat Rasulullah SAW kpdnya.. Berilah ketenangan, kebahagiaan dan kenikmatan syurga pdnya... Rahmatilah rohnya.. Terimalah segala amalan kebaikannya, dia benar-benar ikhlas padamu ya Allah.. Ibuku tak pernah lalai dalam menasihati aku ya Allah... Kau berikanlah kekuatan buat kami sekeluarga, dan berikanlah kami khusnul khatimah menyusulinya di kemudian hari..."






"Genap sebulan 7.2.2014 - 7.3.2014"
8.20 pm

-al-Fatihah-

The worst feeling in the world is to know that 
you are the reason your mother has tears in her eyes...
I will always love and pray for you Imi

2 Responses
  1. asilahkarim Says:

    sangat beruntung mak deenie dpt anak mcm deenie. a very good son.
    deenie.. you must proud with yourself. deenie. you can. you strong! =)

    Al-fatihah.


  2. Unknown Says:

    Adek, kita boleh ikut Imi. Imi tak boleh ikut kita.

    ALFATIHAH

    26/ 6/ 1958 - 7/ 2/2014.
    REST IN PEACE