skip to main |
skip to sidebar

Jalan - jalan carik buku. Jangan sesat sudah.

Mula - mula macam terkejut. Ceh, ingatkan Mesir ni *lopek* sangat ke tiada bookfair. Entahla, kalau pergi pun mesti tak semeriah seperti di Malaysia. Di Malaysia, walaupun letih, penat dan sesak tetapi seronok. Hampir setiap tahun sekolah buat rombongan. Aku mesti tidak lepaskan peluang keemasan itu. Sebab apa? Harganya murah, lebih murah daripada biasa. Lengkap berbaju asrama, bersama rakan - rakan. Cukuplah refresh sedikit di Malaysia punya cerita. Haha.
Pesta buku Mesir ni harga buku murah - murah juga, lagi - lagi buku yang ditulis dalam bahasa arab. Nak beli a parody of twilight; nightlight, tetapi nanti - nantilah! Baik aku carinya di internet dan download sebagai E-Book. *Ceh, jimat punya pasal. Buku sahaja, makanan boros takpe. Haha.*

Hanya mampu melihat

Aku dah kata, makanan boros takpe! Makan spagheti, burger dan air mangga.

Jalan - jalan jugak, jangan lupa snap!
Aku mencari buku - buku perubatan seperti Gray's Anatomy International Edition, tapi malas nak baca. Sudah, tak jadi beli. Cukup universiti punya. Tak kurang hebatnya. Ain Shams terbaik! Haha.

Kononnya belakang tuh macam stadium, tapi tak boleh masuk lak. Geram!

Sepanjang perjalanan angin kuat dan aku sejuk menggigil. Buktinya, tengok jaket aku! Terbang - terbang. Haha.

Macho lagi bergaya!

Setelah 5 kali tangkap baru jadi bentuk love. Haha.
Pulang dengan tangan kosong.
p/s: Aktiviti pertama setelah tamat peperiksaan pertengahan tahun. Enjoylah jugak!

Buku - buku anatomy yang aku PULUN sehingga ke hujung nyawa untuk jawab 15 soalan dalam masa 15 minit pada hari terakhir periksa!! *macam hebat*
Alhamdulillah. Segalanya berakhir dengan kelegaan. Sedar tak sedar, aku sudah pun mengakhiri peperiksaan pertengahan tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Bagai halilintar membelah samudera. Hehe. Pejam celik, pejam celik, masa untuk peperiksaan akhir tahun pula akan tiba. Haaa, tak sabar nak balik malaysia dah ke? Yeah. Lepas ni tumpuan untuk peperiksaan akhir tahun akan lebih digiatkan. Kalau nak balik malaysia lama, peperiksaan akhir tahun kena buat gempak. Bulan 7, boleh cabut terus! Tapi kalau periksa akhir tahun buat macam *mengoy*, nampaknya bulan 8 kenalah repeat. Jadi doakan segalanya berjalan lancar agar dapat
result gempak = balik malaysia untuk 3 bulan.
Yeahh. Semua pelajar MAIS bakalan MUMTAZ! Amin, Ya Rabbi!

Apa perancangan cuti ni? Melancong eropah? Jordan? Haha. Maybe sekitar MESIR je koot!