Penculikan 1999

Pernah tak antara anda semua mempunyai pengalaman hampir diculik? Aku pernah! Tahun 1999 ketika aku beumur 8 tahun. Seingat aku lah, sewaktu aku kecil, terlalu banyak kes penculikan. Aku menjadi takut, seriau, seram sejuk nak keluar rumah seorang diri walaupun pada waktu siang. Aku yang berbadan kecil tak mampu untuk melawan anasir - anasir jahat ketika itu.

Pada waktu itu, tepat jam 10.30 pagi. Aku terus menelefon jiranku untuk meminta izin ingin pergi ke rumahnya. Ini merupakan aktiviti aku setiap pagi ketika musim cuti sekolah. Pada suatu hari, ada sebuah kereta mercedez biru gelap parking di hadapan rumahku. Bersama kereta tersebut seorang lelaki berkulit hitam legap segelamnya, berambut kerinting ala - ala orang afrika. Menunggu di hadapan rumahku sejak awal pagi lagi. Kakakku (pembantu rumah yang sememangnya aku anggap sebagai kakak) tidak sedap hati. Aku pun keluar setelah mendapat izin dari jiran untuk bertandang ke rumahnya. Lelaki itu bertanyakan kepadaku

"Adik, adik umur berapa?", begitu manja nadanya. Eh, boleh cakap melayu rupanya!

"8 tahun", aku jawab dengan yakin.

"Sekolah di mana?", tanya dia lagi.

"S.K Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam", aku menjawab.

"Nak pergi mana?", tanya dia curiously.

"Pegi rumah jiran", kemudian aku terus pergi dari situ. Rumah jiran aku selang satu rumah sahaja. *rumah teres*

Tiap - tiap kali waktu makan tengah hari, kakakku akan memanggil aku balik untuk makan di rumah. Kemudian baru boleh sambung bermain di rumah jiran. Kira - kira pukul 1.00 petang. Lelaki tersebut masih terpacak dengan pintu kereta yang terbuka betul - betul di hadapan rumahku.

Kakak sudah mula meragui tindakan orang berkulit hitam tadi. Kakak memerhati aku dari dalam rumah.

"Adik, mari sini sekejap. Berapa no. telefon rumah adik?", tanya lelaki kulit hitam tu. Tanpa memikirkan apa - apa. Aku ingin mendekatinya, pintu kereta dibuka lebih luas.

"Adiikkkkk, jangan!!! masuk dalam rumah cepat!!! teriak kakak kecemasan.

Aku pun lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang takut. Kakak mengatakan bahawa orang itu mahu menculikku. Jantung aku berdegup laju dan diselubungi ketakutan.

Setelah makan, aku pun tidur. Bangun dari tidur, lelaki itu masih lagi terpacak. Aku terus diburu rasa takut. Setelah beberapa jam kemudian, lelaki tersebut pergi bersama keretanya. *Putus asa nak ambil aku mungkin?* hahaha.

Sejak daripada itu, aku begitu takut untuk keluar ke mana - mana walaupun pada siang hari kerana risau penculik itu akan datang lagi memandangkan dia tahu aku sekolah di mana dan rumah aku itu sendiri.

Kakak, Deenie rindu kakak. Tak tahulah apa cerita kakak dan di mana kakak sekarang.

Sedih hati ini terkenangkanmu yang membantu Imi dan Abah menjaga Deenie yang begitu nakal, degil dan kuat menangis suatu ketika dahulu. Aku sentiasa mengharap kepulangan kakak sejak dia hilang begitu sahaja. Kerana, dia lah satu - satunya kakak yang aku ada dan sentiasa menceriakan zaman kecilku.




Ini bukan gambar kakakku! Ini bersama Cheryl Samad ketika tingkatan 1. Saja nak share gambar ni. Mase ni masih kecik lagi, takde kontroversi apa - apa en gambar ni? Nampak kembar pe. Hehe.
2 Responses
  1. u look way DIFFERENT back then!


  2. Hattarazian Says:

    hahhaa..seriusly cm adek bradek..hahhaa..org tu nk colek sbb ko bole nyanyi n die nk anta ko msuk aspura idol la tu..haha