Baik dan Buruk

Untuk post kali ni, aku akan mulakan dengan potongan ayat Al-Quran yang telah ditafsir.


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Q. S Al-Baqarah : 216



Walaupun aku bertekad dan berhasrat untuk memilih jalan ini sekian lama, aku tetap merasakan ini bukan yang terbaik. Malah, jalan yang aku tinggalkan itu pula aku rasa sangat bagus dan mendatangkan kebaikan walhal aku sudah membenci jalan itu sekian lama. Aku tidak tahu mengapa? Tapi perasaan ini sering berintegerasi di seluruh benakku. Betul kata sahabatku itu, dialah yang memberikan potongan ayat Al-Quran ini. Kini, aku bukanlah menyesal, tetapi agak terkilan dan kecewa atas apa-apa yang telah berlaku.

Namun kini, aku tiada lagi jalan untuk berpatah balik. Tiada lagi jalan yang kedua.

Baru-baru ini MARA ( Selasa yang lepas) baru sahaja menelefonku.

MARA: Assalamualaikum. Ini Mohd Deenie ke? Saya dari pejabat Penganjuran Pelajaran MARA.
Deenie: Ye, saya. Saya Mohd Deenie. Ada apa ya?
MARA: Deenie ingin menerima atau tolak tawaran kami?
Deenie: Tawaran yang buat foundation di Kolej Mara Kuala Nerang ke?
MARA: Ye. Jadi macam mana ya?
Deenie: Hmm... hmm... saya tolak..
MARA: Abis tu.. Deenie ada tawaran lain ke?
Deenie: Ye, ada.. saya akan buat medic mesir under dermasiswa Jais..
MARA: ouh.. yang Jais hantar pergi mesir tu.. ok.. terima kasih Deenie.
Deenie: Sama-sama.

Aku akhiri telefonku penuh keyakinan. Tanpa rasa keraguan. Namun, entah kenapa esok dan lusanya keraguan terus timbul, tertanya-tanya kenapa aku tidak memilih untuk belajar di kolej itu dan kemudiannya di Royal College Medicine Perak? Kenapa mesti pilih timur tengah sedangkan kesihatanku tidak menentu. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini, kesihatanku sangatlah tidak menentu. Aku takut, bertambah keraguan. Adakah ini suratan yang telah ditakdirkan untukku? Jalan yang aku pilih ini sudah tetap dan harus aku gagahi dengan seluruh semangat dan jiwaku.

Aku memohon kepada-Mu ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaku agar aku dapat terus beribadah dan berbakti ke dalam agama-Mu ya Allah. Aku ingin menggapai cita-citaku dalam genggamanku ya Allah. Kau redhailah perjuanganku ini ya Allah. Aku memohon agar semuanya berjalan lancar dan tiada kesulitan yang akan aku hadapi di sana kelak. Sesungguhnya engkaulah Maha Besar ke atas segala sesuatu.
14 Responses
  1. deenie!!
    memang kadang2 kita kena belajar melepaskan sesuatu benda yang kita sayang...aku dah rasa masa tolak offer jais buat medic mesir..

    anyway, cuba tengok kata2 umar al-aziz kat post aku..'kenapa give-up?'


  2. Anonymous Says:

    b strong, man. i noe u r, indeed.


  3. nuha macam rasa apa yang deenie rasa -_______-"
    dan ya, kita kena kuat (!)
    nuha tahu je deenie boleh :)
    oh, btw, nanti kat mesir deenie Universiti mana eh?


  4. to valeria : tq fathin.. btw, mcm mne nak bg tgk picture tu? hehe.


  5. Syakir Uzair Says:

    waahh..
    4 org kaunselor dperlukan utk mnaikkan smgt dni..
    wow..
    dhsyat ni..
    hehe

    ko igt x yg ko tnye ak medic europe bgus ke x??
    ikut ko jgk..
    klo ko rse mesir bgus..mmg bgusla mesir utk ko..

    n ak rse ko mseh riso duit x cukup kat sne ni..
    haha
    jgn risolah..
    zakat bg 2x keperluan kat sne..
    hehe;p

    skank ak rse ak lak yg jd kaunselor..
    aduyai..


  6. 4 ur info, I THINKING ABOUT MY HEALTH. I said it in my post.

    Smnggu ni aku diserang asthma setelah agk lme x kena. Sbbnya aku bru psg air cond kt umah. tiap2 mlm aku kena asthma sbb sejuk sgt.. aku psg 16 celcius.. aku sje je nk cbe.. sbb aku nk tgk.. aku kena lelah x.. dan hakikatnya mmg aku kena..

    nnt kt egypt lg la... 3 ke 4 celcius for 3 month non-stop, winter.. bleh ke aku survive? ditmbh debu2 di mesir? agknye sbb tu la mara x nk bg aku pgi sne once aku ckp aku ada asthma.. sgguhpon aku ckp x serious.. mmg asthma aku x serious.. tp bile ada stimulus yg menyebabkan asthma, mmg kena!! smggu ni aku sesak nafas.. benda ni menyebabkan aku ragu2 utk pegi mesir..

    seyes aku nk bljr kt sne! x kiralah duit bnyk sikit.. tp itu mmg impian aku..

    Petet, aku hrp kau fhm..


  7. Syakir Uzair Says:

    weyh
    jgnla gune nme petet kat sni..
    malu ak..
    hahaha...
    sorila bro..
    x bce abes la...
    hehe..
    dialog 2 je yg mnarik minat ak utk bce..



  8. hee. yup2. nuha prgi mansoura :))
    oh, jais yg pilihkan.
    kalau cairo Al Azhar ke?
    Alex is good. tepi laut :D

    and about health tu, i think deenie mmg kena consider jugak tau.
    kdg2 blh sampai negative dia punya suhu.
    cuba deenie consult doktor dulu :)
    tp insyaAllah, mungkin Allah permudahkan kot kalau dah niat kita nak belajar, kan?


  9. b strong..
    makan ubat ek?


  10. nawzahs Says:

    klu da tiap2 mlm kt sne sejuk
    4 sure la ko ble adapt dgn asthma ko 2
    heiiii
    asal x dpt2 surt nh?


    petetpetetpetetpetetpetetpetet
    hahaha


  11. Syakir Uzair Says:

    hohoho..
    org kat ats ni nak perang nmpknye..
    hhahah..
    bersiap siagala kamu...



  12. PETET!
    PETET! PETET!
    PETET! PETET! PETET!
    PETET! PETET! PETET! PETET!
    PETET! PETET! PETET!
    PETET! PETET!
    PETET!