Suprise for our family!

31 Mei 2009 2.30 a.m : Letih sangat pagi ni. Macam-macam kejadian berlaku. Mulanya, hari khamis hari tu balik lah dari upm serdang. Nak skip dari test medic oh! Mati la banyak giler tak study lagi. Ceh, aku bukanlah pengecut sampai macam tu sekali. Sebenarnya aku perlu menghadiri perkahwinan sepupu aku. Antara sepupu2 aku, dia adalah yang kedua melangsungkan perkahwinan. Huh, nun jauh di johor bharu sana. Khamis malam dah bertolak pergi melaka. Pergi rumah ayah. Seperti biasa, rumah abah sentiasa kemas, bersih, cantik dan sebagainya. Pendek citer, selesa. Then, ari jumaat tengah hari bertolak pergi ke johor. Sebabnya lepas asar acara akad nikah akan berlangsung. Lawa sungguh sepupu aku berbaju pengantin. Tapi sorry, malas nak tepek gambar kat sini. Haha. Then hari sabtu, majlis persandingan pula. Agaknya ni adat johor kot. Hmm. Petangnya balik lah ke melaka semula. Nak tau apa citer?

Sedang lena aku dibuai mimpi dalam kereta tu, tetiba makcik sebelah kereta kami sekeluarga di tengah lebuh raya tuh menegur kami dalam keadaan cemas. Dia tunjuk2 bawah kereta kami. Apa kebenda makcik ni? Gilo ke? eh, tak baik! Makcik tu ada barangkali betul apa yang diperkatakan. Apakah yang sedang berlaku? Bukaklah hazard light. Berhenti kat tepi jalan. Laaaa.. rupa-rupanya tayar kereta sebelah pancit. Bukan pancit lagi dah. BOCOR. Ada belahan kat tayar tu. Memang kempis habis. Ibuku sudah panik. Sebabnya kereta boleh senang terbabas lor. Almaklumlah, itukan kereta kesayangan ibuku.

Pergilah hentian sebelah berdekatan, ada lah dalam 15 km. Memandu dengan perlahan dan berhati-hati. Nak tukar tayar. Selama ni macam tak pernah kena la kan kat kereta baru. Tup tap. Tengok tayar spare tu, kecik. Rupa-rupanya untuk temporari sahaja. Kalau kereta lama2 tuh, tayar spare sama je dengan asal. Adoi, perjalanan jauh lagi ni. Belum sampai melaka lagi. Nak balik shah alam lagi. Pakailah tayar spare yang kecik tu. Boleh bawak 80km/h sahaja. Arghh! Lembab sungguh bukan. Setelah sampai melaka, kemas2 barang, bermulalah perjalanan pulang ke shah alam dari melaka tepat jam 11.30 mlm. sampai umah pukul 1.10 pagi.

Naik terus kat bilik, woah! Agak batak sedikit lah cerita ni. Semua bilik tidur sudah dipasang air-conditioner! Haha. Sejuk! Seronok! Letih semua hilang. Ni yang tak tidur lagi ni, nak dekat pukul 3 sudah. Nak merasa kesejukan dalam bilik ni. Jangan lelah sudah. Bak kata imi (my mother) 'imi belikan air cond yang untuk orang ada lelah macam adik dan along'. Hopefully tak dapatlah lelah tu.



p/s: 30 Mei Hari Jadi Along (my brother). Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga Along dan Kak Mai naik ke jinjang pelamin suatu hari nanti. Hehe.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    ooo...skip test ey..u r supposed sit 4 3 papers ryte..?embryology, physiology n another 1 dat i 4got oredi..apa da..bukn'y ko yg kawin pown..