Interview MARA

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah berusaha membuat rayuan bertulis. Akhirnya aku mendapat panggilan dari MARA untuk menghadiri temuduga pada 27 April 2009. Pada mulanya, aku kurang persediaan kerana aku begitu sibuk menguruskan kem, kerja pada setiap pagi, petang pula melatih pelajar dalam pertandingan amal islami dan macam-macam lagi. Namun, aku tetap berusaha dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan. Balik sahaja dari KIAM D'SAMBEST, aku terus tidur. Tidak sampai 1 jam, aku bangun dan mula menyiapkan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan pada MARA. Pada waktu malam, aku cuba mencari bahan dan contoh-contoh pelajar yang pernah ditemuduga. Sehinggala sebelum temuduga, aku masih lagi merasakan aku kurang persediaan. Namun, aku tawakal dan redha akan segala kehendak-Nya. Masuk sahaja di dalam bilik temuduga, aku merasa tenang. Dengan penuh rasa yakin, aku meminta izin untuk duduk. Segalanya ok-ok sahaja. Tidak begitu yakin akan dapat. Hanya mampu berserah dan berdoa pada Allah yang Maha Esa. Semoga Allah akan memberikan apa-apa yang terbaik untuk diriku. Aku meminta untuk melanjutkan pelajaran MEDICINE di JORDAN. Kepada sesiapa yang membaca, doakanlah ya. Terima kasih banyak-banyak.
1 Response
  1. s.h.s Says:

    amin!
    wah bley bwat rayuan!
    bgs3x