KIAM D'SAMBEST



Alhamdulillah. Akhirnya kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kesedihan yang teramat dapat ku rasakan pada hari terakhir. Bukan sahaja berpisah dengan junior form 3 SAMBESTARI, malah, ada juga rakan-rakan yang akan berpisah denganku, memandangkan kita semua akan menuju haluan hidup masing-masing. Ada yang ke matrikulasi, ada yang ke IPTA, ada yang ke Luar Negara dan sebagainya. Sangat Sedih. Yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin berulang. Kesimpulannya kem ini sangat bermakna buat diriku dan juga rakan-rakan seperjuanganku. Setinggi-tinggi penghormatan buat SYAZWAN ADZHAR selaku pengarah program dan NURUL KHALIESAH selaku penolong pengarah. Mereka telah banyak berusaha untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan Bashira selaku Bendahari yang telah banyak menghabiskan dan mengorbankan masa untuk memastikan program ini sempurna. Tidak lupa juga kepada KOORDINATOR dan FASILITATOR program yang juga telah banyak dan begitu bersemangat memberikan komitmen yang terbaik dalam program ini. Semoga pengalaman kem ini dapat kita jadikan contoh untuk masa hadapan.
2 Responses
  1. morsmode Says:

    salam deenie
    syukran lillah
    kem KIAM memberi kesan positif kepada mereka
    :)

    keep up the excellent work !

    any upcomings as such after this?


  2. waa...deenie!
    terima kaseh n syabas gak...
    setiausaha terbaik abad ini!!!