Transit di Bahrain













Perjalanan ini sungguh pahit. Mana taknya, banyak perkara yang perlu ditinggalkan di Malaysia, tanah air yang tercinta.

Kali pertama aku menaiki kapal terbang GULF AIR. Besar sungguh kapal terbang ni. Orang kata, kalau kami nak main kejar-kejar pun boleh. Di setiap tempat duduk kami disediakan tv. Kami boleh memilih movie atau muzik atau permainan sebagai hiburan ketika di udara. Memang seronok. Ketika ini, kami semua ragu-ragu sama ada nak bukak puasa atau tidak. Makanannya sedap-sedap belaka. Namun, apakan daya, iman kami lebih kuat! Hehe. Sebahagian daripada kami tak buka puasa pun termasuklah aku. Kami berpuasa selama 17 jam.

Hal ini demikian kerana, negara yang kami tuju, semakin siang dan bukannya malam. Perjalanan kami bermula pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Bahrain pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia. Di Bahrain pula pada pukul 1.30 petang. Kami perlu tunggu sehingga 6 petang untuk berbuka puasa di Bahrain. Pada waktu itu Malaysia pukul 11 malam. Bayangkanlah puasa di Malaysia dari pukul 6 pagi sehingga 11 malam. Oh! Memang letih dan kelaparan.

Akan tetapi, kami berbuka puasa di sebuah hotel antarabangsa tempat kami menginap, PARS International Hotel. Makanannya sedap-sedap belaka. Lagi-lagi jus mangganya. Memang special. Kami tidur 1 malam di situ. Walaupun musim luruh, tetapi di Bahrain ni terlalu panas. Anginnya cukup panas! Negara ni juga merupakan negara yang kaya. Kereta mereka semua besar-besar dan cantik. Penduduknya juga tidak ramai dan bersih sungguh negara ini. Bayangkan 1 dinar mereka bersamaan 10 ringgit malaysia. Argh! Kaya betul negara Bahrain.







Esoknya, kami memulakan perjalanan dari Bahrain ke Mesir. Kami berlepas pada pukul 11.30 pagi waktu Bahrain dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir pada pukul 12.30 petang waktu Mesir. Pada waktu itu, Malaysia pada pukul 6.30 petang. Perjalanan selama 2 jam. Beza waktu Bahrain dan Mesir 1 jam ketika musim luruh. Pada waktu ini, kami berpisah dengan pelajar yang ingin ke Jordan, antaranya Hatta, Hasrul, Ashikin dan Adila. Selamat berjuang kepada mereka! Dan kami tiba di Kaherah, Mesir dengan selamat. Alhamdulillah. Kami terus disambut oleh Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru, Badan Kebajikan Anak Selangor.











1 Response
  1. Anonymous Says:

    huu, bittaufiq