Setibanya di Cairo



Alhamdulillah, sebaik sahaja sampai di Cairo, kami ditempatkan di Rumah Selangor yang terletak di Hayyu Asyir, Nasr City, Cairo.


Rumah Selangor


Rumah ini sememangnya selesa dan penuh dengan kelengkapan yang sedia ada. Akan tetapi, aku memasang niat untuk berpindah segera akan datang kerana rumah ini terletak jauh dengan universiti-universiti pengajian perubatan di samping kemudahan internet tidak boleh pasang di Rumah Selangor ini.

Kami mempunyai orientasi yang dinamakan Hari Tautan Ukhuwah. Sepanjang orientasi kami diberi taklimat dan gerak kerja berkumpulan. Pada hari kedua, kami diberi kesempatan untuk pergi ke tapak perkhemahan di Mesir. Jangan main-main! Walaupun padang pasir, ada jugak tapak perkhemahan buatan. Huhu.


Tapak Perkhemahan Buatan



Gerak Kerja Berkumpulan


Pengalaman di sini sangat menarik walaupun kami menerima banyak dugaan dengan pengurusan penajaan kami. Walaupun orang arab ganas, tetapi mereka pemurah dan bertolak ansur. Pengalaman malam pertama, selepas solat tarawikh di Rumah Selangor, tiba-tiba orang kaya arab memberi kami duit setiap orang 20 genih bersamaan 15 ringgit. Kami semua berjumlah hampir 150 lebih. Bayangkan bertapa pemurahnya dia.

Keesekonnya, dalam perjalanan pulang dari cyber cafe, tiba-tiba kereta penuh dengan orang arab berhenti ditengah jalan ketika kami sedang lintas. Terkejut dan takut sungguh! Oh, rupa-rupanya mereka memberi kami makanan arab untuk berbuka puasa. Sedap kot makanan mereka. Aku ini bukanlah cerewet sangat bab makanan. Lahap je semua sebelum terlambat. Hehe.

"Pin! Pin! Pin!" bunyi ini akan sentiasa didengari di jalan raya. Kerana apa? Kerana orang arab suka sangat hon. Kadang-kadang sakit telinga. Bukannya tekan sekali, tekan hon banyak kali. Kalau sekali pon tekan panjang bunyinya. Kalau aku kena hon sekali kat malaysia ni, dah memang sakit hati dah rasa. Ishk!

Jalan raya di sini memang tak banyak lampu trafik. Setakat ni aku tak pernah nampak lagi. Senior kata ada sikit-sikit lah, itu pun tak berperanan. Sekadar lampu bertukar-tukar sahaja. Haha. Mereka memang sangat bertolak ansur dengan pejalan kaki. Jika ingin lintas, kena lintas terus kerana kereta tidak putus-putus. Maksud terus lintas tu, tengok jugak. Kalau kereta tu accelerate, janganlah pula lintas. Alamatnya HON lah kena. Adoi.

Kereta di sini banyak sangat calar dan kotor. Mana taknya, kalau kat bandar tu ada 2 lane, orang arab ni suka hati mereka je buat 5-6 lane. Kalau motor nak mencelah tu memang dah takde ruang. Bukak tingkap siap boleh laga pipi lagi dengan kereta sebelah. Bila dah dekat macam tu, tu yang banyak calar tu. Lepas dah terlanggar marah-marah orang. Adoi.

Di sini juga terkenal dengan jus. Dalam arabnya a'sir. Oleh kerana bulan puasa, biasanya kami lepak di a'sir selepas tarawikh di masjid. Jusnya manis sungguh walaupun mereka tidak tambah sebarang gula, air mahupun bahan perasa. Segalanya fresh dari buah itu sendiri.


Pemandangan dari Sutuh(Atap) Rumah Selangor



Kesimpulannya, banyak pengalaman-pengalaman yang berbeza dari Malaysia dapat aku rasai. Ini baru sedikit ye tak? Akan datang pasti lebih menarik dan menjengkelkan mungkin? Hahaha.


Tandas Transparent Orang Mesir. Hancing koott!



Cabut je batu tu gerenti bangunan tu hancur! hahaha.



Kanak-kanak Mesir bermain senapang! Oh jangan tembak daku!



Syoknya di Mesir!
1 Response
  1. Anonymous Says:

    alhamdulillah, besnyer....