Meninggalkan dan Ditinggalkan

Asalamualaikum kepada semua. Ahamdulillah akhirnya dapat juga aku membuka laman blog untuk dikemaskini.

Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu aku berada di bumi kinanah, bumi anbiyak iaitu Mesir. Semestinya perasaan penuh bercampur baur. Suka dan duka silih berganti. Walaupun baru sahaja 2 minggu di sini, pelbagai pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di sini.

Berbalik pada tajuk Meninggalkan dan Ditinggalkan. Apakah maksud yang cuba untuk aku sampaikan di sini?

Meninggalkan keluarga, saudara-mara, para sahabat dan guru-guru serta sekolah.
Ditinggalkan bersama rakan seperjuangan ke Mesir.



Tak dapat lagi aku menahan air mata ini untuk jatuh saat aku melihat ibuku menitiskan butir-butir mutiara di pipinya. Mungkin pada mulanya aku ingin menunjukkan aku kuat untuk menahan dugaan ini, berjauhan dengan keluarga. Namun, saat ibuku titiskan air matanya, aku teringat akan segala dosa-dosaku terhadap kedua ibu bapaku selama ini. Jelas terpancar di wajah seorang ibu dan bapa yang begitu menyayangi anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Tanpa ketabahan seorang ibu dan bapa menjagai aku yang nakal dan degil ini, tak mungkin aku berada di bumi anbiyak walaupun setapak.

Aku teringat akan kisah aku sewaktu kecil dahulu. Setiap kali sebelum tidur, aku pasti akan mencium tangan kedua ibubapaku. Aku akan ucap selamat malam tiap-tiap malam. Ke mana sahaja aku pergi tanpa kedua ibubapaku, aku akan mencium tangan mereka dahulu. Semua itu adalah kerana aku takut umur aku tidak panjang dan tidak berkesempatan untuk memohon maaf kepada kedua ibubapaku.

Aku sangat kecewa dan terkilan dengan perbuatan aku semasa mula-mula masuk ke asrama dahulu. Sewaktu itu, ibu bapaku datang melawat aku. Ibuku terus salam dan ingin mencium pipi aku. Untuk mengelakkan daripada orang nampak dan diejek manja, aku terus mengelak daripada mencium aku dan aku memberi amaran jangan cium aku dihadapan orang lain.

Ibuku terus menangis dan menangis. Datang dengan penuh harapan untuk melihat anaknya, namun itu pula yang beliau dapat. Sungguh derhaka aku ini. Aku juga turut menangis teresak-esak kerana kecewa dengan tindakan aku walaupun bapaku memahami aku saat itu. Fakta yang aku tahu dalam diri aku, jika ibuku menangis kerana aku, aku juga akan turut menitiskan air mata ini.

Kebetulan pada minggu itu diadakan program muhasabah diri untuk pelajar tingkatan 1. Ada seorang abang tuh berkata "Ciumlah tangan kedua ibupamu, ciumlah pipi mereka, peluklah kedua ibu bapamu sebelum mereka pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Ketika itu, janganlah kamu menyesal. Masa tidak boleh berpatah balik, selagi masa masih ada, gunakanlah dengan sebaiknya!

Sejak daripada itu, aku bermuhasabah balik segala kesilapan aku. Aku akan cuba untuk memperbaiki segala kesilapanku terhadap kedua ibubapaku.

Kini, aku berjauhan dengan mereka. Aku perlu berdiri di atas kaki sendiri. (BERDIKARI). Segalanya perlu diuruskan sendiri. Jika dahulu, ibuku yang memasak, ayahku membasuh bajuku, segalanya aku diurus. Akan tetapi tidak lagi sekarang. Segalanya berbeza. Sungguh berbeza.

Perjalanku bermula di sini...(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)




















Semoga dengan ini, aku akan membalas segala jasa kedua ibubapaku yang penat lelah menjagaku tidak kira ketika aku sihat, mahupun sakit. Mungkin selama ini aku terlalu banyak melukakan hati mereka, tetapi percayalah IMI dan ABAH, 1 hari nanti DEENIE akan buktikan yang anak imi dan abah akan berjaya di suatu hari kelak untuk membalas segala pengorbananmu. Salam sayang dari anakmu, DEENIE.

p/s: Deenie ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan Deenie selama ini. Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sedih tak dapat raya Malaysia walaupun sini agak meriah.

Wassalam

0 Responses