Masjid Azhar dan Masjid Amru



Setakat ini, dua masjid yang besar telah aku jejaki dan menunaikan ibadah.

Pertamanya di Masjid Azhar. Masjid yang penuh dengan sejarah 3 zaman. Kelihatan 3 bahagian mihrab yang mewakili 3 zaman tersebut.

Walaupun masjid ini nampak klasik, tetapi cantik! Terasa sejuk ketika aku menunaikan solat jumaat di situ walaupun panas terik. Masjid ini agak jauh dengan tempat tinggalku. Namun, atas perjumpaan usrah, kami sanggup berkumpul di mana-mana untuk berkongsi ilmu agama. Insya Allah.











Keduanya di Masjid Amru. Kami pergi di sini ketika malam ke 27 Ramadhan. Sheikh Jibril merupakan sheikh terkenal di serata dunia akan menjadi imam bagi tarawikh malam tersebut. Keistimewaan sheikh ini adalah bacaan doa qunutnya. Percayalah, kami berdiri selama 1 jam hanya berdoa qunut ketika witir rakaat ketiga. Bermula tarawikh pada pukul 8 malam sehingga habis witir pada pukul 11. Letih sungguh berdiri begitu lama.

Orang kata, sheikh ni hanya datang sekali sahaja ke Mesir pada bulan Ramadhan kerana beliau akan menjadi imam di serata dunia pada bulan Ramadhan termasuklah Malaysia.

Meremang bulu roma ini saat bacaan-bacaan sheikh ketika tarawikh dan doa qunut, orang-orang arab menangis teresak-esak tanpa henti. Bahkan ada yang meraung kecil kerana takut dengan azab Allah yang diceritakan dalam Al-Quran. Kami orang melayu? Hanya mampu untuk berdoa segeralah habis kerana kaki kami sakit! Arghh! Insya Allah, jika kami faham sepenuhnya, kami juga akan menangis seperti orang arab ye tak? Huhu.

Kami pulang pada pukul 12 pagi dan sampai di kediaman dalam pukul 12.30. Ketika ini trenko iaitu van yang kami naiki pandu seperti roller coaster. Laju sungguh memecut sana sini. Memang ganas betul orang arab ni. Tak perlu cari roller coaster, naik sahaja van mereka. Huhu.










2 Responses
  1. nhmnrh Says:

    kita gelak terbahak-bahak okkay baca post ni, HAHAHHA.
    tapi bestttt :D


  2. aeisyulillah Says:

    dapat jd makmum n aminkan doa de pon da cukup bgus..

    hehe, tahniah atas ketahanan berdiri tuh!