Ustaz-to-Be



Alhamdulillah, akhirnya jadi juga aku sebagai tenaga pengajar di sekolah lama aku iaitu Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, Shah Alam. Hari pertama lagi aku begitu semangat untuk mengajar walaupun sikit sangat bilangan pelajarnya. Hari Rabu, biasalah, semua sibuk pegi kokurikulum sekolah kebangsaan mereka.

Namun, aku tetap teruskan perjuanganku sebagai seorang pendidik walaupun hanya sementara. Kini, aku merupakan guru sementara bagi kelas 4 Redha kerana guru kelasnya sedang menikmati cuti bersalin. Kebanyakannya subjek yang aku ajar adalah Bahasa Arab. Ini merupakan suatu kebetulan, namanya pun ganti, pastu ajar Bahasa Arab pulak tuh, lagilah seronok! Ini memang bidang yang sangat aku minat. Akan tetapi, aku juga mengajar subjek Al-Quran, Tauhid dan Hafazan.

Harapan aku semoga aku dapat menjadi tenaga pengajar yang begitu mantap dan terus meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T kerana semenjak keluar daripada SAMBEST, hati aku berasa kosong sekosongnya. Jadi dengan menjadi ustaz, aku akan mengingatkan diri aku supaya sentiasa menjaga akhlak dan ibadahku. Thank you Allah! Alhamdulillah.
4 Responses
  1. assalamualaikum ya akhi
    kaifa halkum ?
    Ana Bighoir Walhamdulillah
    Bagus sekali awak punya blog
    I Love Islam ya akhi
    Allahu Akbar
    Jangan Lupa kunjungi blog ku di
    www.maridjo.co.cc
    atau maridjoas.wordpress.com
    kutunggu komentarmu ya . . . .
    saya dari Indonesia


  2. afiq faiz Says:

    salam 'alayk..
    wah,dh jd ustaz kt SRA seksyen 3 a..
    bgus2..ajar adik2 tu elok ye.. generasi baru yg akan menggantikan kite satu hari nnt..dae'i..
    insya Allah..
    All the best.. rabbana ma'ak~ ma'a taufiq wan najah~ =)


  3. s.h.s Says:

    wah tempat skul lme kte eh...gud luck!!
    btw bcela blog ak yg ak post pasal kem uh..
    kumen skali ye..trimas!


  4. -man ana- Says:

    salam...sekarang still ngajar lagi ke kat skola tu??kem salam kat semua ustaz ustazah..cakap amir afwan kem salam..dowang knal nye...huhuhu...