Ada 3 dalam 1...

Assalamualaikum sang pembaca sekalian. Harap kalian semua sihat-sihat belaka. Hal ini demikian kerana, demam denggi semakin menular di negara kita yang tercinta ini. Kawan saya sahaja sudah 3 orang masuk ke wad gara-gara wabak penyakit ini. Alhamdulillah mereka dipanjangkan umur, dan terus sihat untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan ibadah-Mu ya Allah. Namun, adakah kesihatan yang kita perolehi kini akan berkekalan? Tidak! Itu adalah jawapan yang pasti. Jadi, kita semua hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan jangan berlagak seperti dalam slot Neraca tv3 semalam, Kisah Benar.

Berbalik pada tajuk, pagi-pagi lagi kedengaran burung berkicauan, matahari mula mewarnai langit dengan warna kuning keemasan, air yang sedang dijerang juga mengeluarkan bingitnya menandakan telah panas menggelegak. Aku lantas bangun setelah terlena selepas solat subuh. Bagiku hari ini adalah hari yang mendebarkan. Kerja yang aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan atau tidak. Sungguh! aku takut untuk melalui hari ini. Namun, aku gagahi dengan badanku yang sasa, rambutku yang bergulung dan juga kulitku yang tampak hitam manis untuk terus melalui setiap detik pada hari ini. Aku tunggu sehingga jam 9 pagi. Tiada panggilan diterima. Argh, biar aku sahajalah yang menelefonnya.



Deenie: assalamualaikum, hari sabtu saya ada bagi permohonan dan resume untuk mengajar di situ. Jadi saya nak tahu sama ada guru besar sudah terima ke belum?
SRA Seksyen 3: Oh, encik! Macam ni ya, nanti bila ada tempat kosong kami akan panggil untuk interview. Buat masa sekarang belum ada lagi.
Deenie: Ok, terima kasih!


Aku akhiri kata-kataku dengan penuh kekecewaan dan kesedihan. Aku teringin sangat mengajar di sekolah lama aku itu. Aku sungguh bosan di rumah bersendirian. Tidak salah sekiranya aku ingin mengajar mereka memandangkan aku sudah pon mempunyai beberapa sijil sokongan untuk mereka memberi kepercayaan padaku. Aku tetap berusaha. Aku lawati laman web JAIS. Namun, tiada apa dapat membantu. Cuma aku tertarik pada satu ni, PRA SEKOLAH JAIS, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Wah, ini dekat sangat dengan rumahku. Apa kata aku mengajar di sana? Bukankah mudah. Aku berusaha mencari nombor telefon pejabatnya. Namun, tiada apa aku dapat. Puas aku telefon 103 (tmnet service) dan menelaah laman web yang begitu banyaknya aku lawati. Namun, tetap tiada apa aku dapat! Aku pon pergilah ke masjid negeri, siapkan sekali dengan surat permohonan dan resume. Setelah aku sampai, ini peristiwa yang lucu bagiku! Sambil berbual dengan faiz di talian, PRA SEKOLAH kebiasaannya perempuan, bagaimana bisa aku menerobos diri ke PRA SEKOLAH itu? Ini sungguh lucu! Apabila aku lihat taman-taman permainan berdekatannya, aku jadi sungguh malu dan ketawa sendirian.


Aku undur ke belakang, dan balik rumah! haha.. Kemudian, dengan penuh rasa kekecewaan dan kesedihan serta kelucuan, aku tidur begitu lamanya. Aku tidak sanggup untuk menyedarkan diri dengan penuh rasa kecewa. Tepat 3.10 aku bangun dan mengambil wuduk. Menunaikan tugas sebagai hamba Allah iaitu solat zohor mesikupun agak terlewat. Ketiduran dong! Sebelum sembahyang, sempat aku melihat telefon bimbitku. Wah, ada 3 panggilan tidak berjawab. Aku pon usha lah. Rupa-rupanya SRA Seksyen 3 menelefonku. Ada apa barang kali? aku pon menelefonnya dengan penuh yakin. Alhamdulillah, tanpa memanjangkan cerita, aku dijemput untuk hadir ke SRA Seksyen 3 tepat jam 2 petang esok untuk sesi interview. Haha.. harapan aku semoga aku dapat mengajar di sana dan terus meningkatkan keimanan kepada Allah. Niat aku bukanlah untuk mendapat gaji sebenarnya. Kalau ikutkan gaji tidak lah banyak. Namun, minat dan rasa ingin mendekatkan diri pada Allah ini sangat tebal jauh dalam lubuk hatiku. Semoga aku dapat menjadi tenaga pengajar di sana. AMIN!
6 Responses
  1. wahahhh.
    nak mengajar kat sek3??
    sangat best boleh? haha.
    syg ustaz maskor dah tk ada -____-"


  2. haha..
    deenie boleh punya..
    chaiyokk3


  3. a'a 'saya' a.k.a nuha.. cdgnya cmtu la.. sbb ktorg ada sijil SMA.. so rugi la kalau x guna pluang yg ada en.. kwn aku stkt ni 6 org yg aku tau da jd ustz/utzh kt skolah agme.. huhu~ jeles gler dgn derg.. ada anak murid da.. hehe


  4. s y a q Says:

    deenie! cahiyok weyh.
    wish u gul luck, dude ;)
    ngee XD

    wah, ayat xleh blah.
    "bdan yang sasa"
    hahaha!
    terguling2 ak weyh.
    klu dh dpat, gtau ak tau!


  5. haha.. tq syaq..

    klu ye pon x yah la berguling..

    aku x tipu oh! ni kisah benar... hehe~