Antiviral + Accuhaler

Alhamdulillah..

Mulanya ibu kesayanganku memanggil melalui telefon bimbit " Deenie, cepat siap. Imi nak bawa adik pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk buat screening test for H1N1. Oh, hatiku lega saat mendapat telefon dari ibuku. Aku terus mandi dan menanti kepulangan ibuku.

Sampai sahaja di PPUM, aku membuat pendaftaran. Selepas itu aku pon berjumpa dengan doktor. Nama doktor tu, Dr. Cheng. Baik sungguh. Macam-macam nasihat dia bagi. Kat situ depa tak buat screening test for H1N1. Sebabnya, ramai demam je terus nak cek, jadi susah jugak nanti. Jadi doktor berikan sahaja ubat antiviral untuk dimakan. Haha. Makan ni kena ikut masa. 2 hari sekali. Setiap 12 jam kena makan. Kesemuanya ada 10 tablet. Kiranya aku uzur la kan. Hahahaha. TAK TAU! Then doktor ada bagi checklist, kalau lebih dari 3 tanda-tanda H1N1, jumpa semula doktor. Tapi doktor kata kalau demam dah baik atau tak, 2 Sept kena datang jumpa balik. Nak cek semula betul-betul dah bersih ke belum dari demam. Huhu.






Pastu, pergi pula jumpa doktor pakar perubatan am dan kardiologi. Yang ni pula jumpa pasal asma. Doktor kata jangan risau. "Sekarang ni awak selalu kena asma sebab Malaysia pon tengah jerebu jugak ni. Nanti kat cairo pon lebih kurang. Awak bawak semua ubat-ubat ye. Saya akan bagi ubat untuk dimakan harian. Ubat ni mencegah daripada dapat asma. Jadi awak ada asma ke takde waktu tu, pakai je dua hari sekali. Agak-agak dah reda, pakailah sehari sekali. All the best ok!!" nasihat doktor.





lega rasanya setelah mendapatkan nasihat-nasihat doktor. Pesan ibuku " Cuba adik tengok doktor-doktor tuh layan adik! Semua baik-baik belaka. Nanti bila adik dah jadi doktor layan pesakit dengan baik tau. Muka senyum. Ini tak, kadang-kadang imi tengok ada yang masam je muka. Nanti orang macam takut nak jumpa doktor. Haha."

Apa-apa pon, usaha sahaja tak memadai tanpa disusuli dengan doa dan tawakal kepada Allah.


"dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ath-Thaalaq Ayat 3)
7 Responses
  1. hoho
    baru berjinak-jinak dengan seretide accuhaler ye
    sy mmg dah lme dah gune;)


  2. heh..
    adik nnt jadi doktor menten rambut yek..

    lalala~~


  3. FuadShahLim Says:

    Deenie...t de pape b'laku kat cne cntact ak taw..t ak dtg scpat mungkin..huhu..


  4. to ImaZahra: a'ahh. bru nak berjinak-jinak.. membelai2 accuhaler tu pd tiap pgi dan mlm. hahaha.


  5. to hajar: ehehehe. tp ada akak tu kata laki rmbut pnjg x smartt... adik die ni ingt akak die ske sbb adik die nmpk handsome.. waaaa~


  6. to Fuad : ouhhkk FUAD! nnt aku kol je kau kne dtg mcm SUPERMAN k. ehh x x x. mcm CICAKMAN. ada class koot. hahaha.


  7. Anonymous Says:

    dnie... ko masam ke sdey ke... ak tetap g klinik ko..

    ko wat la klinik kat usj.. pastuh jd klinik panel sambest..

    bdak2 ramai kena scabies... bley r citer p'alamn ko sms merawar haha...