Dalam kesibukan, mereka di sisi..

cerita pada hari ini ialah aku terpaksa diberhentikan dari mengajar sesi petang. Rileks. Jangan suspens. Bukan berhenti apa, sesi pagi masih aku perlu ajar. Cuma sesi petang ini, guru yang aku ganti sebab bersalin sudah pun habis tempoh 2 bulan. Jadi, dia perlu menyambung kerjanya sebagai seorang guru.


Aku sebagai seorang guru sementara....merindukan meja dan rotan itu!


Aku sebagai seorang guru sementara....merindukan anak murid perempuanku!


Aku sebagai seorang guru sementara....merindukan anak murid lelakiku!


Aku sebagai seorang guru sementara.....merindukan sesi pembelajaran bersama mereka!


Ini adalah ruangan yang telah aku hias!! Hehe.


Kini, pelajar-pelajar 4 Redha telah pun pulang, pulang dengan penuh rasa kesedihan. Begitu juga aku. Namun aku tidak ingin menonjolkan kesedihanku. Itu memang aku, kesedihan tidak perlu ditonjolkan, tetapi perlu diluahkan. Haha. Ada beberapa pelajarku yang menangis tiada henti. Aku memujuk mereka dengan penuh rasa kasih sayang. Murid-muridku juga memberi hadiah kepadaku. Ada di antara mereka yang ibunya mengirim coklat vochelle 1 tin kepadaku. Wah! seronoknya! Alhamdulillah. Aku juga mendapat kad. Aku mendapat mug. Ada lagi! Aku mendapat pen merah dua (mungkin sebab aku suka meminjam pen merah. Haha. Dakwat cepat habislah. Bukan aku tiada. Tetapi banyak sangat menanda sampai habis dakwat 2 pen merah aku beli sebelum ini. Guru rajin kot! Haha.) dan mendapat sebatang pensel tekan. Selepas itu, mereka meminta nombor telefon bimbit dan mereka juga meminta aku sign autograf. Ala-ala artis dan banyak peminat lah. Hehe. Okaylah. Dah panjang dah rasanya aku menaip pada hari ini. Letih! Kita sambung kemudian ye. Sayonara~
5 Responses
  1. ustaz deenie ;D
    eih, awk nk prgi under medic mesir?
    em. kejap eh.
    kalau kat mesir nanti awk nak pilih Uni mana??



  2. hmm..
    ustaz da x keje petang..
    tapi pagi still keje..
    so,
    jgn la sedih-sedih sgt..
    u still can meet ur student..okay


  3. ustatnye cter beshla
    heeee
    nway, chaiyok2 utk biasiswa mara


  4. salam...
    klu adek nk g mesir..
    salin gne medicmesir.com tu..
    leh cube global network jugak..
    sbb dorg ni alumni ukm..
    n salu je uruskn dak2 yg nk gi mesir...