Credit to Marhaen 5 Al-Biruni

Alhamdulillah,


Setelah bertarung nyawa selama seminggu,
Akhirnya dapat juga saya ( Deenie ) dan Husni menyiapkan page kelas untuk dimuatkan dalam majalah sekolah tahun 2008 yang bakal wujud!
Terima kasih kepada Nur Hanani kerana telah menyumbangkan gambar pelajar puteri 5 Al-Biruni.


Terima kasih kepada Noor Faradzela kerana telah menyumbangkan choral speaking untuk dimuatkan dalam page klas.


Terima kasih kepada Sohaib Dan kerana telah mereka cipta Seloka 5 Al-Biruni yang menceritakan ragam 5 Al-Biruni sepanjang tahun.


Terima kasih kepada ketua kelas kita, Kamil Ghazi kerana telah memberi kepercayaan pada Husni Hakim sebagai idea untuk melakari design page class.


Terima kasih sekali lagi kepada Kamil Ghazi kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sebagai designer untuk mencipta page kelas.


Terima kasih banyak-banyak kepada Husni Hakim kerana sanggup datang ke rumah saya dari Sungai Buloh ke Shah Alam.


Husni Hakim juga telah membuka mata saya untuk membuat page kelas dengan begitu sempurna. Di samping itu, Husni Hakim telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya selaku designer untuk page kelas kali ini. Selain itu, Husni Hakim juga telah menyumbangkan gambar ketika jamuan raya dan jamuan akhir tahun di hotel selepas SPM 2008.


Saya harap page kelas ini dapat diterima oleh semua warga 5 Al-Biruni. Biar orang lain tidak pandang sempurna atau cantik, asal kita semua puas hati pada apa-apa yang telah kita ada okayh!
Page kelas ini bukan untuk saya seorang, atau untuk Husni Hakim, atau untuk ketua kelas kita, tetapi adalah untuk kita semua sebagai warga 5 Al-Biruni termasuk Ustaz Najjah selaku guru kelas kita yang telah banyak mengorbankan waktu untuk kita sungguhpun rumah beliau begitu jauh.


Segala kekurangan memang amat dikesali. Kami telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan semua daya yang kami ada. Maaf kami pinta sekiranya warga 5 Al-Biruni ada yang tidak suka pada page kelas tersebut.


Kami juga ingin memanjatkan rasa syukur pada ILAHI atas segala kejayaan yang telah kami kecapi hingga kini. Sesungguhnya Kau lah Maha Berkuasa atas segala sesuatu ya ALLAH!


Untuk melihat page kelas, anda boleh minta izin saya untuk melihat private photo saya (friendster). Hanya warga 5 Al-Biruni dan Redaksi sekolah sahaja dibenarkan. Selain dua golongan tersebut, tunggu sahaja lah majalah yang bakal tiba nanti. Kami punya page bukanlah gempak tetapi itu lah yang terbaik kami ada.


Semoga anda semua dapat sesuatu yang bermanfaat dari page kelas kami kelak.


Sekian, terima kasih.

Antara Dahulu dan Kini..

Sebelum saya memulakan post terkini, izinkan saya memohon maaf atas segala singkatan yang saya gunakan sebelum ini. Hal ini demikian kerana saya sangat terasa dengan keratan akhbar pada minggu lepas yang menyatakan bahawa anak-anak zaman sekarang semuanya ingin mempunyai blog tersendiri tetapi mereka menyalahgunakannya dengan menghancurkan bahasa Melayu, mereka merobek-robek warisan khazanah Melayu ini dengan mudahnya, apakah kita MELAYU akan hilang di dunia satu hari nanti? Ayuh, bangunlah anak-anakku, martabatkan bahasa Melayu mu yang pernah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu. Jika hari ini, Amerika bermegah dengan bom atomnya, jika hari ini remaja sedang giat berlatih di kem latihan PLKN, jika hari ini seorang pelajar bertarung nyawa untuk berjaya, jika hari ini seorang guru sedang membakar dirinya sendiri untuk muridnya, apakah kita tidak boleh mengambil masa sedikit untuk mengeja bahasa Melayu kita secara sempurna? Ini adalah sedikit motivasi untuk diri ini, harap-harap anda mengambil apa-apa yang jernih di sini, dan membuang yang keruh.

Mari kita masuk pada tajuk..

Begitu cepat masa berlalu, antara dahulu dan kini.. Perkataannya bagaikan perjalanan yang sangat jauh, tetapi hakikatnya seperti kelip mata sahaja zaman demi zaman berubah.
Sinonim dengan tajuk di atas, begitulah hidup sebagai seorang manusia. Dahulu lain, kini lain. Adakah itu fitrah? Secara zahirnya memang ya! Dahulu rendah, kini tinggi, dahulu comel, kini handsome, dahulu cantik, kini jelita.. Berbagai-bagai sebenarnya, hanya diri ini yang tidak mampu untuk menyenaraikan semuanya.. MALAS NAK FIKIR! Tetapi persoalannya, adakah kita perlu untuk berubah daripada BERSIH kepada KOTOR? daripada JERNIH kepada KERUH? daripada PUTIH kepada HITAM? daripada SUCI kepada HINA? pendek cerita, daripada BAIK kepada JAHAT? Perlu ke? Perlu ke? Dahulunya kita lahir ke dunia, semua orang sambut. Ibu gembira, begitu juga ayah. Menangis kegembiraan, mengharapkan anak yang lahir mampu membanggakan mereka. Ketika itu, jiwa kita semuanya bersih, suci, putih lagi berseri. Namun, segalanya mungkin berubah seandainya kita yang inginkan perubahan. Perubahan ke arah yang lebih suci? Alhamdulillah, itu sememangnya kita mahukan. Jadi lebih baik daripada bayi? Alangkah bahagianya hidup ini. Cuba kita lihat anak-anak remaja sekarang, ramai juga yang baik tetapi malangnya ramai juga yang berubah kepada hitam, jahat malah lebih hina lagi menjadi sampah masyarakat. Ini ke dahulunya bayi yang terkenal dengan kebersihan rohani dan jiwanya? Apakah manusia ini perlu perubahan seperti ini? Daripada tidak pandai membunuh, sudah berani membunuh. Lihat sahaja di bumi Gaza yang nyata, ditembak, dibunuh, ditikam.. Tidak perlu lihat jauh-jauh, lihat sahaja di Malaysia.. Masya Allah, tidak perlu saya ceritakan semuanya..

Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah,



Lihat gambar ini, saya kesal dengan diri ini. Saya sedih meninggalkan sekolah. Dahulu ( hanya tahun lepas ) kini ( tahun ini ), Wah, begitu drastik perubahan untukku!

Inilah sekolah ku yang sangat aku cinta. Terlalu banyak kenangan manis bagiku. Semua yang pahit bagiku hanyalah yang terindah bagiku selama di SAMBESTARI. Bagiku, yang pahit hanya meninggalkanmu SAMBEST. Kau membawa perubahan padaku, yang paling penting aku dapat mendekatkan diri padamu ya ALLAH. Aku membaca Al-Quran setiap hari, aku rajin solat sunat, setiap minggu aku qiamulail, aku diberi santapan rohani selalu.. tetapi, adakah aku bisa istiqamah dalam setiap perkara yang pernah aku lakukan? Aku hanya mampu untuk berdoa padaMu ya Allah. Ya Allah, aku begitu cinta pada-Mu, kau kuatkanlah diri ini untuk terus beribadah kepadaMu, aku takut untuk hanyut di alam kegelepan ya Allah, ya Allah.. pada-Mu jua aku hanya memohon, tolonglah aku untuk terus berada di sisimu, aku sangat takut, sangat takut dengan seksaanMu ya Allah. Oleh itu, kau dengarkanlah hati aku melagukan kasih buatMu. Sekian,
Deenie

HaraPaN haNya tGgL hRpN~

hmm.. ok.. aku nk cte psl twrn kt bwh aku dpt ni... actually twrn ni mmg la bgus.. tp it's all about bisnes la.. mcm ni.. actually aku bukanla blajar kt UNIVERSITI kat UNITED KINGDOM tuh! blajar kt dlm MALAYSIA je.. namanya LAGENDA COLLEGE.. tp dia pnya sijil ENDORSE by the University of East London, UK.. dan sememangnya free sbb MARA yg TAJA... 57, 100 utk 3 taun.. apartment dok free with streamyx connection.. bgus lah twrn dia.. tp die ada course civil engineering, software engineering, electrical and elextronic engineering, bisnes study, bisnes information n accountancy and finance.. hmm smua aku x nak.. sbb lps result spm aku nak carik pluang lain yg lebih baik.. sbb ni yuran pndftrn 2,000 la.. kna byr sndiri.. dan dia pilih ni RANDOMIZE drpd org2 yg memohon kt matrik.. so no point la klu aku pgi.. aku try pluang lain la klu ada ok.. but ini mmg twrn hebat.. but not for me... ada org lain lbih memerlukan..... hmmm biarlah... tp x psl2 krne bnda ni aku gaduh dgn mak ayh aku...sbb apa? tuh x yah la aku cte.. yg pntg aku tgh sedih sgt skung... mmg x de mood skung.. hmm k lah ye.. yg PNTING X PERLU BANGGA DGN TWRN KT BWH NI.. RANDOMIZE jek... hahaha.. bunyi jek gempak kononnya U.K.. dahlah mls aku nk lyn twrn pape lps ni.. lg satu ni PROGRAM TAJAAN MARA, PROGRAM YG DITAJA.. ok!! so cuba lah crik pluang lpas result sbnr... klu x de pluang.. pgi la sini blik.. ala.. blehnye.. hahaha.. tp klu nak.. mmg derg x perlu kan result sbnr.. dia pki result trial je.. hmmm.. x perlah.. cuba lah tgk first choice dlu.. MEDIC.. ok...