Mari kita masuk pada tajuk..
Begitu cepat masa berlalu, antara dahulu dan kini.. Perkataannya bagaikan perjalanan yang sangat jauh, tetapi hakikatnya seperti kelip mata sahaja zaman demi zaman berubah.
Sinonim dengan tajuk di atas, begitulah hidup sebagai seorang manusia. Dahulu lain, kini lain. Adakah itu fitrah? Secara zahirnya memang ya! Dahulu rendah, kini tinggi, dahulu comel, kini handsome, dahulu cantik, kini jelita.. Berbagai-bagai sebenarnya, hanya diri ini yang tidak mampu untuk menyenaraikan semuanya.. MALAS NAK FIKIR! Tetapi persoalannya, adakah kita perlu untuk berubah daripada BERSIH kepada KOTOR? daripada JERNIH kepada KERUH? daripada PUTIH kepada HITAM? daripada SUCI kepada HINA? pendek cerita, daripada BAIK kepada JAHAT? Perlu ke? Perlu ke? Dahulunya kita lahir ke dunia, semua orang sambut. Ibu gembira, begitu juga ayah. Menangis kegembiraan, mengharapkan anak yang lahir mampu membanggakan mereka. Ketika itu, jiwa kita semuanya bersih, suci, putih lagi berseri. Namun, segalanya mungkin berubah seandainya kita yang inginkan perubahan. Perubahan ke arah yang lebih suci? Alhamdulillah, itu sememangnya kita mahukan. Jadi lebih baik daripada bayi? Alangkah bahagianya hidup ini. Cuba kita lihat anak-anak remaja sekarang, ramai juga yang baik tetapi malangnya ramai juga yang berubah kepada hitam, jahat malah lebih hina lagi menjadi sampah masyarakat. Ini ke dahulunya bayi yang terkenal dengan kebersihan rohani dan jiwanya? Apakah manusia ini perlu perubahan seperti ini? Daripada tidak pandai membunuh, sudah berani membunuh. Lihat sahaja di bumi Gaza yang nyata, ditembak, dibunuh, ditikam.. Tidak perlu lihat jauh-jauh, lihat sahaja di Malaysia.. Masya Allah, tidak perlu saya ceritakan semuanya..
Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah,
Lihat gambar ini, saya kesal dengan diri ini. Saya sedih meninggalkan sekolah. Dahulu ( hanya tahun lepas ) kini ( tahun ini ), Wah, begitu drastik perubahan untukku!
Inilah sekolah ku yang sangat aku cinta. Terlalu banyak kenangan manis bagiku. Semua yang pahit bagiku hanyalah yang terindah bagiku selama di SAMBESTARI. Bagiku, yang pahit hanya meninggalkanmu SAMBEST. Kau membawa perubahan padaku, yang paling penting aku dapat mendekatkan diri padamu ya ALLAH. Aku membaca Al-Quran setiap hari, aku rajin solat sunat, setiap minggu aku qiamulail, aku diberi santapan rohani selalu.. tetapi, adakah aku bisa istiqamah dalam setiap perkara yang pernah aku lakukan? Aku hanya mampu untuk berdoa padaMu ya Allah. Ya Allah, aku begitu cinta pada-Mu, kau kuatkanlah diri ini untuk terus beribadah kepadaMu, aku takut untuk hanyut di alam kegelepan ya Allah, ya Allah.. pada-Mu jua aku hanya memohon, tolonglah aku untuk terus berada di sisimu, aku sangat takut, sangat takut dengan seksaanMu ya Allah. Oleh itu, kau dengarkanlah hati aku melagukan kasih buatMu. Sekian,
Deenie
Post a Comment