Ada 3 dalam 1...

Assalamualaikum sang pembaca sekalian. Harap kalian semua sihat-sihat belaka. Hal ini demikian kerana, demam denggi semakin menular di negara kita yang tercinta ini. Kawan saya sahaja sudah 3 orang masuk ke wad gara-gara wabak penyakit ini. Alhamdulillah mereka dipanjangkan umur, dan terus sihat untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan ibadah-Mu ya Allah. Namun, adakah kesihatan yang kita perolehi kini akan berkekalan? Tidak! Itu adalah jawapan yang pasti. Jadi, kita semua hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan jangan berlagak seperti dalam slot Neraca tv3 semalam, Kisah Benar.

Berbalik pada tajuk, pagi-pagi lagi kedengaran burung berkicauan, matahari mula mewarnai langit dengan warna kuning keemasan, air yang sedang dijerang juga mengeluarkan bingitnya menandakan telah panas menggelegak. Aku lantas bangun setelah terlena selepas solat subuh. Bagiku hari ini adalah hari yang mendebarkan. Kerja yang aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan atau tidak. Sungguh! aku takut untuk melalui hari ini. Namun, aku gagahi dengan badanku yang sasa, rambutku yang bergulung dan juga kulitku yang tampak hitam manis untuk terus melalui setiap detik pada hari ini. Aku tunggu sehingga jam 9 pagi. Tiada panggilan diterima. Argh, biar aku sahajalah yang menelefonnya.



Deenie: assalamualaikum, hari sabtu saya ada bagi permohonan dan resume untuk mengajar di situ. Jadi saya nak tahu sama ada guru besar sudah terima ke belum?
SRA Seksyen 3: Oh, encik! Macam ni ya, nanti bila ada tempat kosong kami akan panggil untuk interview. Buat masa sekarang belum ada lagi.
Deenie: Ok, terima kasih!


Aku akhiri kata-kataku dengan penuh kekecewaan dan kesedihan. Aku teringin sangat mengajar di sekolah lama aku itu. Aku sungguh bosan di rumah bersendirian. Tidak salah sekiranya aku ingin mengajar mereka memandangkan aku sudah pon mempunyai beberapa sijil sokongan untuk mereka memberi kepercayaan padaku. Aku tetap berusaha. Aku lawati laman web JAIS. Namun, tiada apa dapat membantu. Cuma aku tertarik pada satu ni, PRA SEKOLAH JAIS, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Wah, ini dekat sangat dengan rumahku. Apa kata aku mengajar di sana? Bukankah mudah. Aku berusaha mencari nombor telefon pejabatnya. Namun, tiada apa aku dapat. Puas aku telefon 103 (tmnet service) dan menelaah laman web yang begitu banyaknya aku lawati. Namun, tetap tiada apa aku dapat! Aku pon pergilah ke masjid negeri, siapkan sekali dengan surat permohonan dan resume. Setelah aku sampai, ini peristiwa yang lucu bagiku! Sambil berbual dengan faiz di talian, PRA SEKOLAH kebiasaannya perempuan, bagaimana bisa aku menerobos diri ke PRA SEKOLAH itu? Ini sungguh lucu! Apabila aku lihat taman-taman permainan berdekatannya, aku jadi sungguh malu dan ketawa sendirian.


Aku undur ke belakang, dan balik rumah! haha.. Kemudian, dengan penuh rasa kekecewaan dan kesedihan serta kelucuan, aku tidur begitu lamanya. Aku tidak sanggup untuk menyedarkan diri dengan penuh rasa kecewa. Tepat 3.10 aku bangun dan mengambil wuduk. Menunaikan tugas sebagai hamba Allah iaitu solat zohor mesikupun agak terlewat. Ketiduran dong! Sebelum sembahyang, sempat aku melihat telefon bimbitku. Wah, ada 3 panggilan tidak berjawab. Aku pon usha lah. Rupa-rupanya SRA Seksyen 3 menelefonku. Ada apa barang kali? aku pon menelefonnya dengan penuh yakin. Alhamdulillah, tanpa memanjangkan cerita, aku dijemput untuk hadir ke SRA Seksyen 3 tepat jam 2 petang esok untuk sesi interview. Haha.. harapan aku semoga aku dapat mengajar di sana dan terus meningkatkan keimanan kepada Allah. Niat aku bukanlah untuk mendapat gaji sebenarnya. Kalau ikutkan gaji tidak lah banyak. Namun, minat dan rasa ingin mendekatkan diri pada Allah ini sangat tebal jauh dalam lubuk hatiku. Semoga aku dapat menjadi tenaga pengajar di sana. AMIN!

Doa Taubat

Bismillahirrahmanirrahim..



Amin.

Marilah kita renungkan bersama!

Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
"Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah meraka yang bertaubat." (HR Ahmad & Tarmizi )

Di sebalik kegembiraan..

Assalamualaikum,
setelah 4 hari daku bertandang ke sekolah ( Ahad yang lepas bersamaan 1 Februari ), baru lah tergerak untuk menulis tentangnya.

Lebih kurang pukul 1.20 petang, aku tiba di sekolah. Terus meluru ke gazebo sebelah kantin. Jumpa Syazwan, Khaliesah dan Nasuha. Perbincangan mengenai sponsor untuk kem pun bermula. JAKIM, LZS dan SIME DARBY.. itu nama-nama yang kedengaran di telingaku tatkala mereka sedang berbincang. Ada lagi, tetapi aku terlupalah. Setelah lama berbincang, aku mengikut Syazwan yang mempunyai urusan lain, katanya memulang buku. Ada lagi urusan lain seperti surat sokongan dari sekolah. Tetapi itu semua tak penting untuk aku menceritakannya.

Persoalannya sekarang apakah maksud tajukku di atas? Di sebalik kegembiraan..

Dalam perjalanan ke musolla, kami awal-awal lagi telah ditahan oleh beberapa pelajar. Rindu kami la tu. Kami juga rindu mereka semua. Kami berbual, mulutku tiada henti-henti mengeluarkan suara-suara merdu. Kami juga gelak ketawa dan bergurau senda, seperti dahulu kala. Agak lama juga di hadapan bengkel KHB itu. Jasad-jasad yang berada denganku ketika itu ialah Yusry, Azam Khai, Zainuddin, Asrul Affandi, Nabil yang membawa lari telefon bimbitku, Arif Firdaus, Fahmi Soen adik dorm aku dahulu dan lain-lain. Kehadiranku bukanlah sendirian, pastinya Syazwan ada, diikuti dengan Amir Fikri, Amir Petak, Delek dan Iqbal. Seronok sangat!

Setelah sampai ke musolla, kami berbincang bersama Majlis Tertinggi Pengawas Lelaki, sekadar memberi semangat dan contoh. Al-maklumlah Ketua Umum 2008, Syazwan Adzhar merupakan Ketua Umum terbaik yang pernah ada di SAMBESTARI.

Setelah itu, adik-adik tingkatan 2 berjumpa denganku. Tidak semua, tetapi beberapa. Ya, kami dahulu memang rapat. Bersama dengan abang Hatta, menerajui program untuk mereka supaya berasa seronok tinggal di asrama. Mereka seperti dahulu, banyak cerita. Haikal, Zulhilmi, Syahmi, Azfar, Ikhwan, Kaer, Izat Izuddin dan lain-lain lagi. Aku terlalu rindu bersama mereka. Walaupun mereka tidaklah sematang aku, namun aku tidak berasa kekok untuk berkongsi masalah dan bercerita dengan mereka. Selepas maghrib aku berjumpa dengan mereka. Aku menyampaikan sedikit nasihat dengan penuh senyuman dan kegembiraan kerana aku terlalu rindukan mereka. Sehinggakan ada seorang itu bertanya setelah aku meminta izin mengundur diri, " Bila abang Deenie nak datang lagi?" Aku sungguh terharu! Seolah-olah menjemput kehadiran jasad dan rohku kembali untuk bersama mereka.

Namun, di sebalik kegembiraan masih ada yang tarik muka denganku, kutuk di belakangku, tidak melayani aku, menghina aku dan lain-lain lagi. Mungkin mereka belum cukup matang untuk berfikir. Mereka tidak pernah merasa di tempat aku dan Hatta, kawanku. Walaupun pengorbanan kami tidaklah sehebat mana pun, tetapi kami tidak septutnya dilayan sebegitu oleh beberapa orang. Sekali pun kami salah, lagi banyak pengorbanan diri kami untuk mereka. Adakah orang Melayu kini hanya memikirkan keburukan orang berbanding kebaikan orang? Ya, memang benar pun. Adakah seseorang itu akan terus melakukan keburukan dan tiada perubahan? Tidak, sama sekali tidak. Di mana ada musibah dan masalah, di situ lah mulanya manusia akan kembali pada kebaikan. Itu fitrah! Oleh sebab itu, Allah datangkan ujian pada hamba-hamba-Nya supaya mereka tidak lupa diri dan terus meningkatkan keimanan pada Allah.

Apa-apa pon, aku harap kita semua let bygone be bygone. Tiada guna kita mengingat atau mengungkit kesilapan lalu. Terus maju ke hadapan, ambil iktibar pada apa-apa yang telah berlaku dan ubahlah diri ke arah kebaikan demi agama, bangsa dan negara.

Akhir kata, aku bangga menjadi anak SAMBESTARI.

Pada 4 Februari 2009, SAMBESTARI keluar surat khabar berita harian. Baca jangan tak baca. Tajuknya: Sekolah Terbilang, terus unggul! Sinonim dengan tajuk tersebut, aku berharap keputusan SPM 2008 kelak terbilang, gemilang dan cemerlang. Insya Allah. Amin ya ALLAH!