Assalamualaikum semua. Ustaz Deenie? Itu hanyalah panggilan dari anak-anak muridku. Oh, tidak! Orang lain tidak boleh memanggil aku sebegitu. Aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama untuk digelar sebegitu oleh masyarakat umum. Setahu aku, aku hanya mampu untuk mencurahkan ilmu untuk kanak-kanak sahaja. Ya, ilmu bahasa arab pilihan aku. Aku sangat sayang pada bahasa arab, bahasa syurga!
Kini, sudah seminggu aku menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar. Rasa seronok itu masih hangat lagi. Sehangat bara api yang sedang menyala, sehangat panas terik sang mentari. Walaupun setiap kali aku pulang dari sekolah, aku berasa sangat letih, tetapi kepuasan itu memang wujud apabila anak-anak muridku dapat menjawab soalan dengan baik. Walaupun aku belum lihat lagi kehebatan mereka pada kertas ujian, tetapi dari soalan-soalan yang aku kemukan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat. Alhamdulillah! Bagaimanapun, aku sentiasa mengingatkan mereka supaya menghafalnya dan ingat kembali apa-apa yang telah diepelajari. Boleh jadi, pada waktu itu sahaja mereka tahu, pada waktu itu sahaja mereka dapat menjawab, tetapi pada masa akan datang, mereka bisa lupa segalanya. Mintak jauh dari itu.
Sebetulnya, aku masih lagi tidak percaya. Dahulunya aku duduk di kerusi kayu, menghadap papan hitam yang penuh dengan lakaran-lakaran halus berwarna putih dan mendengar setiap bait-bait kata oleh seorang ustazah atau ustaz, namun kini aku pula menjadi sebaliknya. Menghadap anak-anak murid yang begitu lincah bersuara merupakan ujian bagi aku sebagai seorang guru. "Murid-murid, siapa yang sudah hafal surah al-zalzalah angkat tangan!" tanya aku pada anak-anak muridku.
Murid 1: Ustaz, saya sudah hafal!
Murid 2: Ustaz, saya pon dah hafal!
Murid 3: Ustaz, saya belum hafal.
Murid 4: Ustaz, saya baru hafal sampai ayat lima.
Murid 5: Saya baru sampai ayat tiga ustaz!
Murid 5: Saya ustaz, saya belum hafal lagi. Ustaz, boleh ke saya hafal sampai empat dulu?
Murid 6: Ustaz, saya tiada masa untuk hafal lah ustaz. Saya hafal sampai tiga dulu boleh?
Murid 7: Ustaz, saya nak hafal sekarang!
Murid 8: Ustaz, saya hafal minggu depan boleh?
Murid 9: Ustaz!!! Saya sudah hafal ustaz! Saya sudah hafal! Betol ustaz!
Murid 10: Ustaz, saya yang hafal paling awal ustaz!
...
Murid 38: Ustaz, saya nak minum air dulu boleh?
Semuanya lincah bersuara dengan serentak bagai halilintar membelah samudera!
Ustaz Deenie: DIAAAMMM!!!! Kamu fikir ustaz ada 38 telinga untuk mendengar setiap masalah kamu? Ustaz hanya tanya siapa yang sudah hafal angkat tangan. Bukan bukak mulut. Ustaz cakap bahasa keling ke sampai sukar difahami?
Murid-murid: (ketawa)
Begitulah aku. Pening kepala juga ada. Akan tetapi, bagiku ini semua adalah pengalaman yang sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Aku harap, selepas ini aku akan terus mengajar mereka dengan baik dan penuh keikhlasan. Dengan sifat ikhlas, Insya Allah! Semuanya akan menemui keberkatan. Semoga Allah sentiasa berada di samping kita semua. Amin.